:: matinya demokrasi di PERAK ::

Hari ini kita menyaksikan satu episod malang bagi demokrasi dinegara kita apabila kuasa rakyat yang diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat tersungkur rebah di Mahkamah Persekutuan dengan pengumuman Zambry yang naik secara kudeta disahkan sebagai MB Perak.

Kalau ada yang menganggap Zambry menang bergaya dengan para hakim memberi kemenangan 5-0 kepada beliau, sebenarnya saya rasa kemenangannya adalah kemenangan yang tidak kena gaya.

Dakwaan awal saya berdasarkan maklumat yang diterima dan saya terbitkan di blog ini pagi tadi bahawa semacam BN sudah dapat mencium lebih awal mereka akan menang bila dikatakan mesyuarat exco kerajaan BN akan diadakan diibu negara esok, dan lebih sepuluh orang ADUN yang hadir di mahkamah hari ini..

Begitu juga semasa pendengaran kes sehari suntuk pada 5 Nov tahun lepas, seorang pun tidak hadir , mungkin kerana mereka tahu keputusannya bukan pada hari itu dan tiga bula akan datang dari tarikh 5 nov itu.

Selain itu sangat menakjubkan kemenangan diberikan sebanyak 5-0 kepada Zambry. Itulah kata orang tua-tua kalau nak berbohong jangan sampai mengaku umur sendiri lebih tua dari umur bapa kandung.

Begitulah keputusan pada hari ini nampak sangat ada bibit yang menyebabkan ianya boleh dipertikaikan oleh banyak pihak apalagi oleh penyokong Pakatan Rakyat sendiri.

Bukankah satu masa dulu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd. Rahim pernah mengesahkan dalam penghakimannya bahawa DS. Nizar adalah MB Perak yang masih sah.

Begitulah kebanggaan BN pada hari ini bila MB Zambry telah disahkan oleh Mahkamah. Mereka bercakap berdegar-degar sejak di mahkamah lagi.sampiakan di TV mereka nampaknya gembira sungguh. Namun perlu di ingat dan ditegaskan Mahkamah buka jalan penyudah dalam kemelut Perak.

Kuasa rakyat adalah kuasa keramat dan penyudah kepada krisis ini. saya sesungguhnya tidak dapat memberi jaminan kepada persoalan apakah penyokong Pakatan Rakyat boleh menerima keputusan ini kerana kuasa yang Pakatan dapat adalah melalui mandat rakyat, Namun BN merampasnya melalui kudeta yang terancang.

Kalaulah ini demokrasi yang di banggakan oleh BN maka bolehkah rakyat menerima sepenuhnya cara BN merampas kuasa yang mereka berikan kepada Pakatan Rakyat dan sesudah itu di sahkan di Mahkamah?

Bukankah Pilihanraya setiap 5 tahun sekali adalah jangkamasa bagi menubuhkan sesebuah kerajaan. Segala keputusan yang diumumkan dalam setiap pilihanraya itulah yang sentiasa dipatuhi oleh penyokong pakatan rakyat.

Sekali ini BN kalah di Perak, dia sudah ditolak dan pakatan muncul sebagai kerajaan yang menjadi pilihannya dengan mendapat undi populer 54 pratus. Namun BN betul-betul gila kuasa dengan mengadakan konspirasi membeli 3 orang ADUN Pakatan sehingga menyaksikan manadat rakyat dinafikan.

Hari ini mahkamah mengesahkan kerja haram BN itu. Namun saya mengingatkan bahawa sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua, begitulah kerja licik BN selama ini pasti akan sampai ke satu masa dimana DUN Perak pasti dibubarkan.

Semasa itu BN akan berdepan dengan rakyat dan mereka akan sekali lagi meneri hukuman seperti dalam PRU ke 12. Zmalah saya jangka kan lebih teruk dari itu.

Apa pun semua pihak mestilah berkerja kuat dari sekarang. Khusus kepada kepimpinan Pakatan Rakyat dan seluruh penyokongnya semuanya mestilah berkerja kuat untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Itulah pesanan lebih awal yang saya terima dari Ust. Ahmad Awang bila keputusan diumumkan tadi, dia menjadi perangsang dan penyejuk jiwa serta peniup semangat untuk meneruskan perjuangan rakyat yang belum selesai ini.

Beberapa hari lepas saya bersama kepimpinan dan ADUN Pakatan Rakyat Perak berkonvoi ke Utara dan Selatan Perak. Sambutan dari rakyat berbagai lapisan umur dan berbagai bangsa sangat memberangsangkan. Program merakyatkan Pakatan Rakyat ternyata sangat relevan. Pakatan Rakyat ternyata masih mendapat sokongan kuat rakyat, kerana itu saya yakin kepada kuasa rakyat bukanyanya kuasa mahkamah.

DUN perak mestilah dibubarkan kalau BN betul-betul anak jantan, atau dia lambat laun akan terbubar juga pada masa matangnya tidak berapa lagi. Tempohnya mungkin kurang lebih setahun dari sekarang. Kerana itu masa terasa sangat suntuk dan singkat.

Kerana itu tidak ada yang lebih penting melainkan semua jentara Pakatan Rakyat disemua peringkat dijana semaksima mungkin bagi membuktikan keputusan mahkamah adalah salah dan keputusan rakyatlah yang paling benar.

Drs. Khalil Idham Lim,
ADUN Titi Serong.



kpd sluruh umat..la tahzan,innallaha ma`ana..
truskan pjuangan..moga stiasa drhmati allah..islam pasti bersinar~
takbir!!!!!!!!
allahu akbar! allahu akbar!! allahu akbar!!!

Post a Comment

0 Comments