MEROYAN KERANA ROTI JOHN


Assalamualaikum

alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat ISLAM & IMAN

hari ni 28 jun bersamaan 11 ramadhan
menu berbuka puasa simple saja
ROTI JOHN


Alkisahnya,3 hari lepas yong ke bazar ramadhan
terpandang roti john
rasa macam teringin
beli la satu

tapi 
sayang seribu kali sayang
rasanya tak seperti yang diidam

roti daging
tapi intinya hampeh
rasa pon ala - ala jer

maaf cakap
makan pon memang tak habis
rm3 sebiji tau

haih

teringat azwan ali
mau kena maki kalau dia makan roti tu
ops~

maka
hari ni yong buat la roti john ni
kali ni dengan resepi yang lebih simple




Bahan - bahan :


1. Roti frankfurter Gardenia
2. Daging cincang Ramly
3. Bawang besar
4. Telur
5. Sos , mayonis , thousand island (ikut citarasa)
boleh letak salad kalau suka


Cara-cara :

1. Daging cincang tu basuh & rebus sehingga air dia kering.
Masukkan garam,lada seenaknya

2. Potong dadu bawang besar + add on telur
macam buat telur dadar

3. Masukkan daging cincang di atas kuali + telur yang telah dicampur bawang

4. letakkan roti yang telah dibelah dua

5. siap!


nak resepi yang complex
leh refer SINI

Post a Comment

0 Comments