29 June 2015

MENATE , AZWAN ALI : KESIAN!

8:19 PM 2 Comments

assalamualaikum

hari ni nak bergosip
rasanya baru ja mention bab azwan ali 
meroyan dengan makanan kat bazar ramadhan
tup tup dia meroyan sungguh kes MEnATE


nak tergelak pon ada
kesian pon ada

maklumlah
diva tak tau restoran mahal
pastu takmo ngaku silap

diva,mana boleh kalah..hah



menyalak bagai nak rak
adik ni jugak untung
dapat makan steak free

alahai,rezki




kalau dah ego tu..
kot mana pon nak menang jugak..haih









eh?


28 June 2015

MEROYAN KERANA ROTI JOHN

6:56 AM 1 Comments

Assalamualaikum

alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat ISLAM & IMAN

hari ni 28 jun bersamaan 11 ramadhan
menu berbuka puasa simple saja
ROTI JOHN


Alkisahnya,3 hari lepas yong ke bazar ramadhan
terpandang roti john
rasa macam teringin
beli la satu

tapi 
sayang seribu kali sayang
rasanya tak seperti yang diidam

roti daging
tapi intinya hampeh
rasa pon ala - ala jer

maaf cakap
makan pon memang tak habis
rm3 sebiji tau

haih

teringat azwan ali
mau kena maki kalau dia makan roti tu
ops~

maka
hari ni yong buat la roti john ni
kali ni dengan resepi yang lebih simple




Bahan - bahan :


1. Roti frankfurter Gardenia
2. Daging cincang Ramly
3. Bawang besar
4. Telur
5. Sos , mayonis , thousand island (ikut citarasa)
boleh letak salad kalau suka


Cara-cara :

1. Daging cincang tu basuh & rebus sehingga air dia kering.
Masukkan garam,lada seenaknya

2. Potong dadu bawang besar + add on telur
macam buat telur dadar

3. Masukkan daging cincang di atas kuali + telur yang telah dicampur bawang

4. letakkan roti yang telah dibelah dua

5. siap!


nak resepi yang complex
leh refer SINI

26 June 2015

TREND ANGAU DENGAN GORILLA KACAK?

9:46 PM 1 Comments

ASSALAMUALAIKUM

selalu kita dengar orang tergoda dengan lelaki kacak
tapi ni terbalik pulak
tergoda dengan GORILLA 

mak ai




hensem dak saya ?



Tokyo: Seekor gorila yang dibesarkan di zoo di Australia sebelum dipindahkan ke Nagoya kini menjadi kegilaan wanita Jepun yang berpusu-pusu datang melawatnya kerana dianggap terlalu kacak.
Gorila yang dinamakan Shabani itu dipindahkan ke Zoo dan Taman Botani Higashiyama di Nagoya pada 2007 dari Zoo Taronga, Sydney.
Sejak itu ramai pengunjung wanita muda datang melawatnya.
Ini terbukti apabila gambar Shabani kerap dikongsikan di Twitter menyebabkan popularitinya juga meningkat. Peminatnya kerap merujuk gorila itu sebagai ‘ikemen’ atau ‘lelaki kacak.

Penjaga Zoo Taronga, Allan Schmidt berkata, Shabani dibawa ke situ bersama keluarganya dari Belanda ketika dia berusia dua bulan pada Disember 1996.



erm.. erm .. erm..

no komen~

23 June 2015

RISIKO MINUM AIR TEBU DI BULAN RAMADHAN

6:05 PM 2 Comments

assalamualaikum




amboi laaa

tengok ayaq tebu rasa terlioq!!

awas..bahaya minum tau

eheh..bahaya untuk yong ja..korang minumlah sebab maybe tak bahaya untuk korang

tahun ni ramadhan yg ke 3 yong stop minum air tebu
sebelum ni memang air tebu la yang yong cari untuk berbuka puasa
tak pun teh bunga

tapi
semenjak jadi mak ni
memang stop
takut

alkisahnya
1st ramadhan 2013
beli air tebu untuk berbuka
bila time berbuka puasa,minum la dengan happy-nya

dok tak dok
tak sampai pun setengah jam
yong sakit belakang
rasa lenguh-lenguh
terus takleh nak berdiri betul
nak kena membongkok
last-last berbaring ja la

bagitau mak
mak cakap maybe badan tak tahan dengan air tebu
orang tua-tua kata bisa

erm
sejauh mana kebenarannya
wallahu a`lam

as for me memang yong elakkan minum
sebab dah tau,buat apa nak gagah minum,ye dak?

and satu lagi yang yong perasan akan jadi benda yang sama ialah bila yong makan sayur kailan
erm..2 benda ni ja la yang yong elakkan
tak mau ambil risiko
sakit!

21 June 2015

HARI BAPA : TAK SEMUA MENGHARGAI & MERASAINYA

12:16 AM 0 Comments


assalamualaikum



hari ni 21 JUN

sana sini newsfeed mengenai HARI BAPA
even kat google pun ada


yes
it takes someone speacial to be a DAD

tak semua berpeluang untuk menjadi ayah
tak kurang juga yang mempersiakan peluang itu
dan ada juga mendapat nikmat tersebut secara tiba-tiba

syukur
allah kurniakan yong seorang ayah yang sangat penyayang
even dia garang (askar la katakan)
tak payah tunggu ayah marah
dia berdehem pun dah takut



eheh
yong sayang ayah sangat-sangat
terima kasih untuk segalanya
jasa ayah tak terbalas
kasih sayang ayah tak berkesudahan
always standing by be

ya allah
peliharalah ayahku
kasihilah dia sepertimana 
dia mengasihiku ketika kecil


* * *



semoga siti zubaidah pun dapat merasai 
kasih sayang seorang bapa
biarpun bapa tiri


ya allah
sejahterakanlah kami sekeluarga

20 June 2015

FATHER`S DAY ON GOOGLE TODAY

11:24 PM 0 Comments



Assalamualaikum

alhamdulillah masih bernyawa hingga ke saat ini
dalam nikmat ISLAM & IMAN



hari ni mesti semua orang tau
hari ni sambutan HARI BAPA

kat google pun ada animasi menarik

sepertimana ibu
bapa pun wajar mendapat sambutan sepertimana ibu

maklumlah
tugas bapa pun bukanlah mudah
bersusah payah mencari nafkah untuk keluarga tersayang


jadi ..

untuk semua bapa 

SELAMAT HARI BAPA!

16 June 2015

Bantuan Khas Kewangan 25 Jun ini??

8:44 PM 2 Comments




Putrajaya: Kerajaan mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah untuk Ramadan dan persiapan Aidilfitri.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bantuan khas itu akan turut dinikmati oleh lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran sebanyak RM250.
Menurutnya, kedua-dua pembayaran itu akan dibuat pada 25 Jun ini.
"Ia membabitkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion," katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA X1V) dan Persada Transformasi Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, pagi tadi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Jun 2015 @ 11:14 AM



KEMBALI BERTUGAS.. AHLAN YA RAMADHAN !

6:34 PM 1 Comments

Assalamualaikum

alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
dalam nikmat ISLAM & IMAN

amboi..
tajuk entry kemain KEMBALI BERTUGAS
padahal dah masuk hari ketiga kembali ke sekolah 
lepas bercuti 2 minggu

hihi..
maknanya
hari ni baru ada masa lapang untuk berblogging

di kesempatan ini
yong nak ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN al MUBARAK


semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya

selamat berAmal

15 June 2015

3RD GIVEAWAY SULAMAN LACE HEAVEN

4:57 PM 0 Comments

assalamualaikum

hari ni yong nak join program-program yang dianjurkan oleh rakan blogger
salah satunya..dari blog SULAMAN laCE HEAVEN


KLIK BANNER UNTUK JOIN


yong TAG ANDA SEMUA pembaca setia blog ni
untuk memeriahkan GA ni

Good Luck~

11 June 2015

KEMBALI BERGELAR ISTERI : MOGA ALLAH REDHA

8:21 AM 2 Comments

assalamualaikum

alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
dalam nikmat ISLAM & IMAN

entry ni adalah entry pertama
selepas yong bergelar isteri kali kedua

alhamdulillah
segala puji bagi ALLAH yang menitipkan rasa cinta
dan yang memudahkan segala urusan
daripada merisik hinggalah walimah

syukur
semuanya berjalan lancar


untuk kali kedua ini
allah aturkan yong untuk menjadi isteri kepada seorang suami orang

BERMADU

ya
BERMADU

masyarakat kita masih tabu dengan isu bermadu
namun

kami memandangnya dengan penuh positif

bukan yong berbicara positif kerana yong MENGAMBIL hak orang lain
namun semuanya telah kami bincangkan

bukan mudah untuk bergelar ISTERI KEDUA
apatah lagi dengan pandangan masyarakat yang menggelar PERAMPAS
tak kurang juga PENGGODA

tambahan pula dengan status JANDA anak satu


semoga ini yang terbaik untuk kami bertiga
eh
berempat

doakan segala yang terbaik untuk kami