Assalamualaikum
Kembali menaip setelah sekian lama bercuti.
Harapnya korang semua dalam keadaan sihat disamping insan tersayang

Entry kali ni nak story mengenai percutian sepanjang tempoh PKP.

Percutian pertama kakyong sekeluarga ialah ke Bandar Baru Bangi,rumah adik.Actually ni pun kira macam rutin juga lah bila cuti panjang or bila terasa nak pi..haha..Kakyong dok mikir cuti sekolah bulan 3 nak lepak ja dirumah adik so tak de lah planning nak kemana-mana and memang tak da booking apa-apa tiket ..kakyong decide lepak dirumah adik dengan anak-anak and kalau rasa nak kemana-mana baru beli tiket

makanya,since bulan februari kakyong dah beli tiket flight ke KLIA sebab mikir Siti Zubaidah dah besar,masuk darjah 2 , boleh la bagi pengalaman rasa naik flight

Cuma nya, bila sampai tarikh flight kami tu,wabak Covid-19 dah mula menular di Malaysia..hati berbelah bagi nak pi ka tak pi sebab tiket memang dah beli ..cekalkan hati , kami naik juga flight dengan segala makneka santizer bagai lah










ha,tu jelah yang sempat snap sebagai bukti naik flight dengan kiddos.hahaa..

cadangnya stay di Bangi sampai hari khamis , flight balik 19/3/2020 petang , tapi sadisnya lepas subuh tu Air Asia hantar mesej flight DIBATALKAN dan kakyong pun malam 18/3 tu terlibat lah dengan insiden beramai-ramai berkerumun di balai polis sebab time tu depa keluarkan arahan untuk dapatkan kebenaran balik di balai polis berdekatan

so,kerajaan malaysia dah tetapkan PKP bermula 18/3/2020 and kakyong pun tersadai dah di Bangi ..sambil memikir kereta yang park di airport Penang tu nak kena bayar bil sure melambung kalau lama disitu..

makanya , petang jumaat 20/3/2020 adik ajak balik Perak , dia hantar sebab start Isnin tentera akan jaga jalan , lagi takleh nak kemana ..so kami pun siap barang terus balik ke Perak .. Sabtu tu kakyong dengan adik ke Penang Airport ambil kereta kakyong ..alhamdulillah , settle urusan & petang Sabtu adik balik semula ke Bangi dan berPKP sendirian disana


NEXT : HOLIDAY FASA COVID 2