27 November 2015

RESEPI IKAN SALMON PALING RINGKAS!



Alkisahnya,3 hari lepas yong ke Tesco Taiping
lama dah dok teringin nak makan ikan salmon
kesnya teringat adik pernah masakkan di rumah time dia balik bercuti

masalahnya,setiap kali yong di rumah
teringat nak ke tesco,nak beli salmon
tapi,bila dah dok dalam tesco tetiba malas nak beli

kali ni,walaupun perasaan malas membeli tu datang,
yong tetap ambil 2 keping isi ikan salmon ni.
Apa nak jadi,jadila..mesti masak jugak..
ehehh..kalah orang mengidam!



murah je.mampu milik!


balik rumah dok pikir nak masak apa
maka,jadilah resepi sukahati
cuak pulak takut hanyir bagai

so,yong basuh bersih-bersih dengan limau dan selawat,toskan
cantik ja kaler oren ikan ni..hehe


lumurkan dengan perasa kesukaan korang
yong boh garam,ambil lada tumbuk (sebab serbuk habis) and sedikit perencah HILAL

time dok kat tesco tu kemain belek rosemary la,oregano la tapi harammmm tak beli
dok rasa macam ada lagi kat umah
bila nak masak,of kos la cari tak jumpa
sabo jelaa


ehem..dok bersanding elok dalam belanga
yong masak guna minyak zaitun ja..ala-ala basah-basah kering
heh!

kalau tengok dalam masterchef bagai tu diorang makan mentah ja..or goreng sekejap ja
yong masak ikut suka,lama juga la,takut oit tak leh telan!kikii



tadaaa
siap dah 

nasib baik ada cendawan dalam tin ni
boleh jugak jadi hiasan

oh ya,yong potong cendawan + goreng guna minyak ikan yang sama tadi
bohla perencah sikit

lastly
perah limau 

tepek mayonis

sedap!
isi ikan salmon ni gebu
ala-ala macam ikan kayu tu tapi smooth ja


suami pun cakap sedap

hew..boleh la,sebab dia pun pestaim merasa
takda bau hanyir bagai

yay~


lepasni boleh buat lagi ^^,

3 comments:

  1. yum... sedapnyer sis.... salmon masak lemon pun sedap sis klu nk yg berkuah.... hehe... selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  2. sekali aida pernah buat, yong.
    couple dgn sos lemon.
    mr.asben x gemar :(
    sedap katanya, tapi bukan citarasa dia.
    dia nak ikan masak sambal aje :) ha ha ha

    ReplyDelete
  3. Hai yong....sy pun suka salmon tp org rumah x suka dia suka mkn ikn kt laut malaysia ni je.
    Nampak cantik dan sedap ikan tu

    ReplyDelete