assalamualaikum

ajomlah kakyong share lagi story HOLIDAY FASA COVID 2
yang belum baca entry sebelum ni , klik sini

ok , settle ja urusan ambil kereta kakyong di airport penang , kakyong pun terus la balik ke rumah mak ayah .. adik pun petang sabtu tu terus balik semula ke Bangi ..maka Ahad 20/3/2020 tu bermulalah abam-abam askar dan polis menjaga jalan dalam tempoh PKP

memandangkan kakyong masih run biz secara online , maka nya urusan pos tetap berjalan seperti biasa cumanya seminggu tu 3 kali lah kakyong keluar post out barang.

kehidupan time PKP ?
alhamdulillah , walaupun sedikit dalam kekangan , tapi tak terasa teruk sangat sebab kawasan kakyong ni kawasan kampung , kedai runcit beroperasi seperti biasa cuma tutup awal sikit , kedai makan pun tak banyak yang buka and luckily food panda dah beroperasi di Bagan Serai so kalau yong keluar beli barang atau pos barang boleh lah order untuk pick up di KFC / Marrybrown / Pizza Hut .. habuan untuk Siti Zubaidah sebab takleh mengikut ummi..haha..balik ja terus mandi basuh kain baju oi..fobia rasa sebab ada baby dirumah kan


setup urusan pos di Bagan Serai












timi PKP ni meriah lah pakat share resepi..
dengan kakyong sekali terjebak si dalgona coffee ni weii


time ni abah dok di kampung .. sesekali terjah balik mai sini





rutin pagi , keluaq main depan rumah