30 December 2015

BILA INCIK RIMAU MENGAUM

assalamualaikum

hari ni nak membebel pasal encik rimau.Rilek,rimau ni tak makan orang,yong buat drive setiap hari utk ke sekolah and kemana saja.Umur dia dah nak masuk 5 tahun tau.Since yong di maktab lagi setia menemani..cewah




bebaru ni,sebelum cuti sekolah,asal yong tekan pedal brake kereta ja,mengaum..macam ada benda terseret..kalau time hujan,lagi kuat bunyi nya..maka nya,yong bawa ke bengkel..sekali dengan servis minyak hitam,minyak enjin bagai..total untuk hari tu RM2++ ..tak ingt pulop letak resit dimana..hehe

tapi,menghampakan bila yong balik dari kedai tu,brake still berbunyi

melarat sampaila habis cuti sekolah sebulan,hari ni still berbunyi.Yong memang la tak berkesempatan nak ke kedai tu semula sebab cuti jarang bawa kereta dan yong kesana sini dengan kereta ayah plus bercuti ke bangi,port dickson,johor,melak (amboila,busy kemahennn!)

hari ni,call hubby ajak ke bengkel
cumanya hati dah malas nak ke bengkel yg sama.Mesti korang akan kata,dah kenapa tak return sana,suruh diorang fix masalah tu.Hati dah tawar,beb!

layanan kureng mesra..maklumlah,kau pompuan..terkulat-kulat ke bengkel.Kau cakap dia buat dengar tak dengar.Sudahnya kau suruh tukar minyak hitam + minyak gear,ditukarnya minyak hitam saja..dulu pi sekali,kena camtu,kali kedua pon terkena juga,means tiada jodoh la kita ye,biarpun cecikgu di skolah kata servis tiptop 

so..kami ke bengkel lain..apa yg ditukar di bengkel sanun,ditukar pula di bengkel ini.Alasannya tak sesuei dan dia opret tengok apa yg tak kena,rupanyaaaa




dah uzur sangat brake shoe ni haaa



hohooo

22 December 2015

HOLIDAY # : BER ETS KE KUALA LUMPUR!


Assalamualaikum


hari ni nak story-mory mengenai percutian hujung tahun.Hehe,actually percutian ni ala-ala percutian tahunan juga sebab selalunya time cuti sekolah,yong dan family akan ke rumah adik di Bangi,cumanya kali ni kami add on percutian ke Port Dickson.Mohon baca entry sampai habis part ye..eheh


alkisahknya,dah lama sangat tak naik keretapi and Siti Zubaidah seronok sangat tengok keretapi.Selalunya kalau adik balik bercuti,adik akan balik dengan keretapi,kami akan ambil di stesen Taiping,or Parit Buntar.Punya la eksaited Siti Zubaidah,dok cakap nak naik ketapi,nak naik ketapi


so,yong decide kali ni pi awal dengan keretapi..merasa tren ETS la..orang kata laju,3 jam lebih dah sampai KL.Ewah..


makanya,yong beli tiket ke KL Sentral rabu 16/12/2015,pukul 6.20petang.kami sampai di KL Sentral dalam pukul 10 malam










tada..ni time dah sampai,kemain dok pegang tangan dengan pakngah dia~





REUNION MAK-MAK


Salah satu aktiviti menarik sepanjang cuti sekolah kali ni ialah REUNION dengan kawan-kawan.Reunion ni skala kecil ja,sebab antara geng rumah sewa kami sahaja.Maklumlah,lama tak berjumpa dek tuntutan tugas hakiki.

Untuk pengetahuan,semua kami adalah guru,ada yang posting ke kuala lumpur,selangor,johor,kedah,penang,perak dan sarawak!

makanya,setelah berhempas pulas berwhatsapp menetap tarikh,kejap jadi kejap tak jadi akhirnya tarikh yang dipersetujui ialah 14.6.2015..hehee




alhamdulillah,berjaya even ada sorang yang tak dapat join.meriah aih semua pakat bawa anak-anak.Insya allah lepas ni kita arrange dalam skala besar pula..jemput 1 kuliah mungkin?