PANGKOR SWEET ESCAPE : PART 2 - ISLAND HOPPING & SNORKELING


Assalamualaikum

Alhamdulillah,masih bernyawa hingga ke saat ini
Dalam nikmat ISLAM & IMAN

hari ni nak sambung entry percutian di Pulau Pangkor
kalau yang belum baca enty sebelum ni,boleh baca di sini

PANGKOR SWEET ESCAPE : PART 1 - PUTERI BAYU BEACH RESORT


Hari kedua,bangun pagi awal terus breakfast
around pukul 7.30 pagi
Siti zubaidah pon bangun awal laaa

Sarapan dengan nasi goreng
and ada la lauk-lauk lain
tapau dalam bekas untuk siti zubaidah
sebab pagi-pagi dia pon tak da mood nak makan


muka eksaited + mengantuk nak tengok lott ( laut )




untuk snorkeling,pakej yang kiorang ambil ni RM170
untuk snorkeling & round beberapa buah pulau
tak silap 7 buah pulau
tapi kitorang tak cakna sangat..hihii
ada la pulau penyu,sebab ada satu batu tu bentuk penyu



ni pulak kat pulau apa ntah
ada seketul batu bentuk epal



ni pulak kat pangkor laut
sini private island tau
kurang-kurang 1 malam chalet atas air ni RM 1000 woo
pastu yg exclusive lagi 1 malam RM 10 000 oit!


ha..masa untuk mandi
time aktiviti snorkeling xsempat nak snap gambar
plus yong turun dengan siti zubaidah
disebabkan yong pon ala-ala ja berenang
macam nak lemas pon ada
nasib la tokwan and pakngah dia ada
boleh tolong pegang siti zubaidah

and kami berenang kat monkey bay a.k.a teluk monyet
sebab banyak monyet kott
serius 
kalau korang letak beg-beg tu bawah pokok
alamatnya memang monyet curi
driver bot kami dah bagitau siap2 letak ja tepi pantai
tempat kitorang nak mandi
okey la tak da monyet nak ambil

yang 1 grup datang selepas grup kami letak barang pawah pokok
apa lagi,aksi kejar mengejar monyet la
ada la kot makanan diorang yang monyet ambil




Kemain..pasni leh ganti pandalela versi muslimah plak



Post a Comment

0 Comments