24 November 2017

Resepi Donut Simple


ada tak peminat tegar DONUT ??

hari ni kakyong nak share resepi paaaling mudah..hehee

resepi ni pun kakyong menuntut kak kak ipaq kakyong..sebelum ni kakyong pernah juga buat donut tapi sekali jaaa..tak tau dah pakai resepi mana

jom kita cekidautt

RESEPI DONUT SIMPLE
=================

2 sudu susu pekat
2 sudu gula
1 paket yis 
1 cawan air suam

(kacau & rendamkan dalam 10 minit sampai berbuih meriah )

5 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
1 sudu kecil baking powder

cara-cara :
-------------

Gaulkan semua bahan tepung,marjerin & baking powder..ramas2 sehingga sebati

masukkan perlahan-lahan air berisi yis tadi

uli adunan
add on 1/2 cawan air suam , habuan bagi adunan mantop..tuang air sikit demi sedikit tau..boleh tabur tepung sikit untuk adunan tak melekat

restkan adunan selama sejam
pastikan dalam bekas bertutup

lepas sejam
uli semula adunan & bentukkan sesuka hati






sekian..
selamat menjamu selera!

No comments:

Post a Comment