09 February 2018

JJCM di Penang : STREET CAFE

8:53 PM 0 Comments
{{ LIVE UPDATE  }}

💖 Majlis Perasmian STREET CAFE 💖 

Kedai makan berkonsep makanan Thai,Western

beroperasi sepenuhnya selepas tahun baru cina,pukul 3 petang ke atas

pulut pelam sedapp
tomyam memang terangkat 

untuk other menu kakyong kena mai lain nampaknya.. hari ni ada mee goreng, nasi lemak,lauk pauk 4-5 jenis,bihun tomyam,kuih-muih & pulut pelam

 moga maju jaya !!

- nanti kakyong update lokasi,so far yang kakyong tau kawasan taman belakang Wakaf Setee Aisyah Seberang Jaya..yang nampak Jeruk Madu Pak Ali tepi highway tu -








   












04 February 2018

PENTINGKAH REVIEW ??

5:31 PM 1 Comments

beberapa hari lepas,kakyong kepochi sikit up soalan ni dalam FB and kakyong dapat beberapa respon yang menyokong kepentingan review

ekekeke
sebenaqnya,kalau nak jadi pengguna bijak,memang review ni salah satu acara penting..mostly kalau melibatkan pembelian atau servis

kakyong sekarang ni sibuk dok tengok review breast pump..maklumlah,dah lama kakyong tak membeli barangan baby,anak pun dah umur 6 tahun and episod keguguran 2kali..so thats why la berjarak sungguh!

kalau orang tak faham,orang akan kata kita mengada-ngada..nak beli,beli jelah..siap duit pi kedai terus beli

aaa kalau duit banyak,sedap lah cakap camtu..kakyong ni jenis nak pembelian kakyong setara dengan nilai yang dibelanjakan..walaupun benda tu murah,biaqlah berbaloi..kalau spend sampai beribu,tapi tak puas hati,buat apa

so buat masa sekarang,mostly kakyong bertanya kawan-kawan yang ada pengalaman tentang produk yang kakyong survey tu and of koslah kakyong baca review dalam blog and jenguk youtube

and buat masa sekarang,kakyong ada dapat satu hadiah dari bestie kakyong,breastpump manual jenama AVENT and bila kakyong godek balik barangan Zubaidah tu,breastpump elektrik Pureen masih elok berfungsi cuma tak tau lah suction dia ok ka dak..yang tu nanti kena cuba try test..kalau masih elok untuk digunakan,bajet bolehlah kakyong meriahkan di bahagian suplimen berpantang

25weeks
doakan moga selamat semuanya

10 December 2017

CAMERON HIGHLAND : FAMILY TREAT#3 - PASAR MALAM BERHANTU DI BRINCHANG

2:12 AM 1 Comments

kalau mai cameron,tak lengkap katanyaa kalau tak singgah PASAR MALAM..berhantu katanya..hehee

maka,kakyong pun jenguk jugak lah 
kami solat maghrib di masjid kayangan
lepas maghrib kami terus terjah pasar malam

alhmdulillah..cuaca baik..berangin ja malam tu..macam-macam ada depa juai
siap duit ja..buah2an & cenderamata pun ada

since ramai yang sajes kakyong untuk rasa cendawan goreng,maka kakyong pun beli satu set cendawan tiram and bayam goreng

sedap memang sedap
except part berminyak tu..kakyong tak leh nak pulun sangat,kang tak pasal muntah keluaq balik..maklumlah,sindrom pembawakan babyShark tak habis lagi

pasar malam beroperasi malam hari jumaat & sabtu naa

gmbaq yang last tu mendapat jugak baju asërejé RM20..memula riki dekat kedai tepi masjid RM28..sudahnya berjodoh di pasar malam..hehee


suasana di masjid kayangan brinchang










09 December 2017

CAMERON HIGHLAND:FAMILY TREAT #2 - PENGINAPAN DI HONG KONG HOTEL

3:20 PM 0 Comments

ramainyaaa tanya kakyong,kami stay di mana di Cameron Highland..sesak tak time cuti ni

jom kakyong nak share dengan ampa semua

alhamdulillah
rezki kami kali ni stay di Hong Kong Hotel,dekat area Brinchang..dekat2 dengan balai bomba & Masjid Kayangan tu

untuk pengetahuan,kami dah book since bulan 10 ritu..and rate  untuk satu malam family room ada 2 katil king ni RM16+.++ and ada la dapat diskaun sikit.. total dalam 13+.++ la.Not bad la harga bawah RM150 which is weolls suka sangat maklumlah nama pun percutian bajet
maklumlah,kalau nak bayaq mahei untuk tidoq,bajet kena lebih laa habuan nak shoping pulak

cuma nyaaaaaa
kami dapat tingkat 3..waduh,jenuh menapak naik tangga jugak la..tabah jelahhh..lif tak da tapi the best thing is pemandangan best..pemandangan pekan Brinchang la

makan tak kalut...dekat dengan kedai makan,bawah hotel pun ada kedai muslim kalau nak makan steambot..kakyong tak try pon sebab perut dah penuh. walau ada jugak rasa teringin nak makan,tapi mikir kang tak habis,memang tak lahh.
majoriti steamboat sini RM25 sorang,MINIMUM ORDER 2 SET

klinik,pasaraya pun dekat
in case korang teringin nak makan burger pon ada..kedai masakan panas jenis lauk tomyam pun ada area belakang hotel


posing japp depan reception



pemandangan dari balkoni


cewah !!


Haaa..gini lah lebih kurang rupa bilik kitorang..ni gambaq google ja haa..but it fits our room except cadar tu tak sama..kikii

ruang bilik tak mewah keluasannya tapi cukup untuk duduk makan,solat..toilet pon selesa nak lepas hajat + nak mandi manda..hehee

oh ya,setiap level memang disediakan air tapis,siap dengan air panas tu..so memang tak da jag air dalam bilik and part paling penting is SETERIKA.ponnn disediakan siap dengan iron board di luar bilik..jangan memandai nak bawa masuk bilik sendiri naaa

ok,done part penginapan
nanti kita sambung lagi

CAMERON HIGHLAND : FAMILY TREAT #1

3:17 PM 0 Comments
Assalamualaikum.
Sobahal khair..menaip kakyong dalam kedinginan pagi..Time ni suhu kat henset 16°c oi..sujukkk..memang tak da air cond pun bilik..hehee

alhamdulillah,sampai juga kakyong sekeluarga di tanah Cameron Highland ni.Officially lah dengan family.Sebelum ni kakyong pernah singgah sekejap time balik dari Bangi,keluar tol Tapah..mai dua branak ja,memang tak jalan mana pun,kena pulak time tu bulan luasa..sempat lah kakyong beli strawberry di tepi jalan and singgah bazar ramadhan kat Brinchang tu..

selalunya hujung tahun memang kami akan spend time sekeluarga,kadang kami lepak rumah adik di bangi & jenjalan area KL sanun,kadang attend kenduri area johor,melaka atau ziarah umah adik beradik.sso kira memang macam dah wajib pula aktiviti sekeluarga gini,kebetulan la kakyong pun tengah cuti skolah.

segala makneka urusan booking adik yang setup,kakyong follow ja..

kami sampai area pukul 4 petang naik dari Simpang Pulai.alhamdulillah,trafik lancar instead of banyak komen di fb kakyong kata sekarang ni musim hujan & jalan jem sebab ramai orang..alhamdulillah so far cuaca pun ok walau ada beberapa rintik,overall redup jelah








ni semua posing ja,tak masuk pon
saja singgah riki kawasan.insya allah ada kesempatan esok singgah masuk sini

ok,nanti sambung lagi

sambung : 

01 December 2017

OMPOMPUAN DAN HANDBAG

2:33 PM 4 Comments


ehhh
terMasuk SHOPEE plak dahh

jadi ompompuan,beg saja berjenis keturunan
keluaq la pattern camna sure ada pembeli

dari jenis bimbit,kepit celah ketiak,sangkut di bahu,or sandang di belakang 

tapi tu lah
masuk usya jelah
risau plak kang dapat beg besaq kotak pensel jaaa habuan isi kaler

rasa macm banyak pulak kes kastema terima barang saiz mini..ayyoo !


24 November 2017

Resepi Donut Simple

10:13 PM 1 Comments

ada tak peminat tegar DONUT ??

hari ni kakyong nak share resepi paaaling mudah..hehee

resepi ni pun kakyong menuntut kak kak ipaq kakyong..sebelum ni kakyong pernah juga buat donut tapi sekali jaaa..tak tau dah pakai resepi mana

jom kita cekidautt

RESEPI DONUT SIMPLE
=================

2 sudu susu pekat
2 sudu gula
1 paket yis 
1 cawan air suam

(kacau & rendamkan dalam 10 minit sampai berbuih meriah )

5 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
1 sudu kecil baking powder

cara-cara :
-------------

Gaulkan semua bahan tepung,marjerin & baking powder..ramas2 sehingga sebati

masukkan perlahan-lahan air berisi yis tadi

uli adunan
add on 1/2 cawan air suam , habuan bagi adunan mantop..tuang air sikit demi sedikit tau..boleh tabur tepung sikit untuk adunan tak melekat

restkan adunan selama sejam
pastikan dalam bekas bertutup

lepas sejam
uli semula adunan & bentukkan sesuka hati






sekian..
selamat menjamu selera!

SWEET ESCAPE DI GUNUNG JERAI

4:49 PM 1 Comments

Assalamualaikum

Alhamdulillah,bebaru ni kakyong berkesempatan ke Gunung Jerai.

Sebenaqnya,ni laaa pestaim kakyong naik Gunung Jerai walaupun hampir 10 tahun kakyong study di Kedah..Time tu tak terasa pulak nak naik even kami pun jenis berjalan riang ria kesana sini..maklumlah,student life..sewa kereta kawtim sorang sikit meronda makan angin

dok hajat nak naik lama dah,end up tak jadi..alhamdulillah,allah atoq maka jadi la kami naik ke atas gunung jerai

out of nowhere,kebetulan habis program suami di pendang,kami terus naik gunung jerai.

perjalanan dari bawah naik ke atas lebih kurang dalam 10-15 minit..boleh guna kenderaan sendiri tau,cuma perlu berhati-hati di bahagian selekoh.Bagi kakyong,kalau nak di bandingkan dengan Bukit Larut,perjalanan di sana lebih mencabar,naik memang dengan  jeep yang diorang sediakan sebab nak elakkan kereta berselisih.

So kalau naik Gunung Jerai insya allah perjalannya lebih rilek..still kakyong rasa kalau naik berdua dengan cikBee ada ketakutab disitu..hahaa..sejak jadi mak buyung ni,dia punya level kompiden kureng sikit sebab mikir kalau jadi apa enjin mati ka apa ka,mana dengan cikBee,mana dengan nak cara yang dalam perut tu lagi..memang idok leee kakyong amik risiko naik sendiri..!

ramai yang bertanya
APA YANG ADA DI ATAS GUNUNG JERAI?

korang kalau nak rekues cable car memang tak da la nohh..hehee..utamanya Gunung Jerai ni kawasan untuk rehat..nak honeymoon ka,nak rilek minda sambil tengok pemandangan ka..sesuai sangat

kat atas tu ada hotel The Regency.Rate untuk satu malam boleh tahan jugak..standard la dok di awan biru kan..kalau dah ada bajet,apa
salahnya sesekali korang spend time disini..rasanya memang tak da booking dalam agoda,korang kena book direct di web diorang or maybe call terus untuk sebarang pertanyaan.

kakyong memang tak menginap di sana..and kali ni naik memang tak banyak sangat bergambar..nak review makanan kat kafe atau hotel tu memang idok le..plus pergerakan kakyong pun agak terbatas,mudah mengah dah haaa mak buyung ni..hehee

jom cekidaut beberapa keping gambaq kenangan yang sempat kami snap!



sejuk baq hangggg dok atas nii



selpi jangan tak selpiii



seronok laaa cikbee



family potrait














oh ya,kat atas ni ada surau
kecil tapi selesa sangat..kalau nak mandi kat toilet dia pun boleh..hehee sejuk gediiii




kalau nak ikutkan,banyak lagi port untuk di explore..kami cuma terus naik ke Regency..turun dari sana sempat juga kakyong jenguk Telaga Tok Syeikh..di sana ada sejarahnya and air telaga tu boleh buat minum..katanya untu untuk ikhtiar pelbagai hajat..ada yang kata untuk hamil,ada yang kata untuk sihat itu ini..entahlah,jangan jatuh khurafat udah le..allah maha pemberi,kita jangan malu mintaaa

kakyong pun minum,niat moga jadi sihat tubuh badan plus ilangkan dahaga..hahaa sejuk oii ayaq dia!

and cikbee pun pakcik tu kata bagi anak berwuduk,moga terang hati menuntut ilmu




korang boleh cekidaut info disini mengenai Gunung Jerai

and cekidaut apa lagi ada di atas sana
Tarikan di Gunung Jerai

23 November 2017

KEK VIRAL 2 BAHAN : TERJEBAK !!

4:27 AM 0 Comments
KEK VIRAL 2 BAHAN
amboii..menjadi-jadi penangan kek viral ni
.
actually ni semu gara2 ank murid kelas 3 Bestari,
esok diorang buat jamun kelas

dok tak dok depa mai bagi duit suruh belikaN susu coklat dengn oreo..
kakyong tanya 'ampa nk suruh ustazah buat kek kaaa?'

depa gelak ja

makanya ...dengan semangt membara,
kakyong decide la nak cuba try test resepi ni..
utk pengetahuan kakyong memang kategori JARANG buat kek..
pernah la buat kek segera tu yang tepung semua siap dalam packing,tinggal msuk air,telur,blend & bakar tp rasa dh 10 tahun dulu berlaluuu..kikii

anyway,tq Farah Waheda Wahid sudi turunkn ilmu
 siap video bagai lagi..and kakyong gOdek jugak haaa fb Maria Firdz 
sebab dia mencetus benda alah ni dalam timeline fb kakyong....
ni semua otai #mamaBlogger woii

resepi ?
2 bahan tu jaa


2 bungkus oreo 
paket standard tu bukan paket kecik naaa


sekotak susu coklat dutch lady
kotak kecik okeii


blend
kemudian kukus dalam 20-25 minit

siap!









alhamdulillah,SETEL !