25 February 2010

:: salam maulidurrasul ::

... salam alaik ...

selawat dan salam untuk junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W
dan moga kita mendapat syfaat daripadanya..jgn malas nk berselawat tau~



so..topic of the day : MAULIDURRASUL

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.



SO....skrg nih sejarah ttg maulidurrasul suma kita dah tau...tapi..apa tindakan kita???

- sejauh mana kita kenal dgn Baginda??

- sejauh mana kita mengamalkan ajaran baginda ??

adakah dalam sesetengah hal shj atau dlm stiap aspek kehidupan

- sejauh mana kita menghayati sunnah baginda ??


selamat beramal

0 comments:

Post a Comment