MY LIFE AS A STUDENT | YONGNORLIZA

 


Assalamualaikum

Diam tak diam dah hampir 6 minggu kakyong bergelar student di Universiti Kebangsaan Malaysia.Alhamdulillah,tahun 2022 Allah rezki kan kakyong dengan program Hadiah Latihan Persekutuan , Cuti Belajar Bergaji Penuh (HLP CBBP)

Kakyong adalah seorang guru di Sekolah Kebangsaan,maka nya dengan HLP ni kakyong dapat cuti 2 tahun dan sambung belajar di universiti.Lepas 2 tahun kakyong akan balik mengajar ke sekolah seperti biasa.

Pendaftaran sesi pengajian adalah pada 17/10/2022.Kakyong ambil jurusan Bahasa Arab dan Tamadun Islam di Fakulti Pengajian Islam UKM, mode kerja kursus.

Untuk pengetahuan,bagi HLP sesi 2022-2024 ni setiap course dah ada bilangan tertentu.So bagi group HLP Sarjana Bahasa Arab seluruh Malaysia ada 7 orang sahaja.Kakyong sorang di Fakulti Pengajian Islam,ada 3 orang di Fakulti Pendidikan UKM, sorang di USIM, sorang di Universiti Malaya dan sorang lagi di UNISZA.

Ajom lah,layan gambar-gambar kakyong disini.



Ni gambar waktu hari pendaftaran.Disebabkan kakyong sorang je budak Bahasa Arab,kakyong team up dengan kawan-kawan HLP Pendidikan Islam.Semua yang dalam gambar ni adalah guru-guru KPM yang dapat Cuti Belajar HLP.Yang hujung sebelah kanan tu Pegawai PPD yang sambung phD.Sebelum ni kakak tu sambung Master under HLP juga.Sekarang phD sendiri sebab HLP ni untuk yang berumur 45 tahun ke bawah sahaja.



Habis je taklimat di dewan tingkat bawah,lepas Zohor kami ada taklimat di jabatan masing-masing.Ni yang penting sekali sebab nak daftar subjek untuk sepanjang semester.Alhamdulillah,berjalan lancar semuanya !

Post a Comment

3 Comments

  1. Tahniah Yong, semoga sukses dgn study..All the best ya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. direzekikan sambung belajar lagi. Semoga kakYong berjaya menempuh alam belajar dan sukses dengan pengajiannya.

    ReplyDelete
  3. Ohh wow...so proud of you for continuing your study, I'm sure not easy to adapt back to student life kan. I've enjoyed my read here of your story being a student. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete