KEMBALI BERGELAR ISTERI : MOGA ALLAH REDHA


assalamualaikum

alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
dalam nikmat ISLAM & IMAN

entry ni adalah entry pertama
selepas yong bergelar isteri kali kedua

alhamdulillah
segala puji bagi ALLAH yang menitipkan rasa cinta
dan yang memudahkan segala urusan
daripada merisik hinggalah walimah

syukur
semuanya berjalan lancar


untuk kali kedua ini
allah aturkan yong untuk menjadi isteri kepada seorang suami orang

BERMADU

ya
BERMADU

masyarakat kita masih tabu dengan isu bermadu
namun

kami memandangnya dengan penuh positif

bukan yong berbicara positif kerana yong MENGAMBIL hak orang lain
namun semuanya telah kami bincangkan

bukan mudah untuk bergelar ISTERI KEDUA
apatah lagi dengan pandangan masyarakat yang menggelar PERAMPAS
tak kurang juga PENGGODA

tambahan pula dengan status JANDA anak satu


semoga ini yang terbaik untuk kami bertiga
eh
berempat

doakan segala yang terbaik untuk kami













Share on Google Plus

About yong norliza

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

2 Comments:

  1. Alhamdulillah... Tahniah yong... Allah tahu apa yg terbaik utk kita... Pekak kan telinga je kata2 org tu ... Biarkan mereka berkata mengikut rasa. . Kita juga berpahala..

    ReplyDelete