27 November 2015

RESEPI IKAN SALMON PALING RINGKAS!

8:59 PM 3 Comments


Alkisahnya,3 hari lepas yong ke Tesco Taiping
lama dah dok teringin nak makan ikan salmon
kesnya teringat adik pernah masakkan di rumah time dia balik bercuti

masalahnya,setiap kali yong di rumah
teringat nak ke tesco,nak beli salmon
tapi,bila dah dok dalam tesco tetiba malas nak beli

kali ni,walaupun perasaan malas membeli tu datang,
yong tetap ambil 2 keping isi ikan salmon ni.
Apa nak jadi,jadila..mesti masak jugak..
ehehh..kalah orang mengidam!



murah je.mampu milik!


balik rumah dok pikir nak masak apa
maka,jadilah resepi sukahati
cuak pulak takut hanyir bagai

so,yong basuh bersih-bersih dengan limau dan selawat,toskan
cantik ja kaler oren ikan ni..hehe


lumurkan dengan perasa kesukaan korang
yong boh garam,ambil lada tumbuk (sebab serbuk habis) and sedikit perencah HILAL

time dok kat tesco tu kemain belek rosemary la,oregano la tapi harammmm tak beli
dok rasa macam ada lagi kat umah
bila nak masak,of kos la cari tak jumpa
sabo jelaa


ehem..dok bersanding elok dalam belanga
yong masak guna minyak zaitun ja..ala-ala basah-basah kering
heh!

kalau tengok dalam masterchef bagai tu diorang makan mentah ja..or goreng sekejap ja
yong masak ikut suka,lama juga la,takut oit tak leh telan!kikii



tadaaa
siap dah 

nasib baik ada cendawan dalam tin ni
boleh jugak jadi hiasan

oh ya,yong potong cendawan + goreng guna minyak ikan yang sama tadi
bohla perencah sikit

lastly
perah limau 

tepek mayonis

sedap!
isi ikan salmon ni gebu
ala-ala macam ikan kayu tu tapi smooth ja


suami pun cakap sedap

hew..boleh la,sebab dia pun pestaim merasa
takda bau hanyir bagai

yay~


lepasni boleh buat lagi ^^,

ZUBAIDAH DAN ABANG-ABANGNYA

7:42 AM 2 Comments


life as siti zubaidah owez surrounded by abang-abang
mostly yang mengikut suami ke kuliah & anak murid suami


memula and untill now,
yg paling dia sayang n selalu layan dia
abang Taufiq Azwat


then abang Zil Addin Azizi

pastu abang abu darda


ada pulak abang muslim & abang azrul

semalam ada sorang anak murid suami 
datang tolong cat di rumah


dia tak tau nama
dia panggil ABANG CAT


pon bolehhhh



26 November 2015

KATAKAN TIDAK KEPADA PAMPERS PAKAI BUANG

11:06 PM 3 Comments



Amboi..kemain
ayat macam anti pampers pulak

rilek,jangan gelabah
ni just buat gempaq ja

actually start malam rabu tu,siti zubaidah dah mula tak pakai pampers time tidoq
malam ni masuk malam yang ketiga

malam pertama .. eh?
hehe,bukan malam pengantin ye
sebelum tidoq ummi suruh dia kencing dan pesan nak kencing kita kencing kat tandas tau
dia angguk

and..area pukul 2.30 pagi kebasahan
haha

nasibla ummi guna toto yang nipis tu ja
membasuhla jawabnya

siangnya
time tidur pukul 4 petang pun,kebasahan
membasuh lagi

**

malam kedua
abah pesan dekat siti zubaidah
jangan kencing atas tilam na

dia angguk

sebelum tidoq meraung nak pakai pampers

ummi pun terlelap sampai pukul 5 pagi
kelam kabut check dia kencing tak

KERING oit!

terus ummi kejut dia bangun & angkat dia ke tandas
sambil bertinnggung mata dok pejam

haha


amboi,dengaq cakap abah noh

takpa
kita tengok malam ni pulak~



25 November 2015

RESEPI RENDANG DAGING NOXXA PALING SENANG!

10:21 AM 1 Comments


assalamualaikum

Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat ISLAM & IMAN

wah,dah lama tak buat entry resepi kan
hehe

yong nak berentry mengenai RENDANG DAGING NOXXA
nak bagi resepi mudah-mudah ja
tak payah susah-susah fikir itu ini begitu begini

sebenarnya,ni dah kali ke berapa ntah yong buat
dan rasanya ni baru first time yong buat entry resepi menggunakan noxxa
insya allah,pasni yong akan updatekan entry resepi yang lain ye

berbalik kepada tajuk entry

bahan-bahan :

daging
bawang putih*
bawang merah*
halia*
serai
cabai yang telah diblend
santan 
garam,gula,perencah secukup rasa

(* tumbuk)


cara - caranya

1. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik baunya + serai yang diketuk
2. Masukkan daging
3. Masukkan cabai yang telah di blend,santan
4. TUTUP PERIUK , TEKAN BUTANG HIGH PRESSURE SELAMA 20 MINIT
5. Bila dah habis masak,bolehlah releasekan butang tekanan tu
6. Tekan butang STIR FRY sehingga rendang pecah minyak dan agak kering
(ikut selera anda la ye,sambil-sambil tu boleh masukkan perencah secukup rasa,daun kunyit utk haruman hebat)

7.SIAP!










05 November 2015

ADOLPHE SAX ON GOOGLE TODAY!

7:34 PM 2 Comments

assalamualaikum

korang perasan tak apa yang ada di laman web GOOGLE hari ni?






kalau nak tau,hari ni ulangtahun ke  201 Adolphe Sax
PENCIPTA SAXAPHONE

ala,yang kasim selamat main tu..hehe


ni pun beberapa jenis ciptaan beliau





lagi maklumat KLIK SINI

04 November 2015

BERKURSUS DI PANGKOR #PART2

8:16 PM 2 Comments

okey
kita sambung lagi entry ni

yang tak baca dari awal

lepas ja sampai di pusat ko
kami terus mendaftar
masing-masing diberikan cadar & sarung bantal
macam dok asrama plak rasanya..kikii







pastu,bawa masuk barang ke dorm masing-masing
mak ai..tingkat 3 tu~

jenuh woo mengangkut bagasi
haha

area pukul 9.30 malam,lepas ja kami makan
ada sesi taklimat dan bermula lah program Team Building kami

belajar ikat tali itu ini
suai kenal
and part paling takleh lupa ialah bila yong kena duduk atas tali,
kawan-kawan lain kena tarik dan ampu supaya yong tak jatuh

allah
kesian depa
berpeluh menarik

maklumlah
berat yg melampau~






nanti kita sambung lagi ye..


BERKURSUS DI PANGKOR #PART3

BERKURSUS DI PANGKOR #PART 1

7:44 PM 1 Comments

assalamualaikum

hari ni kembali menaip setelah beberapa ketika
cliche sungguh ayat tu kan
hehe

okei
back to entry

minggu lepas,yong join kursus anjuran sekolah yong
kira kursus dalaman la
as latihan dalam perkhidmatan juga

tapi more to family day jugak
sebab boleh bawa anak,suami/isteri

kami berkumpul lepas jumaat pukul 3 petang
konvoi 8biji kereta tau

alhamdulillah,even perjalanan kami diiringi hujan lebat
akhirnya sampai juga ke jeti lumut 
bot kami gerak dalam pukul 6 petang
dan tiba di pusat Kokurikulum pangkor pukul 7.15 malam




next : BERKURSUS DI PANGKOR #PART 2