19 February 2015

PENANGAN CHENNAI EXPRESS

11:42 PM 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM

hari ni masih dalam mode bercuti
cuti tahun baru cina

jadi..melayan cerita tamil
Chennai Express oit



ye la,cerita lama ..
baru nak tengok
tu pon sebab cuti sekolah
anak pon tido

punca boleh tengok cerita ni 
bila member inform dalam grup whatsapp
apa lagi,layan la

****

korang tak tengok lagi ?

meh layan kat sini


18 February 2015

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI UNTUK ORANG DEWASA??

3:57 AM 3 Comments

assalamualaikum

korang tau tak apa maksud 
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI ??

ala..kalau kat sekolah orang kata KBAT
kira berfikir di luar kotak
or jawapan yang diberi tu munasabah
bukan semata-mata macam dalam kertas jawapan

Heh..tetiba plak melalut sampai ke situ
actually,yong dapat soalan camtu dari 
professor Siti Zubaidah

kikiii
dia bagi soalan yang yong tak mampu nak jawab
ye la..dia lukis bulat-bulat
pastu tanya UMMI,Ni APA ?



apa lagi
yong jawab ja apa saja
semua dia cakap betoi

haha

oh anak ummi sayang!

ya allah
berkatilah anakku 
jadikanlah dia sebagai anak solehah
mujahidah untuk agamaMu

amin~

17 February 2015

TELEKUNG UNTUK SITI ZUBAIDAH

3:51 AM 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM

entry hari ni mengenai telekung
al maklumlah,siti zubaidah dah pun masuk 3 tahun
(kalau ikut,bulan 9 ni baru genap 3 tahun)

bila kami solat dia pun sibuk nak tudung
nak buat pakai solat
ada la satu tok dia buatkan
tapi dia tak brapa nak pakai
maybe singkat kot
ikut dia la,kalau mood nak pakai,dia pakai
most of all dia akan pakai tudung yong yang lama
labuh sampai kaki~

and,yong pun survey la kat INSTAGRAM
cari pakai hashtag #telekungkanakkanak
and..yong jumpa kedai nama @ayunicollections
and yong ordersepasang telekung untuk siti zubaidah

ehem..



moga jadi anak solehah ye sayang~



15 February 2015

UMMI,GEDEBUKKK !!

10:53 PM 5 Comments

ASSALAMUALAIKUM

hari ni balik dari sekolah,
seperti biasa Siti Zubaidah sambut yong di pintu
sebab dia tak tidur lagi

kalau tak,memang kena masuk rumah slow-slow
and terus masuk dalam bilik
jangan ke dapur lagi
sebab time tu tok tengah tangguk dalam buaian
so,kalau ke situ memang nahas la..kikii

balik kepada situasi
elok yong keluar dari kereta
dia menjerit
UMMI BALIK!

yong : assalamualaikum
zubaidah ; assalaikum..kumsalammm

dan dia pun salam yong

zubaidah ; ummi...gedebuk !!

yong heran
apa la yang dia nak bagitau

yong : cek gedebuk apa..ummi tak faham
tok : dia berak dalam jamban tadi..
gedebuk gedebuk jatuh dalam jamban

oh..ketul emas rupanya gedebuk tu ~

ya,siti zubaidah sedang belajar pergi ke tandas dan buang air besar sendiri di tandas..so kalau dia sebut UMMI..TanDAS .. tu maknanya nak membuang la..cepat-cepat buka pampers dan masuk toilet..biar dia meneran di dalam even pampers dah basah sebab dah kencing..hihi





12 February 2015

TAKZIAH : TUAN GURU NIK AZIZ MENINGGAL DUNIA

5:15 PM 3 Comments

Sungguh
mati itu pasti

kita milik allah 
dan kepadaNya kita akan kembali

malam tadi 
terima perkhabaran bertalu-talu
melalui whatsapp dan facebook
mengenai kematian tok guru

sehari dua ni
sebak terasa di dada 
tanpa kutahu sebabnya

allahu robbi
tak terkata bila mendengar berita ini
tengahari di sekolah terima perkhabaran
pengulas sukan Datuk hasbullah Awang meninggal dunia

mati itu ada di mana-mana

****

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat, selepas menerima rawatan selama 25 hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 9.40 malam di sisi ahli keluarganya, di rumahnya di Pulau Melaka, kira-kira satu jam selepas keluar daripada HUSM.
Bapa kepada 10 orang itu meninggalkan balu, Tuan Sabariah Tuan Ishak, menghidap penyakit kanser prostat tahap empat
Anaknya, Nik Mohammad Abduh, ketika mengesahkan perkara itu berkata, ayahnya meninggal dunia di sisi semua ahli keluarga mereka.
"Saya ingin memaklumkan pada jam 9.40 malam iaitu malam Jumaat ayahanda saya menghembuskan nafas terakhir.
"Kita akan mengadakan solat jenazah  pada malam ini dan urusan pengebumian ayahanda akan dilakukan esok," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi.

ORANG ramai mengunjungi rumah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Jembal. - Foto Fathil Asri

ORANG ramai mengunjungi rumah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Jembal. - Foto ihsan pembaca
Antara yang hadir termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan untuk ayahanda.
Solat jenazah dijangka diadakan pada jam 10 pagi esok di Masjid Pulau Melaka dan jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka untuk dikebumikan.
Orang ramai yang ingin menziarahi dikehendaki menggunakan kenderaan 'shuttle' yang akan disediakan di dataran Stadium Sultan Muhammad IV mulai jam 7.30 pagi esok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka menziarahi jenazah Nik Aziz kira-kira jam 9 pagi esok,
Sementara itu, seramai lebih 2,000 orang ramai mula membanjiri kawasan kediaman Allahyarham, sebaik mendapat berita pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka.
Suasana sedih menyelubungi pekarangan kediaman Allahyarham apabila orang ramai yang hadir ternyata gagal menahan sedih dan beratur untuk masuk secara bergilir-gilir ke kediaman Allahyarham.

ORANG ramai mula membanjiri kediaman Nik Aziz sebaik mendapat maklumat pemergian Allahyarham. - Foto Nor Fazlina Abdul Rahim
Biodata
DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Tahun Lahir: 10 Januari 1931
Tempat Lahir: Pulau Melaka, Kelantan
Status:
Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil jurusan agama sebagai pilihan utama.
Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) - 1936.
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
Universiti Deobond, India - 1952.
Lahore, Pakistan - Ilmu Tafsir Quran - 1957.
Universiti Al-Azhar, Mesir - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti Al-Azhar, Mesir - Sarjana Perundangan Islam.
Penguasaan Bahasa:
Melayu, Inggeris, Tamil, Urdu, Arab
Pekerjaan:
Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa - KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.
Politik:
1967 - Daftar sebagai ahli PAS.
1967-1969 -Pilihanraya Kecil - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
1978-1982 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1986-1990 - Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan (kini dikenali DUN Chempaka).
1990-2013 - Menteri Besar Kelantan.


****


11 February 2015

PENCARIAN CINTAKU

10:29 PM 3 Comments






Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang miliki


Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri


Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu


Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu


Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri


Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu


Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu




07 February 2015

LANGKAWI VACAY #3 : KERETA SEWA DARI ANOXTRAVEL

8:36 AM 9 Comments

assalamualaikum

kali ni nak stroy pasal kereta sewa pulop
ye la,kalau dah pergi bercuti
tak da kereta memang susah nak gerak la kan
melainkan korang memang suka berjalan sejauh mungkin
eheh~

kalau korang tak baca lagi entry sebelum ni
jemput la baca


LANGKAWI VACAY #1 : SETELAH SEKIAN LAMA
LANGKAWI VACAY#2 : deBARON WATERFRONT YANG..

back to the sory
bab kereta sewa tadi

selepas adik dah setup tempat tinggal kami
tugas yong pulak deal kereta sewa
apa lagi,tanya pakcik google ja la
dengan keyword kereta sewa langkawi
hehe..makaa

poooffff !



yong kontek ANOXTRAVEL

macam-macam kereta ada kat sana
and sangat mudah berurusan dengan mereka

yong book kereta VIVA manual
untuk48 jam (2hari) hanya RM100!

sekali pandang memang la kecik
tapi,muat ja untuk kami berlima
percaya atau tidak
cukup ja sumbat 1 bagasi baru 
yang yong beli di Haji Ismail Group!

waktu yong call ANOXTRAVEL ni
dia minta yong inform tarikh and jenis kereta
and nak ambil dimana
yang yong nak sewa
sama ada di airport atau di jeti

tentang bayaran pulak
tunggu hari kami datang baru bayar
yesss..tak payah nak bayar deposit bagai sebelum kesana
memang terbaekkk

hari kejadian :
time kami ada kat jeti kuala perlis
yong whatsapp owner dia
inform yang kami dari jeti
boleh la diorang siapkan kereta
and dia bagi nombor kontek sorang budak perempuan
dia yang tunggu kami di jeti

tbila dah sampai
terus call dia
dia dah tunggu siap depan starbucks
setelkan bayaran + deposit
dapat kereta
and..bermula lah episod percutian di langkawi

ehem...sambung lagi pasni ye~

 LANGKAWI VACAY #4 : ANGIN KUAT DI PUNCAK GUNUNG MAT CHINCHANG

06 February 2015

LANGKAWI VACAY #2 : deBARON WATERFRONT YANG...

11:07 PM 3 Comments


Assalamualaikum

Hari ni nak sambung entry mengenai 
percutian family yong di Langkawi

kalau anda belum baca entry sebelum ni
boleh baca di sini

Untuk holiday kali ni
kami stay di de Baron Waterfront
urusan tempahan semua adik yang uruskan
and dia roger dalam whatsapp dengan yong
melalui booking.com
harga untuk 2 malam ialah 
RM 159 (belum masuk tax lagi ye)
total rm 180 kalau tak silap

boleh la kan..untuk 1 family
yong tak pro sangat bab nak cari hotel
kalau boleh murah,nak lagi murah
bukan apa
tau-tau la kalau dah ke langkawi
for sure la nak spend duit untuk shoping kannn



inilah hotel kami
bukan yang de baron resort tu ye


kalau yang ni mak aiii..memang betoi-betoi tepi pantai

tapi kedudukannya berdekatan ja
dekat jugak dengan RAMS

okei..dalaman hotel pulak




memang sesuai untuk family
2 katil single & katil double decker
sesuai la untuk kami
and siti zubaidah hepi sebab boleh memanjat
overall puas hati dengan bilik ni
luas & selesa
yong bagi 4 bintang !

cuma untuk towel kami kena request 
sebab tak dak dalam bilik..haha
tak sempat diorang nak letak katanya~

jadi,kalau anda tercari-cari bilik untuk family
bolehlah anda stay di deBaron ni
booking melalui booking.com
mudahhhhhh sangat~

okei,nanti sambung part 3 plak ye



05 February 2015

LANGKAWI VACAY #1 : SETELAH SEKIAN LAMA

5:20 PM 3 Comments

Assalamualaikum

Hari ni yong nak berentry mengenai percutian family 
yang pertama untuk tahun 2015..cewah..
ada hajat nak buat banyak siri tau

actually,percutian ni sepatutnya tahun lepas 
tapi disebabkan kekangan kewangan dan masa,
maka alhamdulillah terlaksana sudah tahun ni..

nak bercuti,macam biasa la kena setup tarikh
book hotel,cari kereta sewa and segala mak neka pakej yang ada
sambil-sambil bercuti cuci mata
rehatkan minda

hari kejadian :
area pukul 5.30 pagi bertolak keluar dari rumah
terus drive ke kuala perlis
plan awal nak naik kat kuala kedah
tapi memikirkan masa perjalanan yg lebih lama dalam bot
we all decide naik di jeti kuala perlis

ramai
memang ramai giler umat kat jeti kuala perlis
ye la,cuti hujung minggu
plus cuti hari wilayah,thaipusam lagi
kami sampai jeti area pukul 10 pagi and kami dapat tiket bot pukul 12.15
ha...jenuh menunggu
alhamdulillah si kecik tu tak buat hal..

dah lama tak datang sini
macam-macam perubahan ada
ciwi sikit
and tak sempat pulop nak bergambar

ada la sikit-sikit snap time dok dalam feri


pengalaman naik feri dari kuala perlis ?
jangkamasa dalam sejam setengah ja
and tak da la rasa berombak sangat
depa kata kalau dari kuala kedah 2 jam lebih
siap berombak and boleh muntah-muntah

er..
yong pernah naik dari kuala kedah
time tu pi dengan kawan-kawan
tak da rasa apa
sebab masuk bot terus lena
nak tengok pemandangan luar memang tak nampak
sebab tingkap dia kelabu..
heheee

okei..nanti sambung lagi untuk bahagian kedua~

LANGKAWI VACAY #2 : deBARON WATERFRONT YANG...

SUNNAH HARI JUMAAT

4:40 PM 0 Comments


Assalamualaikum

alhamdulillah
masih bernyawa hingga ke saat ini
dalam nikmat ISLAM & IMAN

selamat berhari jumaat semua ^^




1. Memperbanyakkan Selawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, “Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat, maka perbanyaklah selawat kepadaku di dalamnya, kerana selawat kalian akan ditunjukkan kepadaku.

Para sahabat berkata: ‘Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?’ Nabi bersabda: ‘Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.”
(HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)

2. Mandi Jumaat

Mandi pada hari Jumaat adalah sunat yang sangat digalakkan bagi setiap muslim yang baligh berdasarkan hadis Abu Sa’id Al Khudri, di mana Rasulullah S.A.W. bersabda ertinya, “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.”
(Shahih HR. Bukhori dan Muslim)
Mandi Jumaat ini diwajibkan bagi setiap muslim lelaki yang telah baligh, tetapi tidak wajib bagi anak-anak, wanita, orang sakit dan musafir. Sedangkan waktunya adalah sebelum berangkat solat Jumaat. Mandi Jumaat ini seperti mandi janabah iaitu seperti mandi wajib .. menyiram seluruh anggota tubuh. Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya, ”Barang siapa mandi Jumaat seperti mandi janabah.”

(Shahih HR. Bukhari dan Muslim)

3. Menggunakan Minyak Wangi

Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, ”Barang siapa mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu solat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulakan khutbah, ia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumaat ini sampai Jumaat berikutnya.”
(Shahih HR. Bukhari dan Muslim)

4. Bersegera untuk Berangkat ke Masjid
Anas bin Malik berkata, ”Kami berpagi-pagi menuju solat Jumaat dan tidur siang setelah solat Jumaat.”
(Shahih HR. Bukhari)

Al Hafidz Ibnu Hajar berkata, ”Makna hadis ini iaitu para sahabat memulai solat Jumaat pada awal waktu sebelum mereka tidur siang, berbeza dengan kebiasaan mereka pada solat dzuhur ketika panas, sesungguhnya para sahabat tidur terlebih dahulu, kemudian solat ketika matahari telah rendah panasnya.”

(Lihat *Fathul Bari II/388)

5. Solat Sunat ketika Menunggu Imam atau Khatib
Abu Huroiroh R.A menuturkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,”Barang siapa mandi kemudian datang untuk solat Jumaat, lalu ia solat semampunya dan dia diam mendengarkan khutbah hingga selesai, kemudian solat bersama imam maka akan diampuni dosanya mulai jumaat ini sampai jumaat berikutnya ditambah tiga hari.”

(Shahih HR. Muslim)

6. Tidak Duduk dengan Memeluk Lutut Ketika Khatib Berkhutbah
“Sahl bin Mu’ad bin Anas mengatakan bahwa Rasulullah melarang Al Habwah iaitu dengan cara duduk sambil memegang lutut pada ketika solat Jumaat ketika imam sedang berkhutbah.”
(Hasan HR. Abu Dawud, Tirmidzi)

7. Solat Sunat setelah Solat Jumaat
Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, “Apabila kalian telah selesai mengerjakan solat Jumaat, maka solatlah empat rakaat.” Amr menambahkan dalam riwayatnya dari jalan Ibnu Idris, bahawa Suhail berkata,“Apabila engkau tergesa-gesa kerana sesuatu, maka solatlah dua rakaat di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang.”
(Shahih HR. Muslim dan Tirmidzi)

8. Membaca Surat Al Kahfi
Nabi bersabda yang ertinya, ”Barang siapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jumaat maka Allah akan meneranginya di antara dua Jumaat.”
(HR. Imam Hakim dalam Mustadrok)