HARGA SEBUAH KEMALASAN

 


HARGA SEBUAH KEMALASAN | Hurm.. malas pun ada harga ? yaaa .. dunia sekarang takda yang free .. itulah hakikatnya , setiap perkara datang dengan sebuah harga yang perlu dibayar. Dalam kes kakyong , sejak jadi orang Kajang ni kakyong sentiasa membayar harga kemalasan untuk beli barang dan masak.. 

Nak kata sibuk , kadang sibuk kadang ok ja .. tapinya MALAS tu utama diiringi dengan kesibukan. Alhamdulillah, kakyong pun dah mula adapt dengan kehidupan di kotaraya. Seawal pagi bersiap uruskan diri dan anak-anak , hantar anak ke sekolah dan taska , masuk kelas , balik rumah bagai maka nya kadang-kadang option yang tinggal dek kesibukan dan keletihan itu aialah dengan membayar harga kemalasan!

so far , kakyong bayar di platform Grab dan Foodpanda. 

Nak keluar beli barang , nak kena siap-siap .. bila dah masuk kedai daripada 5 item eh beranak jadi 10 item .. nak cari parking , bayar parking lagi .. ALLAH ..keras sungguh penangan hidup di kotaraya ni.. maka nya , kakyong capai handset klik-klik settle ! Tunggu dalam setengah jam , barang pun sampai






Untuk order makanan , tak menentu. Mostly memang Foodpanda , dalam hujung Februari tu kakyong order dengan Grabfood . Kadang ubah angin order dengan shopeefood. Ha gitulah !

Untuk Foodpanda, kakyong subscribe PandaPro , so boleh dapat diskaun macam-macam, ada yang free delivery juga. Mana yang berbaloi dengan poket , kita guna ja..

Kalau GrabFood, kakyong sebagai pengguna biasa maka harga pun biashe-biashe.. macam bayar di kedai , kadang murah kadang just nice takda la melantun-lantun harga tu , overall masuk akal. Padan dengan malas keluar rumah lah!

*tambahan

bukan tak masak dirumah..kalau ada masa terluang baru masak..hahhaha
masak untuk 3 orang ja, kadang tu menu tak laku ..beli ayam sebelah , masak 2-3 kali end up tak habis tara mana pun.. cuma nya item wajib ada dirumah ialah beras , telur , kicap .. menu utama kegemaran si kecik tu..kakak tu ada sambal telur pun dah ok .. telur goreng dengan kicap macam adik pun ON .. 

So , korang berpanda / grab tak ??

Post a Comment

12 Comments

  1. hahaha hebat la entri nih..
    rasa baru 2 ke 3 kali order foodpanda atau grab. lebih suka masak n pergi tempatnya kalau bab makan lah.. betul la tu
    malas pun berbaloi ..

    ReplyDelete
  2. Boleh kata hari² guna... Buat apa nak bersusah payah kalau ada yang menyenangkan... Pada saya berbaloi je beli guna panda atau grab... Sebab nak start kereta, nak parking lagi... Nak jalan cari... Silap hari bulan.. lain nak beli... Lain yang dicapai... 😂😂😂😂

    ReplyDelete
  3. memang sangat sangat berbaloi guna perkhidmatan ni. lebih banyak menyenangkan dan membantu mak mak menguruskan keluarga, kan.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah guna perkhidmatan panda ni. Bila dah baca entry ni mungkin boleh cuba jugak nanti..memudahkan mak2 macam kita ni..

    ReplyDelete
  5. Saya kalau sendiri, masih boleh bertahan dari order FP, Kalau ada family kena keluar duit sebab tak rajin, dengan penat bekerja lagi okaylah hihihi

    ReplyDelete
  6. Ohh wowo....I wasn't aware this helpful service until reading here. Thanks for this, absolutely good one. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  7. Suka order dengan FP ni, deliveru cepat, selamat dan dijamin tepat sampai pada masanya. Ada kala malas masak memang guna service FP..

    ReplyDelete
  8. Sesekali berfoodpandalah juga. Kdg2 penat tahap dewa, malas nak masak, so beli kat foodpanda sajalah, mudahkan ... x stress2 , semua happy.

    ReplyDelete
  9. saya selalu guna apps FP ni setiap kali nk hantar makanan dekat rumah parents, kita kan duk jauh so guna FP mmg mudah. Order je japg sampai, mak ayah pun happy sbb selalu tukar menu and dia acah acah surprise ehehhe

    ReplyDelete
  10. Betul kat bandar gitu suka guna foodpanda. Jika kat kampung senang sikit

    ReplyDelete
  11. kelebihan food panda ni untuk saya Kalau tak sempat masak sebab busy sangat, memang order food panda je senang , tapi kalau hari hari food panda habis kering dompet haha so saya pun guna bila perlu saja

    ReplyDelete
  12. selalu jugak guna tapi bila terasa nak makan tapi malas keluar hehe kadang² xmalas pun beli guna fp kikiki tapi betullah mahal jugak harga malas ni kalau difikirkan balik

    ReplyDelete