CUTI SEKOLAH OGOS-SEPT 2026

 Hai semua,Assalamualaikum
moga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera.

Cuti sekolah baru ni kakyong spend time lepak dirumah adik kakyong di Bangi.
Rasa macam dah lama tak cuti melepak, dok saja bermalas-malasan..maklumlah selalu cuti pendek, ada ja itu ini program atau benda nak kena buat..so kali ni apa jadi,jadi lah..everything can wait yang penting kakyong nak bercutiii.. haha

 Cuti dimulakan dengan balik ke Kedah sebab ada kenduri doa selamat dan tahlil untuk arwah yang pergi sebelum kami..alhamdulillah selesai dengan jaya

pagi 31 Ogos tu kakyong bergerak slow-slow ke Bangi, on the way tu kami singgah ke Teluk Intan, asalnya berhenti nak solat end up kelaparan maka kami cari lah kedai makan .. macam biasa lah kakyong ampa gamble ja buka TikTok tengok kedai mana yang orang suggest di kawasan Teluk Intan maka..kakyong pilih Restoran Apong D'Hilir




Sebab utama kakyong pilih ialah kepelbagaian menu nya.. haha
Ada western, nasi ( ni kalau ada anak and kelaparan memang cari nasi ), and kakyong nak makan udang.. weeee

overall kakyong suka makan disini
BOLEH REPEAT !!

Jom view video kakyong disana


ok, nanti sambung next part pula ya!

Post a Comment

0 Comments