17 August 2010

:: alahai suami... ::


.. salam alaik ..

alhamdulillah..masih bernyawa hingga ke saat ini dalam nikmat ISLAM dan IMAN
hopefully suma sihat la..

diam x diam dah 8 hari kita pusa..kan ?
wah..maknanya tinggal lagi 2 minggu lebih nak stay kat hostel..pastu..balik kmpung~

erm..hr ni agak lewat on9 sebab kuliah awal pagi..
xpe,pentingkan mana y lebih penting ^^

so,dalam harian metro hari ni ada satu berita yang amat sedih..
pada y x baca..klik kat link tuh..

xpe la klu x mo klik..meh nak story

AMPANG: Puncanya hanya kerana menguatkan bunyi televisyen, namun habuan diterima begitu azab apabila seorang wanita yang sedang mengandung enam bulan dipijak suami sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini, Ahad lalu.

Berikutan itu, bayi dalam kandungan wanita terbabit masih belum diketahui tahap kesihatannya dan polis menunggu laporan perubatan akan dikeluarkan hospital dalam tempoh terdekat.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika pasangan berkenaan baru setahun mendirikan rumah tangga berada di rumah sebelum berlaku pertengkaran.

“Ketika kejadian, suami mangsa memintanya memperlahankan suara televisyen dipasang dan mangsa mengikut arahan lelaki terbabit dengan memperlahankannya.

“Bagaimanapun, suaminya memberitahu dia mahu keluar bermain snuker bersama rakannya,” katanya.

Menurutnya, baru saja beberapa langkah suaminya mahu keluar, mangsa kembali meninggikan suara televisyen membuatkan lelaki berkenaan naik angin dan berpatah balik.

“Suami mangsa menghampiri dan dengan nada marah mendakwa mangsa cuba bersikap kurang ajar dan sengaja mencabarnya.

“Bagaimanapun, mangsa memberitahu tidak berniat mahu menyakitkan hati suaminya dan meninggikan suara televisyen kerana menyangkakan suaminya keluar,” katanya.

Sumber terbabit berkata, suaminya yang tidak puas hati jawapan diberikan terus meluru sebelum memukul tangan mangsa dengan kuat sehingga menyebabkan kecederaan.

“Tidak cukup dengan itu, suami mangsa yang panas baran naik angin dan memijak perut mangsa yang mengandung enam bulan.

“Mangsa hanya mampu meraung dan menjerit meminta suaminya berhenti dari memijak perutnya sebelum lelaki berkenaan menghentikan tindakan itu dan meninggalkan mangsa menahan kesakitan,” katanya.

Menurutnya, isteri malang terbabit yang tidak puas hati dengan tindakan suaminya itu membuat laporan kepada pihak berkuasa dan susulan itu, polis menahan suami mangsa yang berusia 20-an untuk membantu siasatan.

“Lelaki berkenaan ditahan di rumahnya kelmarin bagi membantu siasatan kes terbabit dan setakat ini polis menunggu laporan pemeriksaan hospital untuk menentukan keadaan bayi dalam kandungan wanita itu.

“Bagaimanapun, pemeriksaan awal mendapati wanita berkenaan bernasib baik kerana tidak keguguran dan mangsa mendakwa kandungannya sudah ada pergerakan dan mungkin dalam keadaan stabil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahanan lelaki terbabit.


agak-agak la kan..
ape perasaan korang bila baca berita nih??

bercinta bagai nak rak..nak dapat anak
sesedap hati pijak perut isteri
ada peri kemanusiaan ke x ???


* nota : ya allah kau jauhkanla kami dari musibah ini...kurniakanlah kepada kami lelaki yang soleh..amin~

9 comments:

  1. terkejut gak bila baca berita ni...
    mmg tak berhati perut betul lelaki tu...
    binatang pun tau syg anak bini...
    semoga kita dijauhkan dari sume tu ye kak... ;)

    ReplyDelete
  2. dasyat nya..dia tak tauka betapa susahnya bini tu mengandung, bukan tlg ringan beban bini tambah lagi beban bini tu...laki dayus giler tu namanya..x patut jd laki, tak patut kawin, dok ja ngan member2...eeeeeeee geramnya baca cita nih....dunia sekarang ni dah nak jd cam zaman jahiliah blk kot......masyaAllah....mintak simpang la jdi kat kita....

    ReplyDelete
  3. tu la psal..mnusia smakin sadis..

    ReplyDelete
  4. baru setahun kwen dh cmni.. klau kuar ank nti msti smkin baran pangai dia.. hrp x smkin buruk keadaan pasni, huh...

    ReplyDelete
  5. nthla atas dasar apa pnikahan dbuat..
    xda ptmbangan~

    ReplyDelete
  6. ngeri tol ah lelaki skang ni..macam monster,,baru bertindak sikit dah dibalunnya..

    ReplyDelete
  7. mcm2 betul skrg nie, naik takut baca paper

    ReplyDelete
  8. hurmmmmm...biasa la yong..masa x jd milik mrk,pompuan d tatang ...bila dh dpt, hampehhh... kuang ajorrr...seeloknya, pompuan sblm kawen kena ada black belt...

    ReplyDelete
  9. kadang-kadang pilih sendiri,tak lihat mak bapaknya.janji sehidup semati.
    yang belum pilih,
    pilihlah ikut adab hukum.
    asal usul
    ilmu
    susila
    rupa
    harta

    ReplyDelete