25 May 2015

JAKIM TARIK BALIK SIJIL HALAL SECRET RECIPE?

11:20 PM 3 Comments

assalamualaikum


serius ???

JAKIM tarik balik sijil halal Secret Recipe ??

OMG 

memang viral story ni dalam laman sosial
jom kita baca kenyataan dari pihak JAKIM 





Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik kembali sijil pengesahan halal Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd disebabkan pelanggaran prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan amalan pengilangan (GMP) yang serius.
Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff menegaskan penarikan sijil yang berkuatkuasa pada 7 Mei lalu itu bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk itu.
"Penarikan sijil halal tersebut tidak menghalang syarikat berkenaan untuk memohon sijil halal selepas tindakan pembetulan dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan Malaysia," kata Jakim dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui Facebook rasmi mereka hari ini.
Katanya, Jakim sudah memanggil syarikat itu dan mereka berjanji akan melakukan tindakan segera terhadap kesalahan yang dilakukan sehingga menyebabkan sijil halal ditarik balik.
Bagaimanapun Hakimah berkata, Jakim akan membuat penilaian semula terhadap permohonan tersebut berdasarkan pemeriksaan dan pematuhan terhadap Malaysia Standard 1500: 2009 dan Manual Proseder Pensijilan Halal Malaysia 2014.
"Jakim memandang serius terhadap perkara ini dan mengingatkan setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia agar sentiasa mematuhi paiwaian dari masa ke semasa.
"Tindakan juga akan diambil tanpa kompromi kepada mana-mana pihak yang melakukan pelanggaran pematuhan piawaian pensijilan halal," katanya.
The Malaysian Insider masih mencuba untuk menghubungi Secret Recipe untuk mendapatkan maklum balas. – 26 Mei, 2015.


* * *

yong bukan kategori peminat kek
tapi memang ada beli kek ni bila teringin sangat
rasanya ada la beli dalam 5 kali

actually , yong memang ada plan nak beli 
kek secret recipe hujung minggu ni.

Nampaknya,kena cari kek lain je la.
Biar clear isu halal ni dulu

bukankan mencari yang halal itu wajib ?

SALLY RIDE on GOOGLE today

10:41 PM 1 Comments


assalamualaikum

anda dah tengok apa yang menarik di GOOGLE hari ni?




kalau anda masih belum tahu,
hari ni google meraikan ulangtahun Sally Ride
yang ke 64


SIAPA SALLY RIDE ni ??





Sally Kristen Ride (May 26, 1951 – July 23, 2012) was an American physicist and astronaut. Born inLos Angeles, Ride joined NASA in 1978 and became the first American woman in space in 1983. At the age of 32, she still remains the youngest American astronaut to travel to space.[1][2] After flying twice on the space shuttle Challenger, she left NASA in 1987. She worked for two years at Stanford University's Center for International Security and Arms Control, then the University of California, San Diego as a professor of physics, primarily researching non-linear optics and Thomson scattering. She served on the committees that investigated the Challenger and Columbia space shuttle disasters, the only person to participate on both.[3][4]


LAGI INFO : KLIK SINI


hebat kan?

moga kita pun tergolong dalam golongan yang hebat dalam setiap bidang yang diceburi ^^

DAN ALLAH ITU MENGUJI SETIAP HAMBANYA

6:58 PM 0 Comments




Benar

Allah itu tak akan menguji
Melainkan 
dengan keupayaan hambaNya

Mungkin
Satu saat
Terasa betapa lelahnya 
ujian yang diberikan
Terasa segalanya kelam

Begitu juga 
dengan pertanyaan
MENGAPA aku teruji sebegini

Aku pun hamba
Aku juga teruji

Kisah aku Dan kamu tak sama

Namun

Allah itu Maha Adil
Dia memberi segala yang terbaik untuk hambaNya
PASTI!

Innallaha ma`as sobirin

23 May 2015

MAJLIS PERSARAAN PK HEM SK HAJI DAHALAN

10:06 AM 1 Comments

Assalamualaikum

hari ni nak berentry mengenai program di sekolah.
Rasanya dah lama yong tak story mory pasal sekolah even banyak ja story..hihi

alkisahnya
yong telah dilantik sebagai manager 
untuk majlis persaraan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah yong

perghhhh
boleh tahan jugak jawatan tu
jangan buat main..menggeletaq jugak

dimulakan dengan kertas kerja program
disusuli dengan beberapa siri mesyuarat jawatankuasa
edaran surat jemputan

maka
tibalah hari yang dinanti 
20 mei 2015 
hari persaraan wajib buat PK HEM kesayangan kami

atas persetujuan semua
kami buat tema pengantin 
siap dengn pasukan kompang tau!

jom layan gambar ~























alhamdulillah

selesai


terima kasih buat semua warga SKHD & semua pihak
yang bertungkus lumus menjayakan program ini


22 May 2015

TEMPLATE VS ENTRY BLOG

4:24 AM 1 Comments

Assalamualaikum

Alhamfdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat ISLAM & IMAN


Kalau korang perasan..
Blog yong day bertukar wajah
Again

Heeee

Actually,yong bukanlah pakar 
dalam bab2 mengedit segala mak neka coding 
yang Ada untuk template blog

Cukup sekadar kebolehan kopipes template yang Ada dalam website
Sikit2 tu boleh lah
Banyak2 kang tunggang langgang!


Sebenarnya..

Penting ke asyik tukar template??
Entry pulak suam2 kuku
Blog pon bersawang

Er..

Itu masing2 punya pendapat
As for me,cukuplah sebagai pembajar semangat utk rajin up entry
Betul,ada blog cantik tapi hampeh
Entry jarang up

And Ada ja blog template pon simple
Tapi rajin update and trafik sempoi

Tak kisah lab

Happy blogging!



20 May 2015

DOSA SEORANG JANDA

6:03 PM 2 Comments

Assalamualaikum

alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
dalam nimat ISLAM & IMAN

entry hari ni agak hangat
hehe..kemainnn je tajuk


er..
pendapat korang mengenai 
perkataan @ status tersebut ??

actually
bergelar wanita,inilah gelaran yang sangat-sangat digeruni
ye la,siapa yang nak kawen pastu bercerai and dapat title janda ni

umum masyarakat kita
semuanya adalah negatif mengenai JANDA
perampas,tak pandai jaga laki

and bila ada status janda
mula lah bisik-bisik nakal tu ada



hakikatnya
hanya yang empunya diri tahu mengapa dia bergelar janda
masyarakat di luar sana tak pernah mahu mengerti
malah menjadikan bahan sindiran dan kejian


kalau dah bersuami tapi asyik makan hati 
dek kerana suami tak bertanggungjawab
suami yang tak mahu membantu 
hanya mahu yang satu itu

lebih parah menagih dadah , mencuri , merompak
naik tangan pada anak isteri

haruskah rumahtangga terus dipertahankan
status ISTERI dikekalkan
hanya kerana takut dengan gelaran JANDA ?

walau dia janda
dia punya perasaan
dia juga wanita
dia juga manusia


18 May 2015

BILA MANUSIA DAH LEBIH KEJAM DARIPADA BINATANG

7:59 AM 1 Comments

ASSALAMUALAIKUM


korang dah baca cerita bayi dikerat 15 tu?
dah tengok video bayi dilambung-lambung tu ?

apa perasaan korang ?

lebih fokus lagi
apa perasaan orang yang buat kerja tu

allahu robbi

yong sejujurnya tak da perkataan nak gambarkan apa yang yong rasa di hati ni
sebak,sedih,geram,terkilan bercampur baur

video tu tak taulah bila punya 
tapi .. yang rakam pun taka perasaan
yang labung tu lagi la
baby tu menangis..menangis dan menangis diperlakukan begitu
masih seronok DIA melambung

bayi dikerat
betapa hilangnya pedoman
belas kasihan & ihsan

sedangkan binatang pun nak sepak,pukul pun tak sanggup
bagaimana mungkin memotong bayi yang tak berdosa
tak menangiskah bayi itu
tak rasa apa kah saat menetak kaki,tangan si comel itu

air mata bertakung

aku seorang ibu

malah ramai lagi wanita bergelar isteri
yang sangat dambakan zuriat

allah..

PERSIAPAN PERKAHWINAN : BUAT SENDIRI ATAU TEMPAH?

7:16 AM 0 Comments

Assalamualaikum

alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
dalam nikmat ISLAM & IMAN

berbaki lebih kurang seminggu untuk majlis perkahwinan yong
persiapan on the way,tirai pun dah pasang siap-siap
sebab malas nak cara dah dalam masa nak kenduri nanti
goodies bag tak setup lagi oit

Entry hari ni pasal persiapan perkahwinan

korang prefer semua buat sendiri
or pergi ke kedai tempah ?

tak kira la..dari segi pelamin ke,pakaian ke..


actually,untuk kenduri kali ni,
memang lebih kurang 90% yong guna yang dah sedia ada
sebabnya time 1st kenduri tu memang semuanya buat sendiri

bukanlah kata kenduri kedua ni
nama pun kenduri kali kedua
so,buat cikai2 udahleeee

time 1st dulu pun kami buat sekadarnya
alah membeli,menang memakai

yong & family prefer buat mana yang boleh dibuat
macam kain tirai tu,mak jahit and yong pon boleh tolong-tolong apa yg patut
even kain pelapik meja & kerusi pun kami jahit tau!

baju yong tempah dekat sepupu
mekap sendiri
cadar & hiasan bilik pun sendirian berhad

bila kata buat sendiri semuanya
ada orang berpendapat
KEDEKUT la korang ni
TAK UP TO DATE LA
TAK MERIAH LA TAK MAKE UP KAT KEDAI

yes
yong memang tak merasa make up di kedai
ada ja mulut-mulut orang yg cakap 
DUIT TAK DE KE NAK TEMPAH2 PELAMIN BAGAI 

tak pe lah
tu pendapat masing-masing
yong just nak share pengalaman sendiri sahaja

yong percaya anda pun ada pengalaman sendiri yg lebih menarik

semuanya berbalik kepada kita sendiri
dan keluarga kita
beserta kemampuan diri

buatlah apa sahaja yg membahagiakan diri sendiri

tak semestinya kena ikut apa saja yg orang lain buat kann
dan bukan bermakna yong yg terbaik dalam membuat keputusan

eh?





throwback apa yg weolls buat sendiri




12 May 2015

PENTINGKAH HANTARAN??

1:17 AM 6 Comments

Assalamualaikum

selamat hari selasa ^^

Hope anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tercinta
yong pun alhamdulillah,sihat seadanya

hari ni entry mengenai HANTARAN


gambar hiasan dari pakcik google

sejauh mana pentingnya hantaran untuk korang ?

well,bagi yong hantaran ni memang la best
boleh dapat kasut baru,set perfume baru..beg tangan dan lain-lain
pastu pulak hias cantik-cantik
memang indah dipandang mata la kan
aumm

ekeke..
actually yong sikit pon tak heran kalau kawin tak buat hantaran
sana sini orang heboh perkahwinan fahrin tak da hantaran
dah macam berdosa pulakk kalau takda hantaran
erk?


perkahwinan yong dulu pun takda hantaran
yg ada cuma time bertunang

tu pon semua makanan
ada la 7 bekas,asalnya 5 ja
jadi 7 sebab kawan-kawan and sedara mara yg topup

and
for my 2nd wedding
memang malas nak cara dah bab hantaran ni
buat yg wajib saja

yong tak kata yong bagus tau sebab xbuat hantaran
korang nak buat sampai 40 bekas pun,buatlah
ikutlah kemampuan masing-masing
tak payah nak kondem orang buat ke tak


sekian


09 May 2015

MOOD NAK MENANGIS

4:51 PM 1 Comments

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih bernyawa hingga ke saat ini
dalam nikmat ISLAM & IMAN

rasanya dah hampir 2 minggu lebih takmenaip disini
sibuk + buat-buat sibuk kot..hehe

banyak yang terpendam ingin dikongsi
tapi bila mengadap laptop nak menaip
terasa belum masanya untuk berkongsi
eh,apekah ?

korang layan je la baca entry2 yong ye

actually 
sepanjang hari semalam,siti zubaidah angin tak brapa nak elok
apa yang dia moody yong pon tak tau

pagi-pagi yong ke sekolah untuk program motivasi dengan pelajar tahun 6
tamat program terus balik ke rumah,sampai dah pukul 2 petang dah

mula lah dia buat perangai
eksyen menangis
minta didukung
minta susu

yong dukung,yong buat susu

pastu menangis
yong takda marah pun
yong tanya : 
pasaipa anak ummi tereyak

dia sebek

tengahari dia kencing dalam seluar
malam berak pulak dalam seluar

nak marah rasa kesian
even ada jugak mencubit

sebelum tidur 
yong sembang dengan dia
tanya kenapa buat perangai
dia pandang muka yong

awat cek tereyak
cek sedih ka

dia sebek

walau apa pun,ummi tetap sayangkan siti zubaidah
cek anak ummi
cek jadi anak solehah na
tak mau buat perangai tau
dia pandai kan..

siti zubaidah angguk



allahu robbi

mak cakap


mungkin dia rasa kot 

nak dapat abah baru



budak-budak punya instict




..



.


* lap ayaq mata