assalamualaikum

alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
dalamn nikmat ISLAM & IMAN

ramadhan dah melangkah hari yang ke 16 dah
sekejap ja masa berlalu kan ??

okey, masalah alignment blog lari dah setel
al maklumlah ..memang out bab-bab coding bagai nii

okey , hari ni nak share resepi
PUDING KARAMEL PAAAALING SENANG di dunia
cewah~

kalau nak tau , puding karamel ni.. zaman study dulu bila pi bazar teringinnnn sangat..tapi kadang-kadang ja beli sebab rasa mahal sangat ! 1 slice tu rm 2.50 kot
ye la kan , student ..berkira wooo nak membeli~
padahal tiap hari membeli murtabak tak pa ja
hahaha

okei .. back to tajuk

bahan - bahan :

1. Telur 3biji*
2. Setengah tin susu cair*
3. 1 sudu kecil esen vanila*
4. 1 sudu kecil tepung jagung* ( yong tak masukkan pun )
5. 1 sudu gula*
6. 1 cawan gula utk gula hangus

* blender kan bahan-bahan tersebut , ketepikan

Cara membuat gula hangus :

Masukkan gula dalam periuk kecil
api sederhana
biarkan sehingga cair
believe me,jangan dok kacau,nanti berketul!

( sementara tunggu tu , boleh siapkan bekas untuk kukus )

bila dah mula mencair baru start kacau sampaila berwarna keperangan
jangan lama sangat,sebab nanti kalau dah mula gelap , 
means gula korang memang dah hangus,pahit!

lepas siap ja gula hangus,boleh tuangkan terus masuk dalam bekas yang korang nak guna untuk kukus puding tu dan tuangkan yang diBlender tadi slow-slow
kukus dalam 10-15 minit lebih kurang

siap!

tadaaaa~




* resepi ni untuk sekali makan ja , 
kalau rasa nak banyak lagi,boleh up 5 biji telur,1 tin susu cair
terpulang pada anda


okei .. semoga bermanfaat~