LOST PARADISE RESORT PULAU PINANG : ANOTHER SWEET ESCAPE


bismillah

bersiaran kembali selepas berzaman menyepi

kali ni kakyong nak story sweet escape lagi..
kali ni ke LOST PARADISE RESORT , Pulau Pinang

in case korang yang tak baca lagi SWEET ESCAPE KE LEXIS
boleh klik je link tu

actually,yang ni pun sweet escape buat gheja gila
kakyong book on the spot 
hari ni check out Lexis,terus check in ke Lost Paradise

Ke Lexis dengan suami,for our wedding anniversary in advance,
ke Lost Paradise Resort dengan mak ayah pula
Lepas ja kami check out dari Lexis,suami terus ke Kedah ,ada urusan di sana
Mak ayah pun drive berdua datang ke penang..hehee

Macam biasa,tempahan melalui AGODA






Bayaran untuk 1 malam di Lost Paradise termasuk sarapan pagi RM286.65
affordable la bagi kakyong sebab bilik ada 2 katil queen
nama pun nak bercuti dengan family kann

ok,jom cekidaut kawasan pula
baca sampai habis,kakyong akan story bab makan,kemudahan dan sebagainya


Nak ke sana,korang boleh WAZE ja
laluan Batu Feringghi,korang jumpa Masjid Terapung dulu,
Lost Paradise ni betul-betul dekat kona,sebelah kanan jalan
korang jangan drive laju sangat la noh..
satgi terlajak kena u-turn..hehe

jom layan gambaq disana~


main entrance .. betoi-betoi tang kona!







dapat bilik TERATAI
jom terjah bilik pulak~






bilik ni optional untuk keluarga
2 katil queen,ada tv & air cond , bilik air
kemudahan asas tersedia semua

pintu bilik tu boleh jenguk tengok laut..hehee
memang tidoq malam dengaq bunyi ombak la




nak terjun tiruk masuk laut tak di galakkan,tinggi okey

now jom skodeng beberapa gambar di sekitar resort..










orang yang paling hepi mestilah cik bee
mandi laut dapat,berendam terjum dalam kolam renang pun boleh
tokwan sakan mandi dengan cucu


oh ya,breakfast ..




simple ja breakfast nya
halalan toyyiban insya allah

untuk pengetahuan,yang masak & yang selia kawasan banyaknya pekerja indonesia
ada la sorang amoi chinese tak silap kakyong time kakyong check in tu,maybe owner kot
haa,tak dan nak beramah mesra dek kerana cik bee eksaited nak mandi manda

overall kakyong bagi 4 bintang untuk Lost Paradise
sebabnya kakyong kan guna bilik biasa ja,padan la dengan harga untuk family room
kawasannya tepi pantai,kedudukan bilik agak padat

bawah bilik orang lain,atas untuk orang lain pula
and untuk bilik yang lebih mahal,memang lagi the bomb la hiasan dalamannya
konsep ala bali..so sesuai sangat la kalau nak sweet escape

sesekali apa salahnya

oh ya,penang kan syurga makanan
dari Lost Paradise,dalam 15 minit korang akan jumpa port makan
kakyong lupa apa nama dia
ada la deretan kedai makan di situ
mcD KFC pun ada

insya allah tak kelaparan,siap duit ja
harga mampu~

kakyong suka percutian camni
even berdua dengan cik bee

biaqlah kadang orang kata
apa lah bestnya tidoq di hotel
dirumah pun boleh tidoq ada air-cond jugak

tapi bagi kakyong,tukaq angin tukaq suasana
kakyong boleh spend masa bersama family
rehat seketika,tenangkan minda

tq gais sebab sudi singgah & baca entry kakyong


Post a Comment

0 Comments