17 October 2016

PHOTOBOOK : TUTORIAL AWESOME DARI KAKYONG


Amboi tajuk..tak menahan!!!

bismillah,petang ni kakyong up satu entry yang dah terlajak peram,harapnya tak basi lagi la noh..ekeke

Actually,ramai sangat yang kontek kakyong tanya pasal deal and cara nak buatphotoobok ni..Harapnya korang sudi baca entry ni sampai habis

AMARAN : ENTRY PANJANG BERJELA & BERDASARKAN PENGALAMAN PENULIS

---------

1. Beli voucher di LAZADA/GROUPON/direct di photobook.com

Yong pernah beli dari Gropon dengan harga RM9.90,and tawaran paling murah dari LAZADA RM 1 sahaja..Kalau korang rajin,Groupon pun ada offer RM0 tapi terhad untuk 1 unit sahaja

Photobook.com ada buat offer 1st time sign up dapat 1 free 6x6 softcover 40 muka surat atau 40 keping gambar ukuran 4R,pilihlah mana yang berkenan dihati




Ni display belian guna web LAZADA,nak cepat korang type ja PHOTOBOOK dan SORT harga LOW TO HIGH,item yang dibeli adalah yang dalam bulatan.Yang no 2  no 3 kakyong tak pernah try beli even macam sama ja

Harga hari ni 17/10/2016 RM 5 seunit.HARGA ASAL RM 79.00

Maka,dah berkenan,KLIK la & proced dengan pembayaran.Gunakan debit card maybank2u paling mudah,bank lain pun boleh aih,janji ada duit jaa.ekekeke

Lepas dah setel pembelian,korang akan terima CODE VOUCHER dihantar ke emel korang.Jangan tanya MANA VOUCHERNYA?? Dia tak hantar ke alamat rumah na,code tu sahaja korang akan guna nanti,mohon baca sampai habis entry




Tu ha kat arro tu code voucher korang.If korang beli lebih daripada  unit,still gunakan code yang sama untuk buku korang ye


2. Personalise di Photobook.com

Now,korang kena masuk web photobook untuk edit buku korang..Pastikan korang SIGN UP akaun di photobook.com,untuk memudahkan urusan di sana,korang boleh save project & buka di mana-mana PC ja



Nampak itu arrow merah MY ACCOUNT  &PHOTOBOOKS?

My Account tu korang sign up & log in lah ye.lepastu klik di bahagian photobooks untuk cuci mata pilih layout buku korang tu





MOHON PILIH 6X6 punya buku naa..heheee..dia akan sort hanya design untuk 6x6 sahaja,pilih la mana yang korang berkenan..contoh yong pilih OUR LOVE DIARY









KLIK PERSONALIZE



sign in ye,guna yang korang daftar memula tu,if tak boleh,register balik,yang ni tak jejas akaun korang,dialog ni akan korang hadap setiap kali korang nak setup buku 



Tadaaaa..
Ni la rupa buku korang nanti,ni cover depan  belakang..

1. UPLOAD : Pilihlah apa gambar yang korang nak letak dibuku tu..
2. PAGES : korang boleh selak pagebuku korang,40page oi..puas nak boh gambaq!
3. EDIT tools,untuk korang edit layout,tambah text bagai.Bolhjuga add on imej dari google in case korang nak,ikut la kreativiti!

oh ya,jangan lupa save tau..kadang-kadang bengong juga,dok tak dok crash,kalau korang tak save,jenuh melopong laaa..kikii

NOTA :IN CASE KORANG TAK BERMINAT DENGAN LAYOUT NI,SILA BROWSE LAYOUT YANG LAIN DALAM MENU 6X6 JUGA,DI BAHAGIAN MENU PHOTOBOOK

PROJECT NI AUTO SAVE DALAM AKAUN ONCE KORANG KLIK PERSONALIZE
SO,KALAU KORANG VIEW BANYAK,MEMANG BERDERET LA LIST KORANG

Boleh check di bahagian 

My Account > My Project > Log In > Online Project








Ha tudia,bersusun list kakyong

So,korang setuplah & save , bagi nama untuk project korang supaya senang korang nak edit sampai siap buku korangtu

soooo
Bila dah setel 40 muka surat tu,korang KLIK di bahagian ORDER 







step pertama : Details order korang, HARGA MASIH RM 79 + POS RM8



Step kedua : Setup alamat untuk pos


Step 3 : PAYMENT . ni paling penting sebab korang nak bayar kan..Scroll bawah tu ada voucher code,SILA COPY  & PASTE DARI EMEL KORANG ye..jangan cakap takde pulak voucher tu..kakyong tibai tengah belakang nanti *pegang rotan*

wakakaka


tadaaa..
once korang masukkan voucher code ru,terus la payment korang jadi RM8 + GST !!




Wee...sila buat bayaran skarang ye..hihii






PROCEED  & SELESAI

Dok rumah tunggu abam posmen mai hantar






Koleksi kakyong~


Sekian :)

4 comments:

  1. Wah.. Menarik... Cuma tu dok berkira-kira nak buat ni... Sbb melibatkan gambar... Adakah pihak sana simpan gambar tu.. Hmm...ba. Gambar ni sy cukup berhati-hati...

    ReplyDelete
  2. Nak tanya lepas letak voucher code, di bahagian item total tak jadi 0 tapi jadi rm2.01.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana entri ini byk membantu saya. Penulisan yg baik..

    ReplyDelete