29 October 2010

:: pompuan pun sama....huwa... ::


.. salam alaik ..


hurm..ape nak jadi nih..laki pompuan sama je skrg ni..
baru je membebel kes lelaki y smakin ganas
ni plak kisah seorang lelakiy jadi korban cinta
melampau-lampau la apa y dibuatnya..
isk isk..

KUALA TERENGGANU - Selepas 10 hari menanggung derita akibat dipaksa meminum racun oleh ahli keluarga teman wanitanya yang berusia 16 tahun, seorang penoreh getah akhirnya menemui ajal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, Muda Mohd., 27, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 pagi selepas menunjukkan komplikasi teruk lewat malam kelmarin sebelum disahkan koma beberapa jam kemudian.

Bagaimanapun, katanya, polis sempat mendapatkan keterangan daripada mangsa.

"Sehubungan itu, kita telah mengklasifikasikan kes ini sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya yang memberitahu polis telah menahan tiga suspek bagi membantu siasatan kes itu.( link )



MUDA yang bertarung nyawa meninggal dunia di HSNZ semalam.


* inna lillahi wa inna ilaihi rOjiun..
al-faatihah~

6 comments:

  1. seyes???nape mcm tu?nape dipaksa???

    ReplyDelete
  2. cinta yg zalim? atau manusia yang zalim?

    ReplyDelete
  3. mia : lau x cilap kes laki tu x nak kt pomp tu..
    rafhan : ZALIM x de dlm istilah cinta tp mnusia y bg ada...takut~

    ReplyDelete
  4. manusia ni kekadang lebih sasau dari yang bukan manusia...

    ReplyDelete
  5. Gila arr... xdapat suruh minum racun plak...

    http://yourmusicenter.blogspot.com/

    Minta2 jauh dari keluarga aku...

    ReplyDelete