24 November 2017

SWEET ESCAPE DI GUNUNG JERAI


Assalamualaikum

Alhamdulillah,bebaru ni kakyong berkesempatan ke Gunung Jerai.

Sebenaqnya,ni laaa pestaim kakyong naik Gunung Jerai walaupun hampir 10 tahun kakyong study di Kedah..Time tu tak terasa pulak nak naik even kami pun jenis berjalan riang ria kesana sini..maklumlah,student life..sewa kereta kawtim sorang sikit meronda makan angin

dok hajat nak naik lama dah,end up tak jadi..alhamdulillah,allah atoq maka jadi la kami naik ke atas gunung jerai

out of nowhere,kebetulan habis program suami di pendang,kami terus naik gunung jerai.

perjalanan dari bawah naik ke atas lebih kurang dalam 10-15 minit..boleh guna kenderaan sendiri tau,cuma perlu berhati-hati di bahagian selekoh.Bagi kakyong,kalau nak di bandingkan dengan Bukit Larut,perjalanan di sana lebih mencabar,naik memang dengan  jeep yang diorang sediakan sebab nak elakkan kereta berselisih.

So kalau naik Gunung Jerai insya allah perjalannya lebih rilek..still kakyong rasa kalau naik berdua dengan cikBee ada ketakutab disitu..hahaa..sejak jadi mak buyung ni,dia punya level kompiden kureng sikit sebab mikir kalau jadi apa enjin mati ka apa ka,mana dengan cikBee,mana dengan nak cara yang dalam perut tu lagi..memang idok leee kakyong amik risiko naik sendiri..!

ramai yang bertanya
APA YANG ADA DI ATAS GUNUNG JERAI?

korang kalau nak rekues cable car memang tak da la nohh..hehee..utamanya Gunung Jerai ni kawasan untuk rehat..nak honeymoon ka,nak rilek minda sambil tengok pemandangan ka..sesuai sangat

kat atas tu ada hotel The Regency.Rate untuk satu malam boleh tahan jugak..standard la dok di awan biru kan..kalau dah ada bajet,apa
salahnya sesekali korang spend time disini..rasanya memang tak da booking dalam agoda,korang kena book direct di web diorang or maybe call terus untuk sebarang pertanyaan.

kakyong memang tak menginap di sana..and kali ni naik memang tak banyak sangat bergambar..nak review makanan kat kafe atau hotel tu memang idok le..plus pergerakan kakyong pun agak terbatas,mudah mengah dah haaa mak buyung ni..hehee

jom cekidaut beberapa keping gambaq kenangan yang sempat kami snap!



sejuk baq hangggg dok atas nii



selpi jangan tak selpiii



seronok laaa cikbee



family potrait














oh ya,kat atas ni ada surau
kecil tapi selesa sangat..kalau nak mandi kat toilet dia pun boleh..hehee sejuk gediiii




kalau nak ikutkan,banyak lagi port untuk di explore..kami cuma terus naik ke Regency..turun dari sana sempat juga kakyong jenguk Telaga Tok Syeikh..di sana ada sejarahnya and air telaga tu boleh buat minum..katanya untu untuk ikhtiar pelbagai hajat..ada yang kata untuk hamil,ada yang kata untuk sihat itu ini..entahlah,jangan jatuh khurafat udah le..allah maha pemberi,kita jangan malu mintaaa

kakyong pun minum,niat moga jadi sihat tubuh badan plus ilangkan dahaga..hahaa sejuk oii ayaq dia!

and cikbee pun pakcik tu kata bagi anak berwuduk,moga terang hati menuntut ilmu




korang boleh cekidaut info disini mengenai Gunung Jerai

and cekidaut apa lagi ada di atas sana
Tarikan di Gunung Jerai

1 comment:

  1. bestnya..nad tak pernah naik lagi..dulu study uum kedah juga

    ReplyDelete