Korang kalau menginap di homestay tepi pantai , apa aktiviti yang selalu dibuat ? Barbeque dengan keluarga or just nak lepak rehat-rehat menikmati angin laut ? Ke nak buat aktiviti lasak ?
Kalau ada homestay yang boleh buat semuanya ..apa salahnya kita layan semua !
Berita baik untuk korang yang suka pelbagai aktiviti dalam satu masa .. Kita ada Homestay Pelangi Ban Pecah. Hanya 300 meter dari pantai , memang sesuai sangat untuk korang yang sukakan aktiviti pantai seperti memancing , ambil gambar , mandi pantai atau just nak lepak menikmati pemandangan.
ATV Ride , ni antara terikan terbaru di Pelangi Ban Pecah ..Kemain lah kakyong pun sibuk nak menerai benda alah ni..first time naik dengan anak di depan..haha , memula naik dengan bamwi tapi rasa tak berapa nak selesa lah sebab ada si kecik di depan , sudahnya kakyong ride sendiri !
Selalunya kalau balik homestay tu memang tidur jelah kan ..tapi dekat Pelangi Ban Pecah ni korang boleh memancing ! Nak memancing di laut boleh , di parit keliling homestay pun boleh !
BERAPA HARGA ??
ha.. ni lah soalan korang kannn
meh cekidaut sini
** Harga tertakluk kepada perubahan
Boleh klik banner untuk terus ke FB Page Pelangi Ban Pecah
1 Comments
boleh la nanti nak berfamily day dekat sini.. not bad.. cukup semua kemudahan
ReplyDelete