15 August 2017

RESEPI UDANG : BUTTERPRAWN PALING SENANG!


assalamualaikum

korang masak apa hari ni?
kakyong masak udang

gigih bangun awal sebab nak berButterPrawn

meh kakyong nak share resepi paaaling senang..macam biasalah,kakyong ni bukan pandai sangat masak,tapi nak masak jugak yang sedap tapi mudah

setelah bermesyuarat dalam group telegram,godek resepi di google & youtube..maka terhasillah resepi ni

RESEPI BUTTERPRAWN

Bahan-Bahan

1. 1/2 kg udang 
2. 1/2 buttercup
3. Minyak secukupnya
( agak-agak ja )
4. Telur 3 biji
5. Bawang Putih
6. Cabai melaka
7. Susu pekat
8. Perasa secukupnya


Cara- Cara :

Udang diperisakan dengan serbuk hilal,sos tiram,sos black pepper & sos bbq sebelum dimasak
( Ni optional la ikut mana bahan yang ada di dapur )

1. Masukkan butter dalam belanga
2. Masukan minyak secukupnya
3. Masukkan telur yang dah di kacau 
(macam buat telur dadar..kalau ikut resepi,depa guna TELUR KUNING SAHAJA tapi kakyong hentam guna semuaa putih & kuning)
jangan lupa,time masukkan telur,tuang dalam keadaan mangkuk tu tinggi dari belanga..ala-ala macam buat teh tarik pon boleh laa..and kacau satu arah,cepat-cepat & membentuk bulatan naaa & masukkan sedikit susu pekat untuk rasa manis-manis-masin
4. Angkat telur & tapis minyak .. minyak tu boleh buat untuk goreng udang pula

untuk goreng udang pula ..

1. Bawang putih & cabai ditumbuk,tumiskan
2 . Masukkan udang , goreng jangan lama sangat nanti udang jadi keras pulak
3. Potong bawang besar & masukkan untuk hiasan & boh perencah sesedap rasa
4. Angkat
Kakyong tak tapis dah udang sebab acah-acah berkuah sikit udangnya

SIAP UNTUK DIMAKAN




BAHAYA NASI KANDAR DI TEPI JALAN


Disclaimer ;
Artikel ini BUKAN untuk menjatuhkan perniagaan mana-mana pihak

Bismillah

Korang suka makan nasi kandaq dak ?
Hari ni kakyong nak story bab nasi kandaq tepi jalan..ianya SAAAANGAT BAHAYA

bahaya la sebab boleh menimbulkan craving yang amat sangat..hahaa
tengok tu tak leh tengok saja,mesti rasa bak beli ya ampunnnn!!

habuan dah sebungkus nasi kandaq petang tadi time drive kat Kuala Kurau..hahaa

Kakyong antara peminat nasi kandaq walaupun bukan kategori tegar,
ada masa-masanya kakyong memang layan habis nasi kandaq ni

selalunya kakyong suka boh nasi separuh sebab tau dah portion dia besaq..nak pula tukang boh nasi tu orang laki,memang dia boh banyak la nasi tu kannn

hehe

lauk?
utama mesti kakyong ambil ialah sayoq kobis, & telur masin..pastu ayam goreng minta potong-potong atau ayam masak merah..mana-mana yang kelihatan lazat kakyong bedal 

tu jelah lauknya..bukan sejenis yang nak telur sotong or telur ikan or sotong besaq

sekian bahaya nasi kandaq
lagi bahaya kalau ampa
beli nasi sikit,tapau bawak balik rumah adik bradik pakat nak sikit 

hahahha

bai

oh ya,layan gambaq hiasan ihsan google



12 August 2017

CUTI DI KAMPUNG

Bismillah

Hari ni kakyong nak try blogging guna apps..Maybe ramai je dah buat..kakyong baru nak try..Takpelah,better late than never bak kata tokwan kakyong kann..hehe..

nanti kakyong review apps yang kakyong try test guna dalam next entry naa

rasa macam dah lama sangat tak balik umah mertua,last balik time raya aidilfitri ritu.Dekat sebulan dah la lebih kurang

makanya,kami pun decide untuk balik bermalam di kampung,walau semalam cukup berharga , cewah..hehe 
lepas suami habis kuliah di penang,
terus balik kampung

rindu nak makan cabai ayaq asam mak buat sebenaqnya..wakakak



muka bahagia orang tak pi sekolah hari ni..sepatutnya hari ni sekolah.PASTI tempat zubaidah sekolah,hari persekolahan macam di kedah,so a bit problem la kalau nak berjalan di hari ahad..untuk pertama kalinya,terpaksa lah tuang sekolahhh..




haaa gittew..pepagi jenguk halaman umah mak ayah,penuh segala makneka bunga dan pokok




tudia
projek besar-besaran tanam
pokok terung..pokok cabai pun ada

sempat kakyong menggobek pinang kat pondok kecik tepi rumah




09 August 2017

#THROWBACK MODE : PREGNANCY MEMORIES



Bismillah

Entry ni bertangguh setelah beberapa bulan dek kerana kesibukan ugasan hakiki and ketiadaan mood untuk menaip.Passion menaip somehow menghilang just like gone by the wind..Insya Allah slow-slow cuba konsisten balik menaip di sini

Adakala kakyong rasa macam too private nak share benda-benda gini
tapi,bila memikirkan kakyong menggunakan blog as medium 
untuk keeping all the memories alive,even sepanjang tempoh kehamilan & 
kelahiran Siti Zubaidah pun ada kakyong share di sini..maka,kakyong memilih untuk biarkan memori kakyong yang ini pun ada di sini

tq korang yang sudi singgah jenguk dan baca blog kakyong

*  *  *  *


its funny how a LINE could drive our life CRAZY
.
turning the sadness into the joy,or turn a smile into a tear
.
alhamdulillah,selepas setahun 7 bulan Allah izinkan 

kakyong & bamwi melihat 'garisan' ni setelah beberapa episod 
debar,mengharap,pasrah,kecewa bersilih ganti di setiap bulan
.
Allah saja yg tau betapa seronoknya kami untuk nikmat 

melihat 'garisan' ini..tiada yg lain melainkan SYUKUR .

and as normal preggy mommy alhamdulillah semuanya baik-baik belaka..alah tu taklah seteruk waktu cikSiti dulu,cuma yg kakyong perasan kakyong saaangat suka makan keropok lekor..ekekeke.To be exact is masa ke Langkawi awal tahun tu..dia punya feeling bila tengok keropok lekor ya ampunnn!
.
nak mengidam bukan-bukan idok la,just macam biasa .. and tak teringin pun benda-benda masam , buah-buah pun x layan..ikan kukus bamwi  jadi suka makan,kakyong bedal ja .. hihii
.
and the 1st day time kakyong bagitau bamwi kakyong pregnant,pleaseee doakan moga Allah pelihara semuanya..doakan kakyong n baby sihat,xalah,x mengidam benda mengarut and so on .. sebab doa suami kan terbaik untuk si isteri .. bila lagi nak mintak doa specific dari toklaki kannnn
.





untuk setiap kehamilan,pastilah semua ibu berdoa agar kandungannya selamat
begitulah juga kakyong dan bamwi



this is our officially 1st scan my dear
waktu ni masih terlalu awal,dalam lingkungan 7 weeks kalau tak silap

walaupun ada yang kata masih terlalu awal nak buat buku pink,kakyong on ja
pihak klinik pun tak da membebel awal sangat ka apa

and something yang kakyong perasan,macam awal sangat pula doctor buat scanning
tapi kita layankan saja..hehe.Doc kata scan awal so nak make sure kandungan dalam keadaan baik,sekarang banyak kes double line tapi tak mengandung,cyst bagai

sebenarnya,kakyong ada sejarah 'Blighted Ovum' & keguguran lepas bersalin kat Siti Zubaidah tu..Ala,bahasa mudahnya mengandung tapi kantung kosong takda baby dalam tu.So bila buat scanning,rasa cuak pun ada..tapi doc kata masih terlalu awal,memang belum nampak baby dalam kantung tu..nanti dia akan buat follow up untuk another scanning,selainnya kakyong diminta untuk bertenang and enjoy my pregnancy,jaga kesihatan and alert dengan makanan yang masuk ke mulut..hehe

and then .. kakyong mula bleeding on off start minggu ke 10
berkejar ke hospital juga la bila dah mula turun darah,but still doc kata kandungan masih ok,cuma perlu lebih rehat..hehe,senyum jelah kakyong bila doc sebut bab rehat ni..biasalah kalau dah jadi mak-mak ni..korang tau la istilah rehat tu camna kan,still dengan perjawatan hakiki ke sekolah setiap hari,driving sendiri hantar anak ke sekolah bagai..hihi




and ....

insya allah .. 
another sweet day,sayang
walau sedih setara mana ummi,sedih lagi perasaan abah
Allah itu sentiasa ada
belum masanya sayang
Allah Maha Mengetahui & percaturanNya tak pernah salah
terima kasih untuk rasa bahagia kepada ummi & abah
walau untuk seketika


selepas lebih kurang 2 minggu bleeding on-off
malam isnin 21/3/2017 kakyong mula senak perut,cramp rasa macam senggugut
darah makin banyak keluar,dah macam period,heavy flow
memang terasa darah keluar berketul-ketul

esok pagi,seketul besar darah sebesar ibu jari tangan keluar
time tu memang dalam fikiran kakyong,its over dah..

suami masih di kedah,bergegas pulang
kakyong ke hospital dengan mak ayah
di bahagian kecemasan doc buat scanning,
masih bersisa walau ketul darah banyak dah keluar
doktor sarankan untuk proses cuci ( nanti kakyong detailkan bab ni di entry lain ye)
maka kakyong pun ditolak masuk ke wad,bersiap untuk cuci



* * *




last scanning ,
time ni hilang segala rasa cuak dek kerana nampak bentuk baby di dalam tu


alhamdulillah ya allah
walau seketika,nikmatMu tak terhingga untuk kami

Moga Kau permudahkan kami untuk terus sihat & kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah

amin


02 August 2017

MENGIDAM CERMAI!



ciss.. 
tajuk bikin panas ja 

hehe
bismillah,kembali menaip di celah-celah kesibukan waktu..

hari ni nak story pasal buah cermai

dak,kakyong tak mengidam lagi..soon insya allah..doakan na~

kisahnya,kakyong pi bawa mak mengurut,
depan rumah dia ada pokok cermai lebat berbuah 
maka,dengan muka tak malunya,kakyong mintak kat tuan rumah..
apa lagi,dengan berbesar hati dia bagi bertangkai-tangkai..
masya allah,meriah oi buah cermai depa..
yang besaq kembang tak berapa nak masam



menjejes ayaq lioq dak ??

hehe..kakyong makan ada la 5-6 biji 

sampai rumah,nak test la tumbuk-tumbuk tu
depa kata sedap

godek resepi dalam google
tumbuk la cabai kering,belacan gula & garam
pastu tumbuk cermai

inilah kesudahan cermai kakyong


amaciam..?

untuk first timer macam kakyong,kakyong telan jelah
rasa masam manis masin pedas

tapi 
tak makan banyak jugak

ada lagi dalam peti ais tu
separuh bagi kat adik maniss jiran depan umah merasa

daaa