Assalamualaikum

Hai semua , lama tak menaip disini

Alhamdulillah,bersempena Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni , kakyong balik ke kampung di Kedah dan sempatlah meronda ke beberapa kawasan. 1st checkpoint kali ni kita terjah Pesta Jerami Gulung.

Pesta Jerami Gulung Castle WATEB dengan kerjasama Pejabat MADA Wilayah IV, Kota Sarang Semut dan Ppk Sg Limau Dalam berlangsung pada 1 Februari 2022 bertempat di Warung Tepi Bendang (WATEB), Kg Sedaka Tengah, Yan.

Kami gerak kesana waktu pagi.Kebetulan pagi tu kami nak ke rumah anak menakan kakyong,tak jauh dari WATEB tu.Anak menakan ajak sarapan di rumah dia.So sebelum sarapan,kami terjah ambil gambar dengan jerami gulung dulu.Ni 1st time la kakyong pi pesta ni.Not bad,sesuai sangat la nak bergambar upload dalam med-soc korang..haha

Waktu petang,ada banyak aktiviti.ATV Ride, PErtunjukan PARAMOTO.Tapi tu lah,ramai orang bersesak-sesak juga la.Kalau nak makan,Warung Tepi Bendang ada,dibuka dari pukul 11 pagi.

Jom layan gambar kakyong disana