18 May 2017

LEXIS PENANG : SWEET ESCAPE SEKELUARGA

9:18 PM 0 Comments


Bismillah

ehem .. kalau sebut hotel Lexis,apa yang korang terbayang?
nak pulak Lexis Hibiscus kat Port Dickson sanun

hurm,kakyong membayang hotel ala-ala Maldives je la
Rumah atas laut,acah-acah bangun tidoq
 boleh terjun masuk laut 
even tak pandai berenang..
ekekek

Entry kakyong kali ni nak story pasal port bercuti
di mana ?

Lexis Penang

Ramai pulak personal message kakyong 
tanya tentang rate harga bermalam di sana
makanya,harap perkongsian kakyong yang tak seberapa ni
membantu korang yang nak bercuti

**

Kakyong bukanlah traveller,jenis on the spot ja
sesekali rasa nak bercuti,terus cari port
kadang cuti unplanned
macam gheja gila pi Langkawi

makanya,untuk percutian ke Lexis ni pun on the spot
Konon nak sweet escape,family time la
diam-diam booking kat AGODA 

so far kakyong memang guna AGODA ja,
ada yang kata guna booking.com lagi best and 
ada kata Traveloka..insya Allah,next time kakyong try 

total harga penginapan termasuk GST adalah seperti yang berikut :




starting price kakyong rm 3++ , total rm499
ada ja starting price 4++ , total 5++
so,pepandailah korang klik lat AGODA,Traveloka,TIVAGO tu ye

* * *


Jom layan gambar kat sana~















LEXIS ni dekat area Bayan Lepas
dalam 10 minit dari airport

kakyong pun pakai WAZE ja kesana..first time jejak kawasan sana walaupun jalan tu ada juga yang pernah lalu sebab dok ikut suami kuliah di sana..biasa lah,orang pompuan..ingat-ingat lupa jalan

Bagi kakyong,LEXIS memang pilihan terbaik untuk percutian sekeluarga
Even orang kata mahal,masih tahap mampu sebab bilik luas,segala makneka fasiliti tersedia,
utamanya kolam renang pun dalam bilik..tak payah susah nak tukar swimming attire,pakai tudung bagai..iron board bagai semua tak payah memikir dah..
hehe..masuk cuci kaki ja orang kata


MAKANAN ?

penang syurga makanan,dont worry korang takkan kebuluran
dekat-dekat hotel ada kedai makan,bawah tu ada stall burger in case korang mengidam tengah-tengah malam..dalam 10 minit pun ada kedai nasi kandar & kedai nasi arab..pergi dengan kereta la,kalau jalan kaki kakyong tak larat..heheee

ok la,rasanya tu je kot celoteh kakyong bab LEXIS ni
hope membantu korang yang nak plan bercuti

yeeha~