:: say no to NASI LEMAK ?? ::



.. salam alaik ..

alhmdulillah,msh bnyawa hingga ke saat ini dalam nikmat ISLAM & IMAN

amacam ??
cantik x usya gmbar si nasi lemak nih ??

hihi..sedap kan bila dpt mkn ns lemak..nak nak plak pagi2 hari..panas-panas.
.sambal plak menggiurkan..hahah..terliur!!

tapi utk pengetahuan u`olls..nasi lemak nih dah mula menjadi sebutan kerana berjaya MENG-OBES-kan kanak2 di malaysia..hurm...
banyak benor pendapat kan tntang isu nih skarang..dlm KOSMO..

KUALA LUMPUR - Sikap ibu bapa yang memandang remeh amalan pemakanan sihat seperti membiarkan anak-anak kerap menikmati sajian makanan segera yang banyak kalori didakwa punca utama masalah obesiti pelajar di negara ini.

Pakar Perunding Makanan Persatuan Pakar Diet Makanan Malaysia, Indra Balaratnam berkata, amalan pemakanan yang sihat bermula daripada sesi sarapan di rumah tetapi hakikatnya ia jarang diberi perhatian.

"Disebabkan sibuk dengan kerja, ibu bapa terlepas pandang aspek pemakanan sihat dan menyebabkan anak-anak terdorong menikmati makanan segera dan tidak berkhasiat yang mempunyai tahap kolesterol dan kalori tinggi," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian mengulas laporan muka depan Kosmo! Ahad semalam mengenai punca utama obesiti di kalangan murid bukan semata-mata kerana nasi lemak.

Indra mengingatkan bahawa sikap ibu bapa tidak memandang berat amalan pemakanan yang sihat itu akan memberi kesan buruk kepada proses pembesaran anak-anak mereka kelak.

"Lebih memburukkan, ibu bapa sendiri tidak mengamalkan tabiat pemakanan seimbang di rumah dan ini mempengaruhi anak-anak mereka," katanya.

Beliau berkata, ibu bapa sepatutnya prihatin mengenai pemakanan kanak-kanak sama seperti mereka mengambil berat terhadap pencapaian akademik.


penjualan nasi lemak di kantin2 skolah pun dah mula dikurangkan...ada gak y dihentikan..
erm..jgn mkn mknan y x sihat ye...mari kita jg ksihatan ^^

Post a Comment

1 Comments