30 December 2015

BILA INCIK RIMAU MENGAUM

assalamualaikum

hari ni nak membebel pasal encik rimau.Rilek,rimau ni tak makan orang,yong buat drive setiap hari utk ke sekolah and kemana saja.Umur dia dah nak masuk 5 tahun tau.Since yong di maktab lagi setia menemani..cewah




bebaru ni,sebelum cuti sekolah,asal yong tekan pedal brake kereta ja,mengaum..macam ada benda terseret..kalau time hujan,lagi kuat bunyi nya..maka nya,yong bawa ke bengkel..sekali dengan servis minyak hitam,minyak enjin bagai..total untuk hari tu RM2++ ..tak ingt pulop letak resit dimana..hehe

tapi,menghampakan bila yong balik dari kedai tu,brake still berbunyi

melarat sampaila habis cuti sekolah sebulan,hari ni still berbunyi.Yong memang la tak berkesempatan nak ke kedai tu semula sebab cuti jarang bawa kereta dan yong kesana sini dengan kereta ayah plus bercuti ke bangi,port dickson,johor,melak (amboila,busy kemahennn!)

hari ni,call hubby ajak ke bengkel
cumanya hati dah malas nak ke bengkel yg sama.Mesti korang akan kata,dah kenapa tak return sana,suruh diorang fix masalah tu.Hati dah tawar,beb!

layanan kureng mesra..maklumlah,kau pompuan..terkulat-kulat ke bengkel.Kau cakap dia buat dengar tak dengar.Sudahnya kau suruh tukar minyak hitam + minyak gear,ditukarnya minyak hitam saja..dulu pi sekali,kena camtu,kali kedua pon terkena juga,means tiada jodoh la kita ye,biarpun cecikgu di skolah kata servis tiptop 

so..kami ke bengkel lain..apa yg ditukar di bengkel sanun,ditukar pula di bengkel ini.Alasannya tak sesuei dan dia opret tengok apa yg tak kena,rupanyaaaa




dah uzur sangat brake shoe ni haaa



hohooo

2 comments:

  1. hmmm cik bibah aida tu da ngaum 2-3 kali sepanjang beberapa bulan lepas.
    mcm2 pattern ngauman nyer :)
    jenuh poket melayan hi hi hi...

    ReplyDelete