25 May 2015

JAKIM TARIK BALIK SIJIL HALAL SECRET RECIPE?


assalamualaikum


serius ???

JAKIM tarik balik sijil halal Secret Recipe ??

OMG 

memang viral story ni dalam laman sosial
jom kita baca kenyataan dari pihak JAKIM 





Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik kembali sijil pengesahan halal Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd disebabkan pelanggaran prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan amalan pengilangan (GMP) yang serius.
Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff menegaskan penarikan sijil yang berkuatkuasa pada 7 Mei lalu itu bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk itu.
"Penarikan sijil halal tersebut tidak menghalang syarikat berkenaan untuk memohon sijil halal selepas tindakan pembetulan dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan Malaysia," kata Jakim dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui Facebook rasmi mereka hari ini.
Katanya, Jakim sudah memanggil syarikat itu dan mereka berjanji akan melakukan tindakan segera terhadap kesalahan yang dilakukan sehingga menyebabkan sijil halal ditarik balik.
Bagaimanapun Hakimah berkata, Jakim akan membuat penilaian semula terhadap permohonan tersebut berdasarkan pemeriksaan dan pematuhan terhadap Malaysia Standard 1500: 2009 dan Manual Proseder Pensijilan Halal Malaysia 2014.
"Jakim memandang serius terhadap perkara ini dan mengingatkan setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia agar sentiasa mematuhi paiwaian dari masa ke semasa.
"Tindakan juga akan diambil tanpa kompromi kepada mana-mana pihak yang melakukan pelanggaran pematuhan piawaian pensijilan halal," katanya.
The Malaysian Insider masih mencuba untuk menghubungi Secret Recipe untuk mendapatkan maklum balas. – 26 Mei, 2015.


* * *

yong bukan kategori peminat kek
tapi memang ada beli kek ni bila teringin sangat
rasanya ada la beli dalam 5 kali

actually , yong memang ada plan nak beli 
kek secret recipe hujung minggu ni.

Nampaknya,kena cari kek lain je la.
Biar clear isu halal ni dulu

bukankan mencari yang halal itu wajib ?

3 comments:

  1. cemana jenama besar boleh sambil lewa bab kebersihan ye??tak patut berlaku..

    ReplyDelete

  2. Thanks for providing such a very nice information,it is really good details
    veg manchurian recipe

    ReplyDelete
  3. Pnh rasa sekali je... Secret recepi tak tepati cita rasa kami... Kami pilih pitachios shja... Lebih murah...

    ReplyDelete