04 April 2014

Resepi : Ayam Goreng Bercili



assalamualaikum

Rasanya lama dah tak berEntry mengenai makanan & masakan
sekali-sekala kita tukar menu entry blog pulak!
Rasa-rasanya last entry pasal menu makanan ni ialah NASI ARAB

ni cerita semalam
balik sekolah , terus ke dapur tolong mak memasak
tak da yg special 
tapi naaaak jugak share dgn korang semua




actually resepi ni simple sajooo

bahan-bahan :

1. Isi Ayam ( dihiris nipis & jgn terlalu besar )
2. Serai ( 1- 2 batang )**
3. Bawang putih ( 5-7 ulas )**
4. Bawang merah ( 5-6 biji )**
5. Halia**
6. Cabai besar ( 2 biji )**
7. Cabai melaka ( 5-7 biji )**
8. Bawang besar (untuk hiasan)
9. Sayur campur ( yong bubuh brokoli,karot)
10.Perahan asam jawa
11. Garam / kunyit / serbuk cukup rasa

* boleh di ubah mengikut kesesuaian kuantiti isi ayam
Bahan bertanda ** ditumbuk untuk ditumis

Cara - cara :

1. Gaulkan ayam dengan garam & kunyit @ serbuk cukup rasa.
Goreng isi ayam terlebih dahulu hingga agak garing , angkat. 
Minyak yg sama digunakan untuk tumis . 
Minyak sederhana banyak sebab nak bagi berkuah
2. Tumiskan bahan2 yg telah ditumbuk tadi
3. Masukkan ayam goreng
4. Masukan perahan asam jawa
 ( kalau bayak masam tau! so pandai2 korang la )
5. Masukkan perencah @ garam
yong add on serbuk cukup rasa ^^
6. Masukkan sayur
7. Hiris bawang besar untuk hiasan

tara ... siap !!





1 comment: