Assalamualaikum
alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
dalam nimat ISLAM & IMAN
entry hari ni agak hangat
hehe..kemainnn je tajuk
er..
pendapat korang mengenai
perkataan @ status tersebut ??
actually
bergelar wanita,inilah gelaran yang sangat-sangat digeruni
ye la,siapa yang nak kawen pastu bercerai and dapat title janda ni
umum masyarakat kita
semuanya adalah negatif mengenai JANDA
perampas,tak pandai jaga laki
and bila ada status janda
mula lah bisik-bisik nakal tu ada
hakikatnya
hanya yang empunya diri tahu mengapa dia bergelar janda
masyarakat di luar sana tak pernah mahu mengerti
malah menjadikan bahan sindiran dan kejian
kalau dah bersuami tapi asyik makan hati
dek kerana suami tak bertanggungjawab
suami yang tak mahu membantu
hanya mahu yang satu itu
lebih parah menagih dadah , mencuri , merompak
naik tangan pada anak isteri
haruskah rumahtangga terus dipertahankan
status ISTERI dikekalkan
hanya kerana takut dengan gelaran JANDA ?
walau dia janda
dia punya perasaan
dia juga wanita
dia juga manusia
0 Comments