15 August 2010

:: ku pertaruhkan segalanya untukmu..balasannya ?? ::




saat cinta bersemi..betapa indah dunia kurasakan
bagaikan milik kita berdua
hanya kau dan aku


di kala dua hati menjadi satu..
betapa bahagia kurasakan
dikala ijab berwali, akad bersaksi, ikatan terpatri..

susah senang kan kuharungi bersama
begitu teruja untuk menjadi isteri yang terbaik bagimu




dan...
ingin menjadi ibu yang terbaik buat zuriat kita..
hadirnya kini menambah kasih sayang
mengeratkan ikatan kita
segala yang terbaik mula ku rancang
pada setiap nafas
..setiap langkah
aku mahukan yang terbaik
biarpun jasadnya masih di dalam perut
namun
degup jantungnya ada di dalam diri ini..

saat kau dilahirkan ke dunia
akulah ibu yang paling bahagia
dikaulah permata hatiku
segala yang terbaik kuberikan padamu
ku asuh dengan sebaiknya

kau kini sudah dewasa
berjaya
aku gembira

dah mula pandai melawan
tiap patah bicara ku pasti ada yang tak kena
ada saja tanda protesmu padaku
tidak dengan kata-kata
cukup sekadar riak wajah
terasa sayu dihati ini

mengapa ?

bila berjauhan
ada rindu yang menyapa
mengertikah engkau wahai anakku
susah sangat kah untuk menghubungiku
sekadar bertanya khabar
walau untuk sesaat

setiapkali cuti aku menanti kepulanganmu
x sabar untuk menatap wajahmu anakku
namun..

kau kata..
x best pun balik rumah
bosan dgn mak ayah,asik berleter
itu ini kena buat
xda masa nak rehat

ambillah selama mana masa yang kau perlu wahai anakkau
leteran itu takkan kau dengar lagi
dan aku takkan menanti kepulanganmu lagi
pabila

aku sendiri dijemput pulang
oleh ilahi

namun,ingatlah
kasihku abadi untukmu


note : mengapa perlu mengatakan itu dan ini pada ibu & ayah..sedangkan masih ramai y dahagakan kasih kedua ibu bapa..BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA~

2 comments:

  1. hargailah mereka selagi mereka ada di muka bumi ini..

    ReplyDelete
  2. Bismillah,
    Ya Allah kai rahmati dan berkati tuan punya blog ini,berilah perlindungan di dunia dan akhirat...
    Jadikan Islam Itu Panduan Hidup...

    ReplyDelete