25 January 2015

KEMATIAN RAJA ABDULLAH, RAJA ARAB SAUDI

12:10 AM 4 Comments

ASSALAMUALAIKUM

- ini entry terlewat -

berita ni dah berlalu 2 hari
tapi yong still nak up entry ni



ARAB SAUDI, 23 Jan – Penjaga Dua Tanah Suci yang juga Raja Arab Saudi, Raja Abdullah berusia 90 tahun meninggal dunia awal pagi ini, kata satu kenyataan yang dipetik oleh televisyen negara itu.
Raja Abdullah menaiki takhta pada 1 Ogos 2005 selepas kematian Raja Fhad.
Ketika pemerintahannya, Raja Abdullah bertanggungjawab memperbaharui sistem sosial, ekonomi, budaya dan politik negara itu.
Ini termasuk memperkasa peranan wanita dalam bidang politik, pemberian biasiswa kepada pelajar asing, mewujudkan pusat ekonomi setempat dan pembinaan hospital.
Sebelum ini, baginda pernah dimasukkan ke hospital pada Disember tahun lalu kerana radang paru-paru.
“Baginda meninggal dunia pada kira-kira jam 1 pagi ini waktu tempatan dan akan dikebumikan esok,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, Putra Mahkota Salman, 79 tahun, yang bakal dilantik sebagai Raja Arab Saudi yang baru dijangka memanggil satu mesyuarat khas Majlis Keluarga Diraja Arab Saudi.
Putera Salman sebelum ini kerap mewakili Almarhum Raja Abdullah dalam kebanyakan acara dan majlis rasmi kerajaan. Baginda dinamakan putera mahkota pada Jun 2012 berikutan kematian Putera Naif.
Pada Mac tahun lalu, Almarhum Raja Abdullah turut menamakan Putera Muqrin sebagai putera mahkota.









takziah buat seluruh keluarga beliau.. 
kalau korang nak baca dengan lebih lanjut , boleh rujuk kat sini


20 January 2015

USTAZAH vs TEACHER

9:13 AM 5 Comments

assalamualaikum

kalau tak silap..
rasanya ni entry ke-2 utk 2015
( hihi..mohon rajin sikit ye update blog! )

alhamdulillah
banyak nikmat yg allah bagi untuk yong sekeluarga sepanjang Januari 2015
nikmat kesihatan,nikmat kasih sayang
syukur sangat

untuk tahun 2015 yong dapat task yang agak mencabar

1- guru kelas tahun 5
2- guru bahasa arab & pendidikan islam (as usual)
3. GURU BAHASA INGGERIS
4. Guru PANDU PUTERI (dulu puteri islam)
5. Guru BOLA JARING (dulu hoki)
6. Pengarah untuk majlis persaraan PK HEM sekolah

amboiiii

boleh tahan jugak

semoga allah permudahkan urusan yong untuk sepanjang tahun gemilang 2015 ^^
chaiyok !!!

rabbi yassir wala tuassir
rabbi tamm bil khair

aminnnn

10 January 2015

TAK SABAR UNTUK KEMBALI KE SEKOLAH!

9:30 PM 2 Comments

Assalamualaikum

Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
dalam nikmat ISLAM & IMAN

amboi..berhabuk sentiasa blog yong nih
almaklumlah,cuti sekolah penuh aktiviti 
sampai tak sempat nak update entry..
ya ampunnn

hehe..pejam celik dah habis cuti sekolah
even baru-bari ni Malaysia dikejutkan dengan banjir besar
still rasa excited ada untuk meneruskan perjuangan di medan pendidikan ni



actually,yong memang tak da up entry mengenai banjir
niat di hati memang nak menaip
tapi setiap kali nak buat entry rasa sebak

sebak mengenangkan nasib mereka yang dilanda banjir
yang ada anak kecik
yang ada ibu bapa sakit 
allahu robbi

permudahkanlah semua urusan mereka ya allah

semoga tahun 2015 membawa segala kecemerlangan dan kebaikan
 untuk yong sekeluarga dan anda semua,pembaca setia blog yong nih
amin..

02 January 2015

1ST ENTRY UNTUK 2015

2:49 PM 3 Comments

Assalamualaikum

Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat ISLAM & IMAN

tahun 2015 dah masuk hari ke-3
boleh lagi ke nak ucap SELAMAT TAHUN BARU ??
hihii



semoga tahun ini menjadi tahun yang cemerlang buat yong

actually,tahun ni macam tak beria pulak nak masuk tahun baru
mungkin faktor umur yang dah hujung 20-an
tahun 2016 nak masuk 3 series dah


tambahan pula kalut dengan urusan buka sekolah
dan tragedi banjir baru-baru ni
even kawasan rumah yong di perak tak terlibat dengan banjir
tapi bila scroll newsfeed dalam FB sayu ja rasa hati

allahu robbi

moga allah menggantikan yang lebih baik buat mereka semua