CAMERON HIGHLAND:FAMILY TREAT #2 - PENGINAPAN DI HONG KONG HOTEL


ramainyaaa tanya kakyong,kami stay di mana di Cameron Highland..sesak tak time cuti ni

jom kakyong nak share dengan ampa semua

alhamdulillah
rezki kami kali ni stay di Hong Kong Hotel,dekat area Brinchang..dekat2 dengan balai bomba & Masjid Kayangan tu

untuk pengetahuan,kami dah book since bulan 10 ritu..and rate  untuk satu malam family room ada 2 katil king ni RM16+.++ and ada la dapat diskaun sikit.. total dalam 13+.++ la.Not bad la harga bawah RM150 which is weolls suka sangat maklumlah nama pun percutian bajet
maklumlah,kalau nak bayaq mahei untuk tidoq,bajet kena lebih laa habuan nak shoping pulak

cuma nyaaaaaa
kami dapat tingkat 3..waduh,jenuh menapak naik tangga jugak la..tabah jelahhh..lif tak da tapi the best thing is pemandangan best..pemandangan pekan Brinchang la

makan tak kalut...dekat dengan kedai makan,bawah hotel pun ada kedai muslim kalau nak makan steambot..kakyong tak try pon sebab perut dah penuh. walau ada jugak rasa teringin nak makan,tapi mikir kang tak habis,memang tak lahh.
majoriti steamboat sini RM25 sorang,MINIMUM ORDER 2 SET

klinik,pasaraya pun dekat
in case korang teringin nak makan burger pon ada..kedai masakan panas jenis lauk tomyam pun ada area belakang hotel


posing japp depan reception



pemandangan dari balkoni


cewah !!


Haaa..gini lah lebih kurang rupa bilik kitorang..ni gambaq google ja haa..but it fits our room except cadar tu tak sama..kikii

ruang bilik tak mewah keluasannya tapi cukup untuk duduk makan,solat..toilet pon selesa nak lepas hajat + nak mandi manda..hehee

oh ya,setiap level memang disediakan air tapis,siap dengan air panas tu..so memang tak da jag air dalam bilik and part paling penting is SETERIKA.ponnn disediakan siap dengan iron board di luar bilik..jangan memandai nak bawa masuk bilik sendiri naaa

ok,done part penginapan
nanti kita sambung lagi

CAMERON HIGHLAND:FAMILY TREAT #2 - PENGINAPAN DI HONG KONG HOTEL CAMERON HIGHLAND:FAMILY TREAT #2 - PENGINAPAN DI HONG KONG HOTEL Reviewed by yong norliza on 3:20 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.