30 December 2015

BILA INCIK RIMAU MENGAUM

8:28 AM 2 Comments
assalamualaikum

hari ni nak membebel pasal encik rimau.Rilek,rimau ni tak makan orang,yong buat drive setiap hari utk ke sekolah and kemana saja.Umur dia dah nak masuk 5 tahun tau.Since yong di maktab lagi setia menemani..cewah




bebaru ni,sebelum cuti sekolah,asal yong tekan pedal brake kereta ja,mengaum..macam ada benda terseret..kalau time hujan,lagi kuat bunyi nya..maka nya,yong bawa ke bengkel..sekali dengan servis minyak hitam,minyak enjin bagai..total untuk hari tu RM2++ ..tak ingt pulop letak resit dimana..hehe

tapi,menghampakan bila yong balik dari kedai tu,brake still berbunyi

melarat sampaila habis cuti sekolah sebulan,hari ni still berbunyi.Yong memang la tak berkesempatan nak ke kedai tu semula sebab cuti jarang bawa kereta dan yong kesana sini dengan kereta ayah plus bercuti ke bangi,port dickson,johor,melak (amboila,busy kemahennn!)

hari ni,call hubby ajak ke bengkel
cumanya hati dah malas nak ke bengkel yg sama.Mesti korang akan kata,dah kenapa tak return sana,suruh diorang fix masalah tu.Hati dah tawar,beb!

layanan kureng mesra..maklumlah,kau pompuan..terkulat-kulat ke bengkel.Kau cakap dia buat dengar tak dengar.Sudahnya kau suruh tukar minyak hitam + minyak gear,ditukarnya minyak hitam saja..dulu pi sekali,kena camtu,kali kedua pon terkena juga,means tiada jodoh la kita ye,biarpun cecikgu di skolah kata servis tiptop 

so..kami ke bengkel lain..apa yg ditukar di bengkel sanun,ditukar pula di bengkel ini.Alasannya tak sesuei dan dia opret tengok apa yg tak kena,rupanyaaaa




dah uzur sangat brake shoe ni haaa



hohooo

22 December 2015

HOLIDAY # : BER ETS KE KUALA LUMPUR!

4:05 PM 3 Comments

Assalamualaikum


hari ni nak story-mory mengenai percutian hujung tahun.Hehe,actually percutian ni ala-ala percutian tahunan juga sebab selalunya time cuti sekolah,yong dan family akan ke rumah adik di Bangi,cumanya kali ni kami add on percutian ke Port Dickson.Mohon baca entry sampai habis part ye..eheh


alkisahknya,dah lama sangat tak naik keretapi and Siti Zubaidah seronok sangat tengok keretapi.Selalunya kalau adik balik bercuti,adik akan balik dengan keretapi,kami akan ambil di stesen Taiping,or Parit Buntar.Punya la eksaited Siti Zubaidah,dok cakap nak naik ketapi,nak naik ketapi


so,yong decide kali ni pi awal dengan keretapi..merasa tren ETS la..orang kata laju,3 jam lebih dah sampai KL.Ewah..


makanya,yong beli tiket ke KL Sentral rabu 16/12/2015,pukul 6.20petang.kami sampai di KL Sentral dalam pukul 10 malam










tada..ni time dah sampai,kemain dok pegang tangan dengan pakngah dia~





REUNION MAK-MAK

3:26 PM 1 Comments

Salah satu aktiviti menarik sepanjang cuti sekolah kali ni ialah REUNION dengan kawan-kawan.Reunion ni skala kecil ja,sebab antara geng rumah sewa kami sahaja.Maklumlah,lama tak berjumpa dek tuntutan tugas hakiki.

Untuk pengetahuan,semua kami adalah guru,ada yang posting ke kuala lumpur,selangor,johor,kedah,penang,perak dan sarawak!

makanya,setelah berhempas pulas berwhatsapp menetap tarikh,kejap jadi kejap tak jadi akhirnya tarikh yang dipersetujui ialah 14.6.2015..hehee




alhamdulillah,berjaya even ada sorang yang tak dapat join.meriah aih semua pakat bawa anak-anak.Insya allah lepas ni kita arrange dalam skala besar pula..jemput 1 kuliah mungkin?

27 November 2015

RESEPI IKAN SALMON PALING RINGKAS!

8:59 PM 3 Comments


Alkisahnya,3 hari lepas yong ke Tesco Taiping
lama dah dok teringin nak makan ikan salmon
kesnya teringat adik pernah masakkan di rumah time dia balik bercuti

masalahnya,setiap kali yong di rumah
teringat nak ke tesco,nak beli salmon
tapi,bila dah dok dalam tesco tetiba malas nak beli

kali ni,walaupun perasaan malas membeli tu datang,
yong tetap ambil 2 keping isi ikan salmon ni.
Apa nak jadi,jadila..mesti masak jugak..
ehehh..kalah orang mengidam!



murah je.mampu milik!


balik rumah dok pikir nak masak apa
maka,jadilah resepi sukahati
cuak pulak takut hanyir bagai

so,yong basuh bersih-bersih dengan limau dan selawat,toskan
cantik ja kaler oren ikan ni..hehe


lumurkan dengan perasa kesukaan korang
yong boh garam,ambil lada tumbuk (sebab serbuk habis) and sedikit perencah HILAL

time dok kat tesco tu kemain belek rosemary la,oregano la tapi harammmm tak beli
dok rasa macam ada lagi kat umah
bila nak masak,of kos la cari tak jumpa
sabo jelaa


ehem..dok bersanding elok dalam belanga
yong masak guna minyak zaitun ja..ala-ala basah-basah kering
heh!

kalau tengok dalam masterchef bagai tu diorang makan mentah ja..or goreng sekejap ja
yong masak ikut suka,lama juga la,takut oit tak leh telan!kikii



tadaaa
siap dah 

nasib baik ada cendawan dalam tin ni
boleh jugak jadi hiasan

oh ya,yong potong cendawan + goreng guna minyak ikan yang sama tadi
bohla perencah sikit

lastly
perah limau 

tepek mayonis

sedap!
isi ikan salmon ni gebu
ala-ala macam ikan kayu tu tapi smooth ja


suami pun cakap sedap

hew..boleh la,sebab dia pun pestaim merasa
takda bau hanyir bagai

yay~


lepasni boleh buat lagi ^^,

ZUBAIDAH DAN ABANG-ABANGNYA

7:42 AM 2 Comments


life as siti zubaidah owez surrounded by abang-abang
mostly yang mengikut suami ke kuliah & anak murid suami


memula and untill now,
yg paling dia sayang n selalu layan dia
abang Taufiq Azwat


then abang Zil Addin Azizi

pastu abang abu darda


ada pulak abang muslim & abang azrul

semalam ada sorang anak murid suami 
datang tolong cat di rumah


dia tak tau nama
dia panggil ABANG CAT


pon bolehhhh



26 November 2015

KATAKAN TIDAK KEPADA PAMPERS PAKAI BUANG

11:06 PM 3 Comments



Amboi..kemain
ayat macam anti pampers pulak

rilek,jangan gelabah
ni just buat gempaq ja

actually start malam rabu tu,siti zubaidah dah mula tak pakai pampers time tidoq
malam ni masuk malam yang ketiga

malam pertama .. eh?
hehe,bukan malam pengantin ye
sebelum tidoq ummi suruh dia kencing dan pesan nak kencing kita kencing kat tandas tau
dia angguk

and..area pukul 2.30 pagi kebasahan
haha

nasibla ummi guna toto yang nipis tu ja
membasuhla jawabnya

siangnya
time tidur pukul 4 petang pun,kebasahan
membasuh lagi

**

malam kedua
abah pesan dekat siti zubaidah
jangan kencing atas tilam na

dia angguk

sebelum tidoq meraung nak pakai pampers

ummi pun terlelap sampai pukul 5 pagi
kelam kabut check dia kencing tak

KERING oit!

terus ummi kejut dia bangun & angkat dia ke tandas
sambil bertinnggung mata dok pejam

haha


amboi,dengaq cakap abah noh

takpa
kita tengok malam ni pulak~



25 November 2015

RESEPI RENDANG DAGING NOXXA PALING SENANG!

10:21 AM 1 Comments


assalamualaikum

Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat ISLAM & IMAN

wah,dah lama tak buat entry resepi kan
hehe

yong nak berentry mengenai RENDANG DAGING NOXXA
nak bagi resepi mudah-mudah ja
tak payah susah-susah fikir itu ini begitu begini

sebenarnya,ni dah kali ke berapa ntah yong buat
dan rasanya ni baru first time yong buat entry resepi menggunakan noxxa
insya allah,pasni yong akan updatekan entry resepi yang lain ye

berbalik kepada tajuk entry

bahan-bahan :

daging
bawang putih*
bawang merah*
halia*
serai
cabai yang telah diblend
santan 
garam,gula,perencah secukup rasa

(* tumbuk)


cara - caranya

1. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik baunya + serai yang diketuk
2. Masukkan daging
3. Masukkan cabai yang telah di blend,santan
4. TUTUP PERIUK , TEKAN BUTANG HIGH PRESSURE SELAMA 20 MINIT
5. Bila dah habis masak,bolehlah releasekan butang tekanan tu
6. Tekan butang STIR FRY sehingga rendang pecah minyak dan agak kering
(ikut selera anda la ye,sambil-sambil tu boleh masukkan perencah secukup rasa,daun kunyit utk haruman hebat)

7.SIAP!










05 November 2015

ADOLPHE SAX ON GOOGLE TODAY!

7:34 PM 2 Comments

assalamualaikum

korang perasan tak apa yang ada di laman web GOOGLE hari ni?






kalau nak tau,hari ni ulangtahun ke  201 Adolphe Sax
PENCIPTA SAXAPHONE

ala,yang kasim selamat main tu..hehe


ni pun beberapa jenis ciptaan beliau





lagi maklumat KLIK SINI

04 November 2015

BERKURSUS DI PANGKOR #PART2

8:16 PM 2 Comments

okey
kita sambung lagi entry ni

yang tak baca dari awal

lepas ja sampai di pusat ko
kami terus mendaftar
masing-masing diberikan cadar & sarung bantal
macam dok asrama plak rasanya..kikii







pastu,bawa masuk barang ke dorm masing-masing
mak ai..tingkat 3 tu~

jenuh woo mengangkut bagasi
haha

area pukul 9.30 malam,lepas ja kami makan
ada sesi taklimat dan bermula lah program Team Building kami

belajar ikat tali itu ini
suai kenal
and part paling takleh lupa ialah bila yong kena duduk atas tali,
kawan-kawan lain kena tarik dan ampu supaya yong tak jatuh

allah
kesian depa
berpeluh menarik

maklumlah
berat yg melampau~






nanti kita sambung lagi ye..


BERKURSUS DI PANGKOR #PART3

BERKURSUS DI PANGKOR #PART 1

7:44 PM 1 Comments

assalamualaikum

hari ni kembali menaip setelah beberapa ketika
cliche sungguh ayat tu kan
hehe

okei
back to entry

minggu lepas,yong join kursus anjuran sekolah yong
kira kursus dalaman la
as latihan dalam perkhidmatan juga

tapi more to family day jugak
sebab boleh bawa anak,suami/isteri

kami berkumpul lepas jumaat pukul 3 petang
konvoi 8biji kereta tau

alhamdulillah,even perjalanan kami diiringi hujan lebat
akhirnya sampai juga ke jeti lumut 
bot kami gerak dalam pukul 6 petang
dan tiba di pusat Kokurikulum pangkor pukul 7.15 malam




next : BERKURSUS DI PANGKOR #PART 2

27 October 2015

BELAJAR MEMANAH!

7:00 PM 2 Comments

Assalamualaikum

korang pandai memanah?
hehe..actually yong tak pandai
and beberapa hari lepas yong dah cuba memanah
tu pon sebab ada port dekat tempat main zubaidah

yong bawa dia 

MELOMPAT DI AEON TAIPING

and decide nak try memanah




hasilnya?

hehe..ada lakot 2 yg mengena
lain terbang merata!

RM10 untuk 8 anak panah~

26 October 2015

MELOMPAT DI AEON TAIPING

7:34 AM 2 Comments

Assalamualaikum
Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat ISLAM dan IMAN

selamat berhari ISNIN
ada yg berMONDAY BLUES ka

hew..tak baekkk
meh mulakan hari dengan penuh semangat

hari ni nak story pasal aktiviti semalam di AEON Taiping
Sebenarnya,ni kali pertama yong bawa zubaidah ke tempat camni
selalunya yong akan bawa zubaidah ke taman tasik

nak jadi cerita
hujan membasahi bumi
and still cuaca berjerebu even selepas hujan
hujan sekejap ja..

so,yong decide nak bawa zubaidah main dalam AEON je

Tiket masuk RM10 unuk main dalam tu
cumanya..zubaidah ala-ala takut pulak nak panjat2 lompat2 dalam tu
jenuh ummi pujuk,tu pun main 3 round ja
haha


naik kuda



jadi hang kebun bawa troli




memanjat setelah dipujuk


muka heksaited!



boleh la,pengalaman pertama~


16 October 2015

LONELY

7:33 PM 2 Comments



Hari ni sendiri

siti zubaidah masih belum balik
ikut tok & tokwan ke Perlis

suami pula ke Kelantan

erm..

moga selamat semuanya~

MYBSN BERUBAH WAJAH

7:52 AM 2 Comments

assalamualaikum

alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
dalam nikmat ISLAM dan IMAN

korang suka guna internet banking tak?

malam ni yong on MYBSN
and tetiba dag berubah wajah

dari ini




kepada ini


too simple

macam zaman dolu-dolu

korang rase?


08 October 2015

PUNCAK MUTIARA CAFE,KG PELET PENANG

8:36 PM 3 Comments

Assalamuaalikum

Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
 dalam nikmat ISLAM & IMAN

Amboi,rasanya lama sangat tak ketuk2 keyboard kat sini
ampun,blog bersawang

trimas for those yang masih sudi berkunjung kesini

okey,balik kepada entry
hari ni nak story pasal kedai makan
amboi..ala-ala food review pulop


actually yong bukan nak food review sangat
kali ni santai-santai ja sebab firts time sampai
 di PUNCAK MUTIARA CAFE,kg pelet Pulau Pinang
itu pun kebetulan ikut suami berkuliah di sana




kalau tak mengikut hari tu,memang tak pernah sampai la jawabnya
dok dengar cecikgu kat skolah dok story pasal cafe ni
baekk punya kambing golek bagai dok ada
makanya..kami pun lajak la ke cafe ni lepas habis kuliah

suami tanya ada apa disana

yong pun jawab kedai makan la..sambil google pasal cafe ni

pergh..siap website bagai oit !





Belanja gambaq berdua di pintu utama
Puncak Mutiara Cafe




menuju puncak~


kalau nak tau,dalam ni ala-ala mini zoo
boleh tengok burung unta,kambing and kolam ikan

kami tak jalan pun sebab just nak makan and pastu nak balik,
petang ada aktiviti lain pulop



pemandangan di dalam tu,port untuk makan
memang santai



kolam ikan penuh dengan ikan
rugi la zubaidah tak datang
kalau datang,sure seronok habis tengok ikan

jom cekidaut kami makan apa




ais kacang ni recommended dalam sebuah blog
bagi yong biasa sajo..err


ni pulak coconut shake,suami oder
yong pon lupa nak sedut,so taktau nak komen



yang ni daging kambing bakar
siap dengan sos black pepper,coleslaw,bun,kentang 
not bad ;)





yang ni pulak lamb chop berasap
merecikkk time sampai
hehe

( psst..kualiti kamera cikai ye )

makan pun tak tara mana
orang kedah kata 'ratah' ja

sebab?

sebab kami dah kenyang
pagi-pagi dah kena nasi kandaq baq hangg

haha

next time la kami datang lagi
dengan perut kosong
syiok sikit nak makan!