KEMATIAN RAJA ABDULLAH, RAJA ARAB SAUDI


ASSALAMUALAIKUM

- ini entry terlewat -

berita ni dah berlalu 2 hari
tapi yong still nak up entry ni



ARAB SAUDI, 23 Jan – Penjaga Dua Tanah Suci yang juga Raja Arab Saudi, Raja Abdullah berusia 90 tahun meninggal dunia awal pagi ini, kata satu kenyataan yang dipetik oleh televisyen negara itu.
Raja Abdullah menaiki takhta pada 1 Ogos 2005 selepas kematian Raja Fhad.
Ketika pemerintahannya, Raja Abdullah bertanggungjawab memperbaharui sistem sosial, ekonomi, budaya dan politik negara itu.
Ini termasuk memperkasa peranan wanita dalam bidang politik, pemberian biasiswa kepada pelajar asing, mewujudkan pusat ekonomi setempat dan pembinaan hospital.
Sebelum ini, baginda pernah dimasukkan ke hospital pada Disember tahun lalu kerana radang paru-paru.
“Baginda meninggal dunia pada kira-kira jam 1 pagi ini waktu tempatan dan akan dikebumikan esok,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, Putra Mahkota Salman, 79 tahun, yang bakal dilantik sebagai Raja Arab Saudi yang baru dijangka memanggil satu mesyuarat khas Majlis Keluarga Diraja Arab Saudi.
Putera Salman sebelum ini kerap mewakili Almarhum Raja Abdullah dalam kebanyakan acara dan majlis rasmi kerajaan. Baginda dinamakan putera mahkota pada Jun 2012 berikutan kematian Putera Naif.
Pada Mac tahun lalu, Almarhum Raja Abdullah turut menamakan Putera Muqrin sebagai putera mahkota.









takziah buat seluruh keluarga beliau.. 
kalau korang nak baca dengan lebih lanjut , boleh rujuk kat sini


Post a Comment

0 Comments