CUTI DI LANGKAWI LAGI : HARGA TIKET FERI, SEWA KERETA DAN PENGINAPAN


Assalamualaikum & Salam sejahtera

wow lama nya tak menaip dalam blog 😝 harapnya masih relevan lah penulisan disini .. ahhaha

ok gais, kakyong nak share mengenai percutian kakyong di Langkawi .. entah kali ke berapa tapi couldnt agree more Langkawi ni satu destinasi yang tak jemu .. apa orang nak cakap, lantak lah .. ada modai, hayun sajaa

kakyong pun jenis on the go, takda planning beria, sesuai dengan bajet dan masa, ON saja .. untuk urusan tiket, kakyong setia dengan aplikasi Cuti-Cuti Langkawi. Klik-Klik, bayar online, settle. Sampai ke jeti nanti scan and cari tempat duduk dalam feri.


Harga tiket feri dari Kuala Kedah :

Dewasa (Mykad & MyTentera Holder) RM 26.50
Kanak-Kanak (umur 3-12 tahun MyKid holder) RM 20.50
Warga Emas (MyKad holder and age 60 and above) RM17.00
OKU : RM 14.00

Dewasa (non MyKad holder) RM 45.00
Kanak-Kanak (non MyKid holder) RM 32.00


Jeti Kuala Kedah bertukar wajah, haha masih dalam proses renovation so takleh parking drive thru di depan tu, kami parking sat diluaq dan jalan masuk ke dalam melalui kontena yang disediakan menghala ke terminal.. sempat makan nasi dulu sebelum boarding, ngam-ngam sampai Kuala Kedah pukul 10.45 pagi, tiket kami pukul 11.30pagi. Nice makan di kedai ikan bakar di belakang jeti tu .. ikan fresh, lauk meriah! Oh ya takdak gambaq yang kami snap sebab lapaq..malaih nak ambil gambaq pun ya jugak


Naik feri kali ni kami dok atas .. sempat snap gambaq time nak turun, orang dok beratoq nak turun tangga 

Sampai ja di Langkawi, terus ambil kereta sewa. Depa dah tunggu siap di Jeti. Ni pun random juga di Google + Facebook .. ada 3 tempat yang kakyong survey dan alhamdulillah rezki dengan team Ronda-Ronda .. kita sewa Bezza auto untuk 2 hari Rm 180 sahaja.. servis tiptop alhamdulillah.











Lepas ambil kereta, terus ke hotel untuk check in. Kali ni stay di Pantai Chenang, port viral. Lama dah kakyong dok usya port ni, tepi pantai and sesuai untuk keluarga dengan anak kecik. Maka nya lepas godek agoda dan booking dot com, kakyong decide untuk book sini, Malibest Resort. Bilik keluarga, ada 2 katil Queen , and tak jauh dengan pool dan tentu dah tepi pantai.

Harga bilik : RM326.70 untuk 2 malam










Ok, nanti kakyong sambung lagi mengenai percutian di Langkawi.
korang yang mencari info mengenai Langkawi, meh baca entry sebelum ni.. 
yang ni kami stay di homestay




 



Post a Comment

0 Comments