10 October 2014

BAYI TIDUR DI DALAM KOTAK ??




Adalah menjadi tradisi di Finland bagi bayi yang baru lahir untuk tidur di dalam kotak kadbod. Mengapa amalam ini wujud? 

Jawapannya menarik dan bakal membuatkan anda tersenyum. Program pemberian kotak berisi barangan bayi merangkap katil pertama bayi bermula pada tahun 1938 bagi mengurangkan kadar kematian bayi yang pada ketika itu mencecah 64 kematian setiap 1000 kelahiran. Kerajaan Finland merasakan jika ibu bapa diberikan hadiah pakaian, lampin, produk bayi. baju sejuk, sarung kaki dan tangan bayi mereka akan mempunyai kebarangkalian lebih tinggi untuk hidup. Pada awalnya hanya golongan miskin diberikan bantuan ini tetapi pada tahun 1949 bantuan first baby kit ini diberikan kepada semua ibu bapa baru.

Untuk menerima bantuan ini seorang ibu hanya perlu mendaftar kehamilan mereka sebelum kandungan mencecah 4 bulan. Klinik kerajaan kemudian akan memberikan kesemua keperluan asas di atas secara percuma. Kotak yang diberikan kemudian digunakan sebagai baby cot pertama si comel dan simbolik setiap bayi Finland dilahirkan setaraf dan wajib tidur sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Hasilnya kadar kematian bayi di Finland kini masih antara yang terendah di dunia. Program kotak tempat tidur ini masih diteruskan sehingga sekarang.

****

sempoi kan ?

1 comment: