Assalamualaikum ..
Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat Islam & Iman

Tengah-tengah malam ni nak up entry yang dah bertapuk
Actually,sepatutnya dah up entry ni seminggu sebelum Ramadhan.. layan je la ye..

Kisahnya,dah lama mak ayah dok plan 
nak buat kenduri sikit,
makan- makan jemput kawan-kawan diorang
Makanya..tarikh yang sesuai dah ada,yong pon jadi chef la
Chef yang tak seberapa
Buat la nasi arab , 
untuk tetamu dalam 20 orang
Ni la first time masak nasi arab banyak-banyak
Guna periuk yang besar plak tu..
Hihi..pengalaman
Perasan macam buat katering pulak!


Yong buat sendiri rempah nasi arab ni
Of kosla dengan bantuan pakcik google
Sebelum ni buat rempah ni sikit2 ja,
Kali ni buat banyak,
stock bila-bila rasa nak buat nasi arab lagi,senang!

Yong guna jintan manis,jintan putih,buah pelaga,lada
Serbuk ketumbar,serbuk cili & serbuk kunyit

Untuk resepi rempah tu,meh KLIK SINI



Tara ... inilah hasilnya
Cuak jugakk sebab takut nasi tak masak
Ye la,masak guna periuk besar tu 6kg beras tau!

Makan dengan lauk ayam panggang,
 dalca & sos cabai istimewa!

Alhamdulillah,setel dah bab kenduri kecil-kecilan ni
Insha allah,pasni boleh buat lagi!