14 June 2014

RESEPI : ROTI LAPIS DAGING aka LASAGNA


Assalamualaikum ..

Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini 
dalam nikmat ISLAM & IMAN

Rasanya macam dah lama sangat tak buat entry bab resepi
last entry rasanya pasal nasi arab
yang sebelum tu 
time mengandung kat siti zubaidah

okei .. entry kali ni pasal ROTI LAPIS DAGING
ala-ala lasagna kunun~



Bahan-bahan :

Roti gardenia
Susu sejat
Telur 3-6bji
Tomato puri/sos
Cheese

Bahan inti:
Daging cincang
Carrot
Kentang
Bawang putih dicincang*
Bawang merah dicincang*
Sedikit cabai yang telah dikisar*

- tumis bawang,cabai,msukkan daging,carrot n kentang d dptong dadu,masukkan perasa scukupnya-

Cara-cara :


Telur 3 biji susu stengah tin dipukul
Celup roti
Jgn lupa sapu bahagian bawah bekas dengan merjerin
Masukkan roti y dcelup telur,
Lapiskan dengan inti daging tadi
Tabur cheese
Ulang lapisan
Boleh buat 2-3 lapis sesedap hati anda
Atas skali boleh letak cheese sesedap rasa
*tuangkan saki baki telur tu atas roti untuk rasa yang bombastik

Masukkan dalam oven
Suhu 70º selama lebih kurang 15-20 minit
( bergantung kepada suhu oven anda juga..kalau oven jenis panas cepat,leh bagi slow sikit )




hasil nya .. taraaaaa
* satu buat guna loyang biasa,
satu boh dalam pemanggang ajaib

sori la .. proses penyusunan lintang pukang~
janji boleh makan..haha~

kalau rasa nak cheese leleh,silakan boh cheese banyak2
oh ya,klu masuk oven,jgn lupa tutup sebab takut cheese keras
( hasil pengalaman oven yg suhu panas & kureng efisyen..keras kong roti mak~ )

selamat mencuba~





No comments:

Post a Comment