HEALING DI LANGKAWI : PART 1

 

Assalamualaikum & salam sejahtera 



Lama betholll kakyong tak menaip disini..haha marilah kita gerakkan jemari menaip kembali buat pedoman di masa akan datang dan sebagai titipan memori

out of nowhere, suami call minta kakyong carikan tarikh yang sesuai untuk ke Langkawi. Actually suami ada urusan kerja disana, kami jadi peneman sajaa . Pucuk dicita ulam mendatang lah kekdahnya..terus kakyong survey segala makneka AGODA, TRAVELOKA + BOOKINGdotcom untuk program di Langkawi. Lepas tu, kakyong survey dalam FaceBook pula, dalam group Langkawi.. baca komen-komen dalam post mengenai homestay


HOMESTAY

Kakyong direct pm 3-4 owner homestay melalui Whatsapp, minta harga untuk 3 hari 2 malam beserta kenderaan , kakyong decide untuk booking homestay yang ni. Yeah , just random me..gamble saja malas nak fikir banyak, tawakkal saja



Ini adalah gambar yang diberikan oleh owner homestay :



Pemandangan dari luar homestay



Ruang tamu

Ruangan di dapur


Ruangan memasak




3 Bilik tidur , semuanya katil Queen . Ada 2 toto disediakan , bilik utama ada tandas & bilik mandi sekali. Siap ada kolam .. naisss sangat. Jadi mak-mak ada anak ginilah kepala otak mikir, kalau ada kolam, tak mandi pantai / air terjun pon ok dah sebab boleh terjun depan rumah .. haha

Homestay + Kereta Axia 3 hari 2 malam = RM600

weih..rupanya owner homestay kami tokei colek !!
Gila ahhhh sedap + fresh buah-buahan dia.. sos cicah pun padu ya amat !!








Menjejes plak ayaq lioq kakyong sambil dok taip entry ni.. rasanya nak kena repeat pi Langkawi pekena colek plak ! Oh ya. depa juga terima tempahan untuk pelbagai majlis yaa.. 

Buah potong colek Pak Deris
Lokasi : Kedai Pak Deris berdekatan rounabout Ayer Hangat, Langkawi


TIKET FERI

Settle urusan homestay, kakyong booking tiket pulak. Kali ni kakyong gunakan aplikasi CutiCutiLangkawi. Rupanya macam-macam tiket korang boleh beli dari sini. Zaman dulu nak naik feri kena beli tiket di kaunter saja. Last kakyong ke Langkawi dah boleh beli online tapi hari yang sama , kena print out. Ingat lagi time tu kakyong minta tolong print di lobi hotel. Haha .. 

Harga tiket feri :

Dewasa : RM 26.50
Kanak-Kanak : RM 20.50

So tak perlu print out tiket, korang akan dapat QR code melalui emel dan ada dalam apps ni. Mudah !






cukup lah dulu .. nanti kakyong sambung part 2 


Post a Comment

5 Comments

  1. wahhh, bestnya kak yong. suami menyelam, isteri minum air.

    kalau lebihkan lagi untuk pergi lawat tempat-tempat bersejarah mesti lagi menarik. saya pown dah lama tak kesana, tak tahu apa jer lagi perkembangan sana, insyaAllah kalau ada rezeki kesana, saya pun nak cuba rasa buah colek pakcik homstay tu. terliur weiiii...

    saya tunggu part 2 akak..

    ReplyDelete
  2. seronoknyer bercuti kan.. saya lum ade rezeki untuk ke langkawi. insyaAllah one day mesti sampai. tq kongsi tempat² menarik dan homestay yang cantik

    ReplyDelete
  3. Seronoknya g Langkawi, nanti boleh plan bawa anak anak ke sana.

    ReplyDelete
  4. Bestnya bercuti ke Langkawi.. buah colek tu mengancam sungguh. InsyaAllah kalau ada rezeki ke sana boleh mencari. Terima kasih infonya.

    ReplyDelete
  5. Ohh wow....bestnya holidaying in Langkawi. Thanks for this healing story at Langkawi making Sienny can't wait to do a holiday stay at Langkawi la. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete