:: no award for smokers.. ::


.. salam alaik ..

alhmdulillah,msh bnyawa hingga ke saat ini dlm nkmat ISLAM & IMAN

pagi2 nih,time bjalan2 di alam maya..baca paper on9..
tjumpa artikel y mnarik utk dkongsikan bsama..

Tiada anugerah cemerlang untuk si perokok


ALOR SETAR – Mulai tahun ini, Jabatan Kesihatan Kedah telah menetapkan hanya warga kerja jabatan itu yang tidak merokok akan dipertimbangkan untuk Anugerah Khidmat Cemerlang.

Pengarahnya, Dr. Marzukhi Md. Isa berkata, biarpun seseorang kakitangan itu bertugas dengan cemerlang tetapi mereka tetap tidak berpeluang untuk menerima anugerah tersebut jika mereka merupakan seorang merokok.

Tegas beliau, langkah itu diambil bagi membasmi tabiat merokok di kalangan warga kerja jabatan itu.

“Ketika ini, terdapat seramai 13,000 kakitangan di Jabatan Kesihatan Kedah dan daripada jumlah itu, 30 peratus adalah perokok dan kita tidak mahu doktor yang sentiasa mengingatkan pesakit tentang bahaya merokok adalah seorang perokok.

“Jadi, kita mengambil inisiatif ini supaya mereka (kakitangan kesihatan) mengurangkan pengambilan rokok dan sekali gus berhenti merokok,” katanya selepas majlis Sambutan Hari Jantung Sedunia peringkat negeri di Hospital Sultanah Bahiyah di sini semalam


camna kwn2 ???
ok tak langkah tuh??

bg yong okei sgt la..
suma sektor kena wat cmnih..hoho

langkah2 y diambil utk kurangkan gejala merokok nih dgn cara NAIKKAN HARGA..
xtau la kompom bjaya atau tak..
sbb bg yong pokok pangkalnya..diri sendiri..
jom skodeng info harga rokok kat CINI

Post a Comment

2 Comments