27 November 2014

23 November 2014

SAYONARA : JAMUAN AKHIR TAHUN



ASSALAMUALAIKUM

wow..cuti sekolah dah bermula ^^

sebelum cuti sempat jugak yong arrange satu jamuan 
untuk anak murid yong
al maklumlah,tahun ni 1st time pegang kelas
tambahan pulak ada 3 orang mrid yang nak berpindah

sebenarnya jamuan pun on the spot
tak da pun kutip duit setiap bulan
untuk jamuan ni ja kutip sorang rm5
anak-anak nak makan KFC !!

hai la anak..
maka yong pon collect la duit diorang 
belikan barrel & topup bagi semua orang dapat makan
selebihnya ada la murid-murid bawa makanan dari rumah

kalau dah namanya budak-budak
dah tentu-tentu la KFC tu merupakan benda mewah
nak pulak anak-anak orang kampung
and sekolah kami dalam tebuk
jalan mini tar,kiri kanan sawah padi
silap-silap drive kalau selisih kereta boleh masuk parit
hiihii

makanya,bila yong balik dari beli KFC
berkerumun lah budak-budak depan kelas
nak KFC depa cakap
budak kelas lain semua tunggu tengok kat luar kelas kami

nak jadi cerita kelas kami ja yang buat jamuan
errrrr..tak pa lah,nanti ampa buat jamuan jugak naaa










alhamdulillah
setel ^^

teringat plak time skolah menengah dulu
jamuan makan KFC jugak
snack plate sorang satu
jenuh AJK kelas bawak balik
dah la kena naik turun bus pi pekan aloq staq
gila punya gigih ~

17 November 2014

BILA DEMAM FROZEN MENJADI-JADI...


assalamualaikum

alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
dalam nikmat ISLAM & IMAN

Ramai ke anak-anak anda yang minat cerita FROZEN ??

ehem..malam tadi dapat satu gambar ni dalam facebook



hurm....melampau sangat tuuuu

nak meniaga pon agak-agak la kannn

14 November 2014

NAK KENCING HABAQ...







Alkisah hari ni kengkonon nak toilet train siti zubaidah
tak payah pakai pampers la

ummi pesan : nak kencing habaq tau..
siti zubaidah angguk
dalam sejam ummi bawak pi bilik air
tak kencing pun
elok pakai seluaq,dok dalam 15 minit basah~

tukaq seluaq

ummi pesan lagi ; nak kencing habaq kat ummi naa
dia angguk
main-main bawak masuk bilik air xmau kencing jugak
elok 10 minit dia lari mai kat ummi
dia cakap : kencing habaq

seluaq dah basah pun..
dia kencing kat tepi pintu dapoq rupanya

sekali lagi
dia kencing kat tempat solat tok
dia bagitau : ummi,kencing habaq

hai la anak ummi
dah kencing baru nak habaqqqq

jom,ummi boh pempers!

hahaha

12 November 2014

SUPERMOKH ON GOOGLE TODAY!


assalamualaikum

ehem...hari ni apa yang korang nampak bila buka google??
ha..hari ni ulangtahun ke-61 SUPERMOKH


siapa SUPERMOKH ??

Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari 
13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi 
gelaran SuperMokh kerana kecemerlanganya menjaringkan banyak 
gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985.



PENGLIBATAN DALAM BOLA SEPAK :
Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 23 tahun lalu.Walaupun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara adalah dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang lawan.
Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan gelaran SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.
Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R.Arumugam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.
Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.
Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.
Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.
Bahkan dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola yang paling diminati.
Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya mencuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.

TAHUKAH ANDA ..

  • MOKHTAR dihadiahkan sepasang but bola hanya berharga RM15 oleh ayahnya selepas menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1968 atau lebih tepat dipanggil LCE ketika itu. Dengan kasut itulah dia menempa nama sebaris dengan wira-wira negara sebelumnya seperti Datuk Abdul Ghani Minhat dan Arthur Koh.
  • Dan dia amat menghargai pemberian itu sambil berkata: “"Kasut but yang diberi oleh ayah saya hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam kerjaya bola sepak saya."

ANUGERAH :

  • 1976 : Olahragawan Kebangsaan
  • 1977 : Ahli Mangku Negara (A.M.N)
  • 2000 : Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P), Pahang yang membawa gelaran Dato'
  • 2001 : Darjah Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A), Selangor yang membawa gelaran Dato'Mokhtar Dahari

**********

Sekian~

10 November 2014

RESEPI ROTI SARANG LEBAH PALING SENANG!


Assamualaikum

Hari ni nak share rahsia mengenai roti sarang lebah
Yang memang korang tak jumpa dalam mana-mana resepi especially dalam blog

Eheh..kekwat bukan mainnnnn

Sebelum nak bagi resi,nak story dulu 
alkisah sepanjang minggu ni dah 3 kali buat roti ni..
maklumlah,try & error sebab yong ni zero bab2 buat roti ni..
selalunya beli ja..kikii

Maka disebabkan geram tengok sana sini orang dok tayang roti ni,
yong pon gedek blog yang ada resepi roti sarang lebah ni.
majoritinya adalah sama..

Cumanyaaaa
Untuk yong as a beginner and takdak basic buat roti ni,
memang skema habis ikut resepi

1st time buat TAK MENJADI sebab ???

Yong main uli dengan tangan sahajaaaa

DIA TAK TULIS PUN KENA ULI DENGAN MIXER DULU 
SEBELUM LENYEK2 DENGAN TANGAN

haaa.. tu la rahsia nyaaa

Jom,nak story resepi step by step


****

DOH

2 cawan tepung gandum ( boleh cari hi-protein punya di kedai bakery)

1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula 
1/2 cawan yogurt asli
¼ cawan minyak sunflower
1/2 cawan air suam
+-**Almond flakes, pumpkin seeds


Cara-cara ;


  1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
  3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
  4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. (yong guna mixer dahulu utk blend kesemua bahan-bahan pastu baru uli dengan tangan-RAHSIA ROTI GEBUSS YANG ORANG TAK BAGITAUUU )
  5. INGAT..cara ulinya jika adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
  6. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  7. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya (yong bentukkan dahulu & susun jarak-jarak supaya bila dia kembang nanti baru berhimpit-himpit & sedia untuk masuk dalam oven! )
  8. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
  9. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  10. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
  11. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
  12. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:- 

  • Doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.(yong add on sikit2 jugak tepung tuu.heheh)
  • No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
  • Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.



BUTTERSCOTCH SAUCE : 

1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter (lebih kurang dalam 2sudu)


  1. Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
  2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
  3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.


NOTE:- 
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..
Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .



taraaaa....sodap !!!!

Pi la buat ~


08 November 2014

FALL OF BERLIN WALL DI GOOGLE HARI INI!


Assalamualaikum

hari ni pagi-pagi dah menerjah pakcik GOOGLE
biasalah,cuti-cuti ni baru masyukkk nak blogging~

sekali bila buka GOOGLE ada annyversary ke-25
runtuhnya tembok Berlin di Jerman sanun


Jom kita cekidaut info mengenai TEMBOK BERLIN ni
kita belajar sejarah ye kawan-kawan..refresh balik~

*********


Tembok Berlin (bahasa Jerman: Die Berliner Mauer) merupakan tembok di tengah-tengah bandar Berlin.Tembok Berlin menjadi ikon atau simbol kepada Perang Dingin , mula dibina 13 Ogos 1961 dan diruntuhkan kemudian pada 9 November 1989. Ia menjadi tirai besi dan menjadi garisan sempadan antara Jerman Barat danJerman Timur selama 28 tahun.Tembok Berlin diarahkan pembinaannya oleh pemimpin Jerman Timur iaitu Walter Ulbricht dan diluluskan oleh pemimpin Rusia ketika itu Nikita Khrushchev.Tembok ini dibina selepas Perang Dunia Kedua.



TUJUAN
Tujuan dibina bagi menghentikan penghijrahan besar-besaran tenaga kerja muda dan produktif Jerman Timur ke Jerman Barat. Ramai golongan profesional dan pekerja mahir berhijrah dan ini meninggalkan kesan ekonomi yang teruk kepada Jerman Timur.Mulanya pernghijrahkan seramai 2.5 juta dalam tempoh 1949 - 1962. Penghijrahan berkurang kepada 5000 orang dalam tempoh 1962-1989.

PELARIAN
Selepas Tembok Berlin dibina , kira-kira 5000 berjaya juga melepasinya. Sementara 192 atau 239 terbunuh ketika memanjat tembok ini. Ramai lagi yang cedera. Ada yang terjun dari bangunan di tepi tembok. Ada yang membina pesawat kecil dan mendarat di Berlin Barat.Pelbagai cerita 'kelakar' wujud. Antaranya pasukan RAF Airmen menulis "Wish you were here" dan "Come back soon".
Antara mereka ialah Peter Fechter yang ditembak pada 17 Ogos 1962. Orang terakhir ditembak kerana kesalahan melintasi Tembok Berlin ialah Chris Gueffroy iaitu pada 6 Februari 1989.
Bekas Menteri Luar Jerman iaitu Hans-Dietrich Genscher merupakan salah seorang rakyat Jerman Timur yang lari ke Jerman Barat. Genscher berasal dari Halle di Jerman Timur. Tahun 1952, ketika Tembok Berlin belum dibina, beliau bersama keluarganya pindah ke Jerman Barat. Tahun 1974 - 1992 beliau menjadi Menteri Luar Jerman Barat di bawah Chancelor - Helmut Schmidt dan Helmut Kohl.

IDEA MERUNTUHKANNYA
Pembinaan tembok ini telah dimanipulasikan oleh Jerman Barat dan blok kapitalis untuk memburuk-burukkan Jerman Timur dan sistem komunis. Sebaliknya ia menjadi kunci kekuatan kehidupan sebenar dasar komunis yang selalu tutup dan menutup kelemahan mereka dengan cara kekerasan. Komunis bermakna tirai besi atau hidup dalam tembok batu.
Proses liberisasi lewat 1980-an membawa kepada keruntuhan Kesatuan Rusia hingga membenarkan pendemokrasian Jerman Timur. Demonstrasi demi demonstrasi para pekerja telah dibenarkan di Jerman Timur kerana 1987 kemelesetan ekonomi dunia merosot begitu teruk. Kesatuan Sekerja mengambilalih corak kepimpinan kerajaan Jerman Timur dan mendesak Tembok Berlin diruntuhkan agar mereka mudah bekerja di Jerman Barat yang menyediakan lebih peluang pekerjaan.
Tembok ini runtuh dalam beberapa minggu sahaja sedangkan pembinaannya mengambil masa beberapa tahun dan menelan kos yang tinggi. Akhirnya 3 Oktober 1990 penggabungan Jerman Barat dan Jerman Timur

****

hehe..sekian kelas sejarah untuk hari ini

^_______ ^

06 November 2014

HATI-HATI..PENCURI PAKAIAN DALAM WANITA BERKELIARAN!!


ASSALAMUALAIKUM..

pagi-pagi ni buntang biji mata bila tengok gambar 
dalam satu grup facebook
tentang pencuri pakaian dalam

erk..





hai la manusia..macam-macam hal dok ada zaman sekarang ni
tak pasti la kot dia curi nak bagi kat aweks or nak jual atas desakan hidup

allahu robbi..
beringat la ye kawan-kawan 
terutama perempuan
tak kira dah kawen or masih bujang

teringat dulu arwah tok pernah pesan
jaga pakaian elok-elok
orang kalau nak buat jahat,dengan pakaian kita pon boleh
rambut-rambuh,kuku jangn dok buang merata

macam kita tengok dalam filem
ambil kuku,rambut,pakaian nak buat santau,buat bagi suka

nauzubillah~

05 November 2014

USTAZAH MENGANDUNG TAK??


ASSALAMUALAIKUM

lama benor tak update blog..hihiii

erm,kisahnya yong dapat soalan bombastik dari sorang anak murid
dok tak dok anak murid tanya
USTAZAH MENGANDUNG TAK ??

bulat biji mata yong
KENAPA ?

MAK SAYA MENGANDUNG LAGI..
NANTI NAK DAPAT ADIK!!

hehe..
BEST LA .. NAK DAPAT ADIK LAGI

senyum meleret dia bagitau kat yong

heheeee..budak-budak sekarang ni
main redah ja bila bercakap

kalau yong dulu
memang TAKKAN keluar la soalan cenggitu

eheh~