10 November 2014

RESEPI ROTI SARANG LEBAH PALING SENANG!


Assamualaikum

Hari ni nak share rahsia mengenai roti sarang lebah
Yang memang korang tak jumpa dalam mana-mana resepi especially dalam blog

Eheh..kekwat bukan mainnnnn

Sebelum nak bagi resi,nak story dulu 
alkisah sepanjang minggu ni dah 3 kali buat roti ni..
maklumlah,try & error sebab yong ni zero bab2 buat roti ni..
selalunya beli ja..kikii

Maka disebabkan geram tengok sana sini orang dok tayang roti ni,
yong pon gedek blog yang ada resepi roti sarang lebah ni.
majoritinya adalah sama..

Cumanyaaaa
Untuk yong as a beginner and takdak basic buat roti ni,
memang skema habis ikut resepi

1st time buat TAK MENJADI sebab ???

Yong main uli dengan tangan sahajaaaa

DIA TAK TULIS PUN KENA ULI DENGAN MIXER DULU 
SEBELUM LENYEK2 DENGAN TANGAN

haaa.. tu la rahsia nyaaa

Jom,nak story resepi step by step


****

DOH

2 cawan tepung gandum ( boleh cari hi-protein punya di kedai bakery)

1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula 
1/2 cawan yogurt asli
¼ cawan minyak sunflower
1/2 cawan air suam
+-**Almond flakes, pumpkin seeds


Cara-cara ;


  1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
  3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
  4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. (yong guna mixer dahulu utk blend kesemua bahan-bahan pastu baru uli dengan tangan-RAHSIA ROTI GEBUSS YANG ORANG TAK BAGITAUUU )
  5. INGAT..cara ulinya jika adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
  6. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  7. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya (yong bentukkan dahulu & susun jarak-jarak supaya bila dia kembang nanti baru berhimpit-himpit & sedia untuk masuk dalam oven! )
  8. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
  9. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  10. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
  11. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
  12. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:- 

  • Doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.(yong add on sikit2 jugak tepung tuu.heheh)
  • No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
  • Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.



BUTTERSCOTCH SAUCE : 

1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter (lebih kurang dalam 2sudu)


  1. Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
  2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
  3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.


NOTE:- 
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..
Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .



taraaaa....sodap !!!!

Pi la buat ~


8 comments:

  1. salam yong.. skodeng resepi bee hives plak kat sini

    ReplyDelete
  2. Samala mcm sy yg x penah langsung buat roti mesti ikut sebiji2 resepi...thx ade rsepi yong ni bole ikut sebiji2 :)

    ReplyDelete
  3. Alaah. Sedapnya yong.. baru makan tadi tapi beli punyalaa mampu.

    Mekaseh sebab sharing resipi.. :)

    Raidah
    www.blograidah.com

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap. Mohon share

    ReplyDelete
  5. Sedapnya yong....thanks punya resepi

    ReplyDelete
  6. Slm nk Tanya .Kak bland ape

    ReplyDelete
  7. Kak kata bentuk kan doh dulu kan.mcmna tu.lepas uli yg mula tu terus bentukkan ke.pastu dah naik terus bakar .tk yah tumbuk2 dah ke

    ReplyDelete
  8. sy guna blend biasa ja,tu pun mak punya..dah berapa belas tahun jugak usia mixer tu
    jenama EMPRESS

    insya-allah yong akan update resepi yg latest sbb ada penambahbaikan..

    boleh biarkan selama 45 minit utk doh kembang,then uli2 bentukkan & biarkan dlm bekas utk kmbang kali ke-2 selama 45 minit baru bakar 15-20 mnit

    ReplyDelete