17 October 2016

PHOTOBOOK : TUTORIAL AWESOME DARI KAKYONG

8:21 AM 5 Comments

Amboi tajuk..tak menahan!!!

bismillah,petang ni kakyong up satu entry yang dah terlajak peram,harapnya tak basi lagi la noh..ekeke

Actually,ramai sangat yang kontek kakyong tanya pasal deal and cara nak buatphotoobok ni..Harapnya korang sudi baca entry ni sampai habis

AMARAN : ENTRY PANJANG BERJELA & BERDASARKAN PENGALAMAN PENULIS

---------

1. Beli voucher di LAZADA/GROUPON/direct di photobook.com

Yong pernah beli dari Gropon dengan harga RM9.90,and tawaran paling murah dari LAZADA RM 1 sahaja..Kalau korang rajin,Groupon pun ada offer RM0 tapi terhad untuk 1 unit sahaja

Photobook.com ada buat offer 1st time sign up dapat 1 free 6x6 softcover 40 muka surat atau 40 keping gambar ukuran 4R,pilihlah mana yang berkenan dihati




Ni display belian guna web LAZADA,nak cepat korang type ja PHOTOBOOK dan SORT harga LOW TO HIGH,item yang dibeli adalah yang dalam bulatan.Yang no 2  no 3 kakyong tak pernah try beli even macam sama ja

Harga hari ni 17/10/2016 RM 5 seunit.HARGA ASAL RM 79.00

Maka,dah berkenan,KLIK la & proced dengan pembayaran.Gunakan debit card maybank2u paling mudah,bank lain pun boleh aih,janji ada duit jaa.ekekeke

Lepas dah setel pembelian,korang akan terima CODE VOUCHER dihantar ke emel korang.Jangan tanya MANA VOUCHERNYA?? Dia tak hantar ke alamat rumah na,code tu sahaja korang akan guna nanti,mohon baca sampai habis entry




Tu ha kat arro tu code voucher korang.If korang beli lebih daripada  unit,still gunakan code yang sama untuk buku korang ye


2. Personalise di Photobook.com

Now,korang kena masuk web photobook untuk edit buku korang..Pastikan korang SIGN UP akaun di photobook.com,untuk memudahkan urusan di sana,korang boleh save project & buka di mana-mana PC ja



Nampak itu arrow merah MY ACCOUNT  &PHOTOBOOKS?

My Account tu korang sign up & log in lah ye.lepastu klik di bahagian photobooks untuk cuci mata pilih layout buku korang tu





MOHON PILIH 6X6 punya buku naa..heheee..dia akan sort hanya design untuk 6x6 sahaja,pilih la mana yang korang berkenan..contoh yong pilih OUR LOVE DIARY









KLIK PERSONALIZE



sign in ye,guna yang korang daftar memula tu,if tak boleh,register balik,yang ni tak jejas akaun korang,dialog ni akan korang hadap setiap kali korang nak setup buku 



Tadaaaa..
Ni la rupa buku korang nanti,ni cover depan  belakang..

1. UPLOAD : Pilihlah apa gambar yang korang nak letak dibuku tu..
2. PAGES : korang boleh selak pagebuku korang,40page oi..puas nak boh gambaq!
3. EDIT tools,untuk korang edit layout,tambah text bagai.Bolhjuga add on imej dari google in case korang nak,ikut la kreativiti!

oh ya,jangan lupa save tau..kadang-kadang bengong juga,dok tak dok crash,kalau korang tak save,jenuh melopong laaa..kikii

NOTA :IN CASE KORANG TAK BERMINAT DENGAN LAYOUT NI,SILA BROWSE LAYOUT YANG LAIN DALAM MENU 6X6 JUGA,DI BAHAGIAN MENU PHOTOBOOK

PROJECT NI AUTO SAVE DALAM AKAUN ONCE KORANG KLIK PERSONALIZE
SO,KALAU KORANG VIEW BANYAK,MEMANG BERDERET LA LIST KORANG

Boleh check di bahagian 

My Account > My Project > Log In > Online Project








Ha tudia,bersusun list kakyong

So,korang setuplah & save , bagi nama untuk project korang supaya senang korang nak edit sampai siap buku korangtu

soooo
Bila dah setel 40 muka surat tu,korang KLIK di bahagian ORDER 







step pertama : Details order korang, HARGA MASIH RM 79 + POS RM8



Step kedua : Setup alamat untuk pos


Step 3 : PAYMENT . ni paling penting sebab korang nak bayar kan..Scroll bawah tu ada voucher code,SILA COPY  & PASTE DARI EMEL KORANG ye..jangan cakap takde pulak voucher tu..kakyong tibai tengah belakang nanti *pegang rotan*

wakakaka


tadaaa..
once korang masukkan voucher code ru,terus la payment korang jadi RM8 + GST !!




Wee...sila buat bayaran skarang ye..hihii






PROCEED  & SELESAI

Dok rumah tunggu abam posmen mai hantar






Koleksi kakyong~


Sekian :)

10 October 2016

TUPPERWARE DAH SAMPAI

12:23 AM 2 Comments
Assalamualaikum

Ingat lagi entry pasal 11STREET???

Hari ni kakyong dah selamat terima barangnya


Dia datangggg jeng jeng jengg


Sori gaiss
Kakyong tak sempat snap gambaq botoi tu

Ala,botoi 1 liter tu
Kaler hitam & kuning tu


Belian mestilah sepasang
So kakyong beli 2 set Hitam & Kuning

Harga?

Rm 39 x 2 + pos RM 6
Total RM 84

Bahagi la 4 orang kami

Sebotol RM 21 SAHAJA!!

memang jimat sangat kan
Kalau beli di kedai pun
Sebotol RM 59

yay!

Oh ya,deal untuk hari ni :


Beza kan?

Okei,nanti kakyong buat tutorial camna nak shoping kat sini plak la since ada yang bertanya

Ok,daaaa






04 October 2016

FAMILY DAY DI KELANTAN : SWEET BEACH RESORT

11:06 PM 4 Comments

assalamualaikum


hari ni kakyong nak sambung lagi part ke 3..

lewat sikit dek kerana tugasan hakiki..layan la ye ~

kali ni nak story pasal tempat penginapan kami di sana.. 

Kami stay di Sweet Beach Resort,Tok Bali.

Lepas meronda di Pasar Siti Khadijah,kami check in dalam pukul 12 tengahari..
pakat daftar dan ambil kunci bilik dulu..rehat2 makan tengahari & terjun kolam

Untuk first-timer yang datang macam kakyong ni,rasa jauh jugak perjalanan
Selalu round Kota bharu ja,kali ni jelajah sampai ke Tok Bali..hehe

Hari pertama semua aktiviti sendiri,makan pihak resort dah sediakan

Kakyong tak sempat pun nak snap signboard resort,
tak molek pula upload gambar milik orang lain masuk blog kakyong kan..
so korang boleh la google image resort ye,ada la sikit gambar yang kakyong snap,
nampak sangat skill blogging dah berkarat..ke sindrom tua sebab malas nak bergambaq?

wakakaka

jom layan gambaq yang kami sempat snap di tepi pantai time petang hari pertama sampai










overall resort ni ok sangat untuk family,bilik pun sesuai dengan harga yang ditawarkan

Kolam renang dekat ja dengan bilik oit!!! 
yang tu memang kesukaan siti zubaidah laaa,keluar bilik terus ajak mandi,ya ampunn

ok,nanti sambung story lagi..daaa~




TAWARAN MENGGILA TUPPERWARE DI 11 STREET!!

8:05 PM 2 Comments

Assalamualaikum

Kembali bersiaran setelah beberapa hari berehat,cewah

Okei,hari ni kakyong nak story pasal shopping online.
Korang suka shopping online kat mana?
and barang apa yang korang beli?

Kakyong ni boleh masuk kategori pembeli online jugak even meniaga online.
Haha...tapi kan,even kengkonon tegar beli online,
tak pernah pulak aku membeli kat 11street.
Kisahnya masuk web 11street sebab nampak status fb Maria Firdz

maka nya...mendapat la habuan!




2 unit botol Eco Tupperware 1 liter dengan harga rm 39 sahaja!!
tokey tupperware pun buntang biji mata

yong order 2 set,pakat dengan cikgu-cikgu lain
so,tunggu dia sampai di sekolah jela..include postage rm6

kalau tengok dalam emel tu,postage delay
tak pasti jugak kenapa,by 7.10 baru diorang pos

er...

korang ada pengalaman membeli di 11Street tak??


20 September 2016

FAMILY DAY DI KELANTAN : PART 2

8:12 PM 2 Comments

baca : FAMILY DAY DI KELANTAN : PART 1



lepas ja sarapan,kami singgah ke pasar Siti Khadijah

Sini memang port best la kalau nak membeli dan makan.Macam-macam ada.Yong ingatkan depa nak breakfast kat sini,kemahen aku teringat nasi kerabu atas pasar tu..sudahnya sarapan kat kedai tepi jalan on the way ke pasar siti khadijah.Nasib la tak mengidam nasi kerabu..haha

Disebabkan kami pun dah selalu datang sini,tak da la sangat membeli ..kami beli la sikit keropok habuan nak makan dalam kereta and time lapaq di hotel nanti..ekeke

Cik Siti Zubaidah lena dalam kereta,ummi2 and abah meronda ..weeee







#kamiIsteriDia


dah..jom balik~

19 September 2016

FAMILY DAY DI KELANTAN : PART 1

9:45 PM 3 Comments

Bismillah

Kembali menaip setelah beberapa episod tertangguh hajat menaip
haha(clichenya ayat!)

kakyong nak story pasal family day kitorang di Kelantan
16-18 September 2016
alhamdulillah,rezki allah bagi untuk kami sekeluarga ke sana.
Actually,progrem ni dianjurkan oleh surau Kuala Bekah,penang.
Depa invite ustaz-ustaz yang berkuliah di surau depa

Makanya,hari kejadian,12.30 tengah malam kami bertolak dari alor pongsu ke kelantan ikut jalan selama-gerik..ekekek jalan tu port gajah melintas woo tapi kakyong tak da rezki nak tengok depa melintas sebab time tu kakyong pandang ke kanan,depa 2 ekoq baru lepas lintas..suami nampak la.. nampak pun dari belakang.time tu dah pukul 2 pagi .. alahai





Singgah makan jap di pekan Gerik,pekena maggi goreng..sedap jugak tapi banyak betoi bahan taburan dia..jintan la cengkih la..ya ampunnn,pestaim kot dapat megi goreng camtu..haha

First stop kami untuk progrem rehlah ni di Masjid Beijing Rantau Panjang
Solat Subuh berjemaah and mandi manda di sana..Ni first time yong sampai masjid ni,cantik senibinanya..layan la cik siti zubaidah dok bergaya ni haa~








jom sarapan!




22 August 2016

TAKDIR CINTA

9:36 PM 1 Comments

Ku tutup matakuDari semua pandangankuBila melihat matamuKu yakin ada cintaKetulusan hati yang mengulir lembut
Penguasa alam tolonglah pegangi akuBiar ku tak jatuh pada sumur dosaYang terkutuk dan menyesatkan cintaku
Andaikan ku bisa lebih adilPada cinta kau dan diaAku bukan nabi yang bisa sempurnaKu tak luput dari dosa
Biarlah ku hidup seperti iniTakdir cinta harus beginiAda kau dan dia bukan ku yang mauOh tuhan tuntunlah hatiku
Penguasa alam tolonglah pegangi akuBiar ku tak jatuh pada sumur dosaYang terkutuk dan menyesatkan cintaku




ekekelama tak boh video dalam blog
layan na~

10 August 2016

i`m back online

7:06 PM 1 Comments

Bismillah

assalamualaikum semua
ececehh acah-acah ramai pembaca 

yong kembali online 
rindunya nak ketuk keyboard ni

banyak woi bersusun entry nak type tapi tak tau nak mula dari mana,ya ampun!

korang,TQ tau sebab singgah sini
insya allah kakyong akan keep on blogging



30 April 2016

WELCOME OPPO NEO7

2:35 AM 3 Comments

Assalamualaikum

Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat ISLAM dan IMAN

bila last korang beli phone?

seingat yong,yong beli phone 2 tahun lepas
tu pun yang paling murah
RM 299 untuk ASUS zenfone4 kalau tak silap

best guna,tapi kecik
padanla dengan harga yang kecik
teringat pulak galaxy tab yang tertinggal kat foodcourt tesco
gedabak yang tu,10.1 inci,duit pun..gedabak la
sob sob..

since februari tu,yong guna handset suami
kesnya suami beli handset lain
dah tetiba si asus tu merajuk,charge tak masuk
awal-awal tu okei ja,siap jadi hak milik siti zubaidah
sabo jela

yong guna la LENOVO suami punya
masalah asal tempat charge tu longgar
then repair RM50 boleh guna bateri tiptop

tapi
kekangan internal memori,ciputt
download apps baru 7,dah sengkak
allah...

nak jadi cerita
elok ja 2-3 hari gaji dia buat perangai,charge tak masuk
dok pikiaq nak tukar port RM50 boleh,tapi still masalah untuk download app
maklumlah,internet on the go
sebab life as partime businnesswoman

mau tak mau
mendapat la habuan gaji kali ni
tak beli pun,keperluan
charge batery langsung tak masuk
mesyuarat bagai semua inform dalam  whatsapp,telegram


tenanglah kamu menjadi milikku

ya,tak pernah sangka nak jadi pengguna OPPO
insya allah,Allah taqdirkan segala yang terbaik~

23 March 2016

CUACA PANAS = BLOGGING

6:10 PM 3 Comments

Assalamualaikum

alhamdulillah,masih bernyawa hingga kesaat ini
dalam nikmat ISLAM & IMAN

cuaca kat tempat korang camna?
okey ke..kitorang kat sini bahang dah mula terasa seawal 9 pagi
ni semua kes bersauna di dalam makmal komputer
air-cond dingdong

ya ampun

makanya,itu je la cerita hari ni

sekian~

06 February 2016

KEJOHANAN BOLA JARING : menjaring ke kite?

5:04 PM 1 Comments

assalamualaikum & salam sejahtera

amboila,berzaman dah tak menaip
agak bizi dengan tugasan hakiki sejak buka sekolah

makanya
hari ni nak update mengenai bola jaring
tahun ni,pengalaman terbaru untuk yong
menjadi pengadil untuk kejohanan bola jaring
peringkat daerah kerian

perghh
kemahennnn bunyinya

actually,ni la pestaim yong jadi pengadil
siap berkursus meniup wisel bagai
sebelum ni just sebagai guru bola jaring sekolah ja
tahun lepas pun tak hantar wakil dek budak tak ramai,sibuk dengan bola baling
so tahun ni dapat GB baru,dia khususkan bola jaring untuk budak pompuan,
bola baling untuk bebudak laki


 tada..inilah bebudak kitorang



tugasan di hari pertama,baju tema warna merah




hari kedua , baju kaler biru


hari ketiga , kuning gittew


alhamdulillah,banyak ilmu yang yong dapat di padang 
untuk kejohanan kali ni,merasa la 3 game blow wisel
selainnya catat markah di meja & di scoreBoard

untuk final game,bagi otai2 senior kami la blow wisel
yong still menulis di scoreBoard

insya allah,panjang umur bertemu lagi di kejohanan 2017!

21 January 2016

WILBUR SCOVILLE ON GOOGLE TODAY : SI PENGUKUR KEPEDASAN

7:40 PM 1 Comments


Assalamualaikum & salam sejahtera

Hari ni,masih nak berentry mengenai doodle di google

kalau anda perasan,hari ni di paparan google ada kartun ni 
bersempena ulangtahun kelahiran Wilbur Scoville


siapa dia?
Actually,di google hari ni ada paparan game
Wilbur Scoville ni saintis yang mencipta julat kepedasan 
ye la,cili kan ada banyak jenis






so,kalau korang klik-klik kat game ni,ada la banyak infonya

serius best
haha..klik-klik tambah ilmu ye adek-adek

jom kita cekidaut perbandingan kepedasan beberapa jenis cili yang telah dibuat





woww
hebat betoi depa ni
memang berapi la makan cili-cili ni

rupanya baru tau yang bell pepper ni satu-satunya kepedasan tahap SIFAR/ZERO
ngeeee

hari ni saya dah tahu,anda bagaimana?