21 October 2017

Percutian Di Copthorne Orchid Penang


assalamualaikum

hari ni nak story lagi tentang Sweet Escape kakyong,berdua ja dengan Cik Bee

cuti kali ni,balik kampung berdua ja makanya merata alam jugak la kami pusing..planning asal balik kampung rumah mertua pastu pusing aloq staq .. lajak pulakk ke Penang!

petang ahad kakyong bertolak balik dari perak ke kedah,sampai umah mertua lepas isya dah,sempat menyinggah makan nasi arab lagi (nanti kakyong story dalam entry lain insya allah)

2 malam di kedah,on the way balik dalam kereta kakyong booking by AGODA,fell like i need another vacation..hehee i need my vitamin sea gittew

sebenaqnya banyak kali jugak dok riki agoda hotel murah-murah habuan menginap dengan cikBee,maka kakyong pilih Copthorne kali ni

kakyong cuma tau kakyong nak bajet under rm200 & hotel tepi pantai yang ada pool


sebab cikbee lena dalam kereta
kakyong terus naik jambatan pulau pinang menghala ke tanjung bungah

kalau korang fist timer datang penang,cari ja signboard batu feringghi or ikut waze ja
senang

dekat dengan hotel Flamingo (ni pun salah satu hotel yang kakyong bajet nak pi sudahnya kakyong pilih Copthorne)






alhamdulillah
perjalanan lancar walaupun ada sikit kerja-kerja baikpulih jambatan dijalankan

jom layan pemandangan!



bilik kami tingkat atas sekali
tingkat 19 gittew
dapat bilik mengadap ke laut 
kata orang spoil mood kalau tak nampak laut kan..rezki kakyong and cikbee la..

kami check in dah dekat pukul 6.30 dah
malam tu keluaq beli makan sikit,tak jauh mana pun ada deret kedai makan

kalau nak meriah lagi drive dalam 15 minit sampai area Batu Feringghi
segala makneka KFC McD Jeruk Pak Ali Nasi Kandar semua ada 

tapi kat area hotel pun ada ja Dominos & kedai nasi kandaq bertentangan hotel














kami jalan-jalan ke pantai sebelum cikbee masuk kolam..memang sengaja kakyong tak mandi manda kat laut..boleh tahan kuat ombaknya,plus kakyong dua branak ja..mana dengan yang di dalam perut ni lagi,nak kawal cikbee lagi,bye bye jelah mandi laut tu..hehee

sebelum check out
lepas cikbee mandi kolam lebih kurang sejam,kakyong decide untuk order makan dalam bilik ja

hehe 

boleh tahan la harga sepinggan tapi pun bukan selalu , portion pun besar



set nasi lemak Rm 22
Koey Teow Goreng Rm20

air bancuh sendiri laa
ada teh & nescafe dalam bilik khenn

cikbee tibai nasi lemak habisss
kakyong koeyteow tak habis pon dek kerana selera makan tak menentu..hehe

bagi kakyong,not bad lah hotel ni untuk kami dua beranak,if mai dengan suami rasanya kena tambah bajet amik katil yang lebih selesa..kalau nak
kawinkan katil pun kakyong ok ja..miahahha

instead of beberapa review tak best dalam agoda,kakyong puas hati dengan kebersihan hotel,layanan pekerja hotel pun superb..semuanya manis dengan senyuman & ramah.makanan pun ok,cuma mungkin selera kakyong kureng sebab preggy momma,makan ja nak muntah balik


alhamdulillah
settle another sweet escape 

No comments:

Post a Comment