23 August 2017

MENDERA ANAK SENDIRI ?

"Abah, rama-rama ni nak warna apa ya abah?".
"Warna je la apa-apa pun Izni," sambil tangan sibuk scroll Facebook..
Sedar tak kita sedang 'Dera' anak dalam SENYAP?
Penderaan adalah satu 'trauma'. Perkataan 'trauma' berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud 'ditebuk'.
Dalam konteks kecederaan fizikal, ini bermaksud 'kulit yang pecah' (skin is broken) ataupun sesuatu yang sempurna (intact) telah dicerobohi.
Ya, memang kita tidak dera melalui fizikal. Tidak rotan, tidak sebat dengan tali pinggang mahupun hanger, tidak menggunakan getah paip atau batang pokok betik untuk mendera, tapi dalam tak sedar ada 'penderaan' yang maha dasyat kita telah lakukan terhadap anak kita. Apakah penderaan itu?
Dari segi emosi, penderaan emosi adalah satu trauma psikologi yang mencerobohi lapisan minda seseorang itu dan terganggu untuk jangka masa pendek mahupu panjang.
Kita kupas satu demi satu. Semoga dapat menjadi tauladan untuk kita bersama.
1. Mengabaikan anak.
"Eh, mana ada saya abaikan anak saya. Makan minum dan pakaian semua cukup. Siap lebih lagi,". Itu kata anda. Apa pula kata anak anda?
Cuba tengok situasi ini.
Anda balik kerja waktu petang. Seharian anda di pejabat, anak anda pula di tadika/sekolah. Waktu bersama anak dan isteri hanya sebelah malam.
Dan waktu malam inilah anak-anak nak bercerita dengan anda. Nak beritahu apa yang berlaku di tadika/sekolah. Betul? Tapi anda perasan tak, sewaktu anak anda bercerita, apa yang anda lakukan? Tengok muka anak anda? Atau anda lebih fokus pada televisyen? Atau Facebook? Whatsapp? Handphone di tangan?Anda sedar tak anda telah mengabaikan perasaan anak anda.
Anda hanya buat endah tak endah, jawab sambil lewa.
Ya, itulah juga yang Abang Iz lalui bila sudah pegang handphone di tangan.
Bila anak ajak anda main, anda beri alasan penat, tak larat, walhal anda malas nak layan. Nak main handphone, game dan sebagainya. Betul?
2. Tidak memuji anak, tak beri sokongan.
Anak dapat no. 7, no. 9, no. 19, adakah anda memuji anak? Beri kata-kata semangat? Atau anda langsung tak angkat tau?
Anak masuk acara sukan di sekolah, berapa kali anda pergi beri sokongan?
Kalau anda pergi pun, hanya terperap dengan handphone di tangan sahaja. Tidak memberi kata semangat, sorakan. Anda fikir remeh, tapi besar erti bagi seorang anak bila ibu bapa beri semangat dan dorongan.
Bila anak tolong kemas mainan, tolong basuh pinggan, tolong kita ambil air untuk minum, adakah kita memuji atau mengucapkan terima kasih? Sepatutnya dari kecil ini kita sudah melatih anak untuk berterima kasih kepada orang. Lentur buluh biar dari rebungnya.
3. Jangan jadi batu/ dinding.
Batukah kita? Dinding atau tembok sebenarnya kita ni? Eh, sedap sahaja nak cakap orang batu,dinding. Kena perlu bangkang? Betulkah kita bukan batu atau dinding?
Anak hampiri kita, tanya kita tentang warna apa yang sesuai untuk warna lukisan rama-rama. Kita pula sibuk melayan video di Facebook. Tak menjawab persoalan anak kita, sehinggakan anak kita berlalu pergi. Punyalah batu kita ni. Tak bolehkah kita 'Pause' sebentar video tersebut dan bagi perhatian pada anak? Video tu akan hilangkah? Atau anda lebih rela perasaan anak anda hilang? Ya, ni kesilapan yang kita sedang buat.
Ingat, kita ibu dan bapa, kita bukan batu atau dinding yang memisahkan hubungan ibu bapa dan anak.
4. Terlalu cerewet, teliti.
Abang Iz ada terbaca kisah di Facebook bapa viral kebangsaan Khairul Hakimin Muhamamad mengenai satu kisah di mana anak gadis berusia 15 tahun kalau tidak silap, membunuh diri di dalam bilik kerana mendapat keputusan peperiksaan nombor 2 buat kali pertama dalam sejarah hidupnya. Sebelum ini hanya mendapat tempat pertama. Kenapa sampai membunuh diri? Disebabkan ayah yang mengatakan jika anak beliau tidak dapat nombor 1, arwah bukan lagi anak beliau. Disebabkan kegagalan mendapatkan nombor satu tersebut, anak tersebut menggantung diri. Ya, ini kisah benar yang terjadi di Malaysia.
Jangan kita terlalu cerewet.
Anak nak pakai selipar tak boleh, kena pakai kasut.
Anak nak pakai baju warna kuning tak boleh, kena pakai baju merah.
Anak dapat no.5, marah.
Anak tak sikat rambut, marah.
Anak nak hisap rokok, marah. Eh, yang ini memang patut marah. Tapi biarlah bertempat dan nampak ketegasan tu.
Kita nampak benda ini remeh, tapi hakikatnya penderaan ini boleh mengganggu emosi dan peribadi anak-anak.
5. Biar anak buat keputusan sendiri.
Ya, sesekali biarkan anak buat keputusan sendiri. Biar level 'confident' anak lebih tinggi. Jadi dia akan lebih berdikari dan tidak dibuli.
Anak tanya, "Abah, nak pakai baju ultraman ke baju upin ipin?" . Abah pun jawab, "Ikut suka Izni la nak pakai baju apa pun,".
Betul ke jawapan kita? Salah ! Eh salah pula, kata nak bagi anak buat keputusan. Ya, tapi biarlah kena dengan soalan. Jangan abaikan atau jadi batu lagi. Cuba begini, " Malam ni Izni nak jadi ultraman ke upi ipin?" atau " Izni suka ultraman ke upin ipin?" Haa, jadi mereka boleh berfikir dan buat keputusan dari soalan kita itu. Semuanya kena bermain dengan kata-kata. Kita perlu lebih kreatif melayan kerenah anak-anak.
6. Merendah-rendahkan anak
Pernah kita rendah-rendahkan anak depan orang? Tidakkan? Tapi sedar tak, kadang-kadang kita tak perasan yang kita sebenarnya dah rendahkan anak-anak.
Contohnya, bila orang puji anak kita " Rajinnya Amni tolong angkat pinggan mangkuk dan siap basuh,".
Tapi kita pula jawab, "Biasalah tu, kat rumah orang dia rajin la sikit. Kalau kat rumah tu, pinggan lepas makan tinggal sahaja dalam sinki. Cawan tinggal je kat atas meja,". Pernah tak alami situasi ni? Dalam tak sedar kita dah lukakan emosi anak kita. Daripada nak jadi baik, terus tak baik-baik.
Alangkah lebih elok kita memuji anak kita, supaya pujian itu boleh dibawa ke rumah seandainya betul sekalipun anak kita malas.
7. Tidak memperjuangkan atau 'back up' anak.
Macam mana pula tu?
Sebagai contoh, anak beritahu Ahmad tendang dia di sekolah. Kita dengan slumber balas, "Alar, biasa la tu. Bergurau. Sikit jer tu,"
Anak cakap, Abu curi pemadam dia. Kita hanya balas, "Tak apa lah, kita beli baru nanti,". Kita boleh sahaja balas, " Mana boleh macam itu, itu hak Izni. Izni kena laporkan kepada guru. Tuntut semula hak Izni,". Walaupun hanya pemadam, tapi kita dah tunjukkan tanda sokongan dan perjuangkan apa yang sepatutnya kepada anak kita. Anak kita akan lebih rasa dihargai dan lebih berkeyakinan. Jangan biarkan anak kita jadi mangsa buli fizikal dan mental.
8. Sikap penolakan terhadap permintaan.
Tak semua benda kita boleh terima dan tak semua benda juga kita boleh tolak. Begitu juga dengan anak-anak.
Sesekali kita tunaikan permintaan anak. Jika kita tidak mampu, kita cuba berikan dalam bentuk/perkara yang lebih menyenangkan kita.
Sebagai contoh, anak nak mainan. Harga mainan tu sangat mahal dan kita tidak berkemampuan. Kita jangan tolak mentah-mentah, kerana penolakan begitu boleh mengakibatkan berlaku pemberontakan dan kecederaan emosi. Kita boleh 'counter' dengan memberi pilihan kepada anak kita. Sama ada mainan yang hampir sama dengan harga lebih murah, atau ke kedai yang lebih murah. Contoh, kedai RM2.12, semua mainan berharga RM2.12. Kita boleh bagi pilihan kepada anak, nak 5 jenis mainan atau 1 jenis sahaja.
Tapi ingat, bukan selalu kita boleh penuhi. Jika tidak, nanti akan naik lemak pula. Kena pandai bahagikan dan cara untuk atasi permintaan.
Jadi, bagaimana perlu kita perbetulkan?
1. Lebihkan masa dengan anak-anak.
2. Beri tumpuan sepenuhnya kepada mereka apabila sampai waktu mereka.
3. Penuhi keperluan perhatian dan kasih sayang.
4. Paling penting, betulkan diri kita sendiri. Jangan asyik melihat kepada anak, tapi lihat pada diri sendiri.
Jangan merungut tiada masa untuk anak. Cuba bahagikan masa untuk mereka kerana mereka lahir dari darah daging kita. Kita yang mencorakkan mereka. Jika kita corakkan hitam, hitam lah jadinya.
Semoga menjadi panduan kepada Abang Iz dan sahabat semua.
Mohon #SHARE dan sebarkan kepada semua. Berhenti 'dera anak dalam senyap'

1 comment:

  1. sedih rasanya sebab selalu buat macam tu kat anak..macam tu perasaan mereka kan

    ReplyDelete