01 October 2014

BILA DIA MASUK KE BILIK SENDIRI..


Assalamualaikum

Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat ISLAM & IMAN

Rutin yong bila balik rumah ja,sampai-sampai tu terus tukar baju & rehat dengan si kecil.
Al-maklumlah,dah hampir seharian tok dan tok wan melayan karenah dia.

Kadang-kadang sampai rumah dia baru tidur,
so boleh la rehat panjang sikit.
Kalau sampai rumah dia baru bangun tidur,hehe..layan je la~
Dan time tu la kadang-kadang dia buat perangai.
Kadang ok ja,kadang ada ja itu tak kena,ini tak kena.
Biasa la,cari perhatian

Nak jadi cerita,dia datang duduk atas yong sambil tunjuk kuku dia
dia cakap : ni..kuku

yong tengok,rupanya isi yang tepi kuku tu terkopek sikit,
for sure la akan rasa sakit kan,terus dia jalan pergi ke bilik.
Yong biar,tengok apa dia nak buat.Lama jugak tu.
Lepas tu dia datang sambil bawa ketip kuku dan duduk balik atas riba.
dia cakap : nah,sakit niiii ( sambil tunjuk kuku dia )

oh..cerdiknya anak ummi !!

yong pon ambil ketip kuku & buang lebihan tepi kuku dia

actually,kat dalam rak baju dia pun ada ketip kuku
tapi yong sorok,kalau tak sure bersepah!
hehe


0 comments:

Post a Comment